Thursday, July 29, 2010

Live Our Dreams [A Girl's Hope]

This is story about a blind girl's hope...

Daughter: Mummy, what colour is the sky?

Mummy: It's blue, darling.

Daughter: Why is it bleu, mummy/

Mummy: well, it's colour of hope.

Daughter: What is hope?

Mummy: hope is not something you can see. it's something that you feel. it's what you wish for.

Daughter: oh, I get it. Like I wish I can run very fast? Like I wish I can jump very high?

Mummy: Maybe

Daughter: Like I wish I can swim like a fish?

Mummy: possible...

Daughter: Then, I wish tha nurul and I will share the same dream. So we can do everything together.

Mummy: So, darling what did you do in school today?

Daughter: We drew pictures of the YOG today. Mummy, do you know what is the YOG? Miss Juwita said that it is a very big sports day held in Singapore. The whole world would be watching us.

Mummy: So what did you draw?

Daughter: I draw many people in stadium.

Mummy: This is pretty. do you like it?

Daughter: yes, and Miss Juwita gave me an A. Mummy, i would like to go and see Youth Olympics Games...

Mummy: Sure? I will take you there. But, what do want to do there?

Daughter: Like you always teach me, I can't see but i can feel. I want to be there to feel all the hopes and dreams of everyone else...

Mummy: sure. I will take you there....

Berdoalah...

salam alaik buat pemilik madahqalbi...hmm...ada santapan rohani yang inginku muatkan dalam entry kali ini. khusus untuk si pemilk madahqalbi ini. agar dia tidak lalai untuk sentiasa berdoa kepada Illahi.

sebelum itu, ingin ku memetik kata-kata yang sangat mengesan jiwaku daripada majalah SOLUSI isu ke 22.

kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun kita sembunyikan. Tetapi itu ialah pengabdian seorang hamba kepada Tuhannya.

MasyaAllah semmangnya kata-kata yang memberi kesan kepada jiwa. keluaran SOLUSI terbaru isu nombor 22 menyentuh tentang berdoa. isu yang sememangnya menyentakkan lamunan manusia yang sentiasa lalai daripada mengingati Illahi sekaligus untuk berhubung denganNya. sedangkan kita tahu berdoa adalah salah satu cara kita berhubung dengan tuhan. benda yang mudah tapi berat untuk dilakukan sang manusia. kerana diri manusia itu diselubungi sifat sombong ataupun malas. yang mana satu kita? nau'dhubillah...jauhkan aku daripada sifat itu ya Allah. sungguh aku hambamu yang tidak lari daripada kelalaian...sedarkan aku sentiasa daripada terus menerus berada dalam keadaan alpa...

apa yang menarik perhatianku hasil daripada pembacaanku iaitu mengenai kepentingan berdoa. perkongsian ilmu dan tulisan daripada Ustaz pahrol Juoi yang menyatakan beberapa perkara mengapa doa itu penting:-

1] mengekalkan hubungan dengan allah setiap masa
- orang yang sering berdoa tidak akan dilanda stress yang melampau dan kemurungan dalam hidup. hal ini kerana talian hayatnya sentiasa bersambung dengan Allah, apatah lagi ketika dia memerlukan pertolongan.
- "yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati allah. ingatlah, hanya dengan mengingati allah hati menjadi tenang," [Al-Ra'd 13:28]

2] keupayaan melakukan perubahan
- bagiku point inilah benar-benar menyentuh jiwaku. kerana aku cuba untuk mengubah diri ataupun memeprbaiki kelemahan-kelemahan diriku namun agak sukar bagiku untuk mengubahnya. adakah hatiku masih belum ikhlas mengubahnya ataupun aku masih tidak bersungguh-sungguh?
- menurut ust. pahrol dalam tulisannya mengatakan bahawa doa itu adalah harapan. doa itu adalah satu kunci menggamit pertolongan Allah untuk melaksanakan perubahan diri yang dimaksudkan. Manakala usaha adalah langkah untuk merealisaikan harapan itu.
- dengan berdoa kita mengharapkan sebaik takdir. dengan berusaha kita melaksanakan sebaik tadbir. apabila bergabung tadbir dan takdir yang baik insyaAllah kita akan berubah ke arah yang lebih baik...
- bila membaca ulasan ini aku mengakui sikit sangat usaha ku untuk memperbaiki diri...ya allah kuatkanlah semangat ku...

Tidak patut seorang yang berdoa meminta hidayah, tetapi berat hati untuk menghadiri majlis tazkirah atau majlis ilmu. tidak patut orang yang memohon untuk mendapatkan rezeki halal, tetapi terus bermalas-malas bekerja atau berusaha. tidak patut setiap hari berdoa meminta kesihatan, tetapi tiada usaha berhenti merokok. jika demikian seolah-olah nya "memepermainkan" doa. ya allah ampunkan aku jika tanpa disedari aku pernah melakukan perbuatan seperti itu.

" doa diperkenankan bukan semasa kita meminta tetapi semasa kita berusaha!"

3] mengaktifkan diri untuk berusaha
- ada saintis menyatakan bahawa doa adalah sejenis tenaga.
- iaitu sejenis tenaga yang dihasilkan dari dalam diri seseorang hasil berhubung dengan yang maha Kuasa. inilah hikmah mengapa Allah menyuruh kita berdoa. kita bukan sahaja akan mendapat kekuatan daripada Allah, malah akan mendapat kekuatan daripada tenaga dalam diri yang telah dikurniakan oleh Allah secara tabii.


setakat 3 point penting ini ku titipkan di sini wahai madahqalbi. doaku semoga diri ini tidak jemu memohon dan mengahrap daripada Mu ya allah. agar diri ini sentiasa dalam lindungan Mu. moga aku lebih tabah, kuat dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri bagi meraih kerdhaan Mu. Amin ya Rabb....

Cited/ paraphrase from SOLUSI No. 22 p. 16-19

Wednesday, July 21, 2010

Hikmah kehidupan

wahai madahqalbi.....aduh sudah lama aku tidak melawat mu. apatah lagi memberikan makanan jiwa untukmu. Adakah aku sudah memungkiri janjiku. maafkan aku ya rabb. nampaknya aku perlukan satu tekanan supaya diriku cepat bertindak melakukan sesuatu.

hampir dua minggu semester baruku telah bermula. dan banyak perkara yang telah dilalui. banyak juga hikmah-hikmah kehidupan yang ku perolehi sepanjang hampir dua minggu ini. proses mengenal diri dan mencari erti hidup berjalan dengan lancar. alhamdulillah.

semester ini aku mengambil subjek group counselling. di dalam kelas kami banyak melakukan praktikal group counselling ini. aku sangat teruja. dan banyak benda yang telah ku pelajari. sesuai sebagai kehidupan seorang dai'e.

salah satu assignment yang telah diberikan iaitu membentuk satu group counselling. setiap group akan mengadakan sendiri sesi group counseling mereka. dalam sesi counseling ini kami akan menggunakan skill-skill kaunseling yang ada.

salah satu skill yang dipelajari adalah attending skill. attending is giving all your physical attention to another person (Bolton, 1979). semasa melakukan practical di dalam kelas kami diarahkan membentuk kumpulan yang terdiri hanya dua orang yang masing-masing berperanan sebgai kaunselor dan client. menggunakan attending skill ini kaunselor hanya boleh mendengar dan menumpukan perhatian apa yang dikatakan oleh sang client tanpa mencelah. selain itu, dr. Meriam mengarahkan supaya si kaunselor hanya boleh menanyakan open ended question iaitu soalan yang agak general. contohnya 'would you like to share about your self to me?' rather than 'what is your name?, where do you live?' (quite close ended question). apa yang boleh aku simpulkan jika menggunakan close ended question kaunselor akan lebih banyak bertanya dan mencelah....

kemudian, kaunselor hanya akan mendengar dengan teliti dan hanya memberikan respon melalui body language like eye contact, nodding dan sebgainya. selepas client habis bercakap kaunselor perlu paraphrase apa yang telah dikatakan oleh si client tadi. paraphrase berbeza daripada summarize. paraphrase iaitu kita mengulangi atau menytakan satu persatu yang telah dikatakan oleh si client tetapi dengan menggunakan ayat kita sendiri. summarize kita cuba untuk menyimpulkan apa yang kita faham daripada apa yang dikatakan oleh client.

huh, agak susah kan! bukan senang sebenrnya untuk menjadi seorang kaunselor. memang bermain dengan psychology. lagi satu, agak susah menahan diri daripada mencelah semasa si client sedang bercakap.

walaubagaimanapun, outcome yang boleh ku simpulkan daripada lecture ini, seorang kaunselor kena jadi seorang pendengar yang baik. kena fokus dan dan menyelami apa yang diluahkan sang client. kena pandai paraphrase dan summarize. bukan senang nak paraphrase kalo kita tak fokus dan tak menghayati apa yang dikatakan oleh si client. wahai madahqlbi, sangat mencabar rupanya profesion ini. mampukah aku pergi jauh di bidang ini?....

apapun, sangat enjoy dengan subjek group counselling. doaku ya allah semoga cerah masa depanku di bidang psychology ini. izinkan aku merasa nikmat menuntut ilmu ini ya Allah...amiiiin. ya rabb...

Sunday, July 4, 2010

no turning back....

Never say never (never never never)
Pick it up, pick, pick, pick it up
Pick it up, pick, pick, pick it up
Pick it up, pick, pick, pick it up
Pick it up, pick, pick, pick it up

You see I never thought that I could walk through fire
I never thought that I could take a burn
I never had the strength to take it higher
Until I reached the point of no return

And there's just no turnin back
When your heart's under attack
Gonna give everything I have
It's my destiny

I will never say never (I will fight)
I will fight till forever (make it right)
Whenever you knock me down
I will not stay on the ground
Pick it up, pick it up
Pick it up, pick it up (up up up...)
And never say never (ne-never say never x3)

I never thought that I could feel this power
I never thought that I could feel this free
I'm strong enough to climb the highest tower
And I'm fast enough to run across the sea

Cuz there's just no turnin back
When your heart's under attack
Gonna give everything I have
Cuz this is my destiny

I will never say never (I will fight)
I will fight till forever (make it right)
Whenever you knock me down
I will not stay on the ground
Pick it up, pick it up
Pick it up, pick it up (up up up...)
And never say never

sedikit petikan lagu Justin Bieber sebagai santapan pembakar semangat buat pemilik madahqalbi. lagu ini sempena filem Karate Kid. kisah seorang budak yang kuat semangat dan tidak mudah berputus asa.

madahqalbi...tahukah kau diri ini mengotakan janji untuk menjadi seorang pejuang agama ataupun seorang da'ie. masyaAllah sungguh aku takut menyatakan perkara ini sebenarnya madahqalbi. namun hakikat tidak mampu diubah. aku tidak boleh mengundur diri spertimana yang dimadahkan lirik lagu ini.

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang, resah silih berganti
inilah...sunnah orang berjuang

sedikit petikan juga daripada lagu Hijjaz sebagai bicara hati ku. entahlah mungkin disebabkan aku masih tertanya-tanya kepada diriku sendiri akan kemampuanku. layakkah ku menjadi seorang mujahidah? seorang da'ie? seorang yang berpengaruh? menjadi role model kepada yang lain? layakkah??? Ya Allah....tunjukkan aku jalan ya Allah. dan oermudahkan jalan itu kepada ku ya Rabb...

mengenangkan kelemahan diri serta sikap negative dalam diri seolah-olah mengatasi ciri-ciriku untuk menjadi seperti yang ku katakan tadi. arghh....dan sebab itulah kekadang mau saja aku lari dari segalanya dan mengatakan pada diri 'aku putus asa'...mungkin jika dinilai pada diriku dengan lagu Justin Bieber itu diriku baru di tahap rangkap ke empat. belum mampu untuk sampai ke tahap akhir lagu.

madahqalbi seperkara lagi ingin ku bicarakan kepadamu. aku selalu mengatakan bahawa diriku punya 2 kehidupan, 2 diri, 2 dunia. tapi tidaklah bermksud aku mengalami split personality iaitu salah satu abnormalities ataupun personality disorder. mungkin disebabkan perubahan mendadak yang ku lakukan banyak perkara yang aku perlu mulakan, hentikan, korbankan, kurangkan, lebihkan dan kawalkan. bukan mudah madahqalbi. dan mana lagi aku perlu berhadapan dengan other people's glances...sakiitt......

jika dulu aku seorang yang pendiam tapi sekarang aku perlu latih diri untuk pandai bercakap, pandai bergaul. jika dulu aku tak punya rasa nak ambil kisah hal orang sekliling, hal ummah tapi sekarang aku perlu mengajak mereka kepada kebenran dan menunjukkan teladan yang baik. jika dulu aku tak kisah orang pandang aku macamana tapi sekarang aku kena jaga diri jaga kelakuan daripda timbul segala fitnah. dan paling dasyat disebabkan diriku timbul fitnah kepada Islam, disebabkan dosa-dosaku memberi kesan buruk kepada dakwah Islam. ya Allah maafkan aku jika aku melampaui batas...lagi, jika dulu aku tidak mengharap untuk menjadi seorang yang bijak pandai, tahu dan peka semua perkara tapi sekarang aku perlu latih diri menuntut segala ilmu agar mudah lidahku berbicara dakwah kepda para mad'u...

ya Allah jika benar aku ditakdirkan untuk berada di jalan juang ini, jangan biarkan aku lemah dan mengundur diri. sungguh walaupun ianya pahit namun aku menyedari inilah jalan ke syurga. sedarkan aku sentiasa dari bisikan dunia yang menyebabkan diri menjadi berat bermujahadah. ya Allah jaga diri ku ini ya Allah...sungguh Kau lebih mengetahui kemampuan ku. sedarkan aku dan ingatkan aku sentiasa ya Rabb akan janjiMu menjamin kebahagiaanku kelak jika aku terus memilih jalan ini....amiin...

wallahua'lam...sekadar bicara hati insan biasa...







Thursday, July 1, 2010

bedah lagu 'Bisakah'


Bisakah


Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

wahai madahqalbi...hati ku ingin berbicara mengenai lagu datuk siti nurhaliza ini. bagi ku setiap orang ada penilaian dan pemahaman sendiri tentang lagu ini. oh, ya bicara hatiku bukan untuk mempromosi lagu ini best ataupun suara emas datuk siti yabg merdu. tidak sama sekali. tetapi membawa diriku memahami lirik lagu ini.

*************************************************

cuba ambil kertas putih dan coretkan bentuk dot ataupun tanda noktah di tengah-tengah kertas putih itu. jangan buat besar.buat kecil saja asalkan boleh dilihat. aku cuba mengimbau semula apa yang telah disuruh oleh seorang ustazah ketika kelasku. kemudian, ustazah bertanya, dalam sehelai kertas tadi warna apa yang kamu nampak di dalamnya? dan ramailah pelajar yang menjawab titik hitam. termasuklah aku yang memberi jawapan demikian rupa.

ustazah menyambung bicara. ramai yang yang menjawab titik hitam. sedangkan ianya hanya kecil dicoretkan di dalam kertas ini. dan, rasanya tidak ada yang menjawab warna putih yang memenuhi ruang dalam kertas ini. hmm...itulah ibaratnya manusia.

bila seseorang melakukan kesilapan biar kesilapan itu hanya secalit bak titik noktah tapi mudah sangat diingat manusia. sedangkan kebaikan yang berlipat ganda yang dilakukan seseorang itu terlalu sedikit diingati. mungkin. bahkan kadang-kadang disebabkan hanya satu kesilapan seseorang itu kita melupakan kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukannya...

lirik bisakah ini aku menafsirkan adalah luahan hati seseorang yang telah melakukan kesilapan yang menagih kemaafan dan kasih daripada orang-orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakan...

'ya Allah adakah aku bisa dimaafi dan disayangi seperti dahulu? sungguh aku butuh kasih dan kemaafan mereka yang kusayangi...ibu, ayah, sahabat.....arrgghh!!! biar aku benar-benar mengatakan aku menyesal namun bisakah terbuka hati-hati mereka memaafkan ku?'

la tahzan..sesungguhnya Allah bersama kamu! bila engkau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya. bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan airmata mu. Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah sentiasa di sisimu. Bila engkau telah mencuba segala tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian. bila tiada yang beerti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya. Redha Allah terlalu indah. sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong.

mengimbas semula silibus pelajaran Social Psychology ada menekankan tentang prejudice, stereotype dan discrimination. apa yang boleh ku simpulkan living in social world you cannot run from experiencing them. itulah fakta hasil daripada kajian para psychologist.

namun, Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. malah Dia amat tahu apa yang akan terjadi kepada hamba-hambaNya. kerana itu Allah telah memperingati dan memberi nasihat dari awal lagi kepada hamba-hambaNya.

bila membaca surat cinta Illahi dalam surah Al-Hujurat, Allah menyentuh tentang ukhwah sesama manusia. allah memperingati kita bahawa sesungguhnya mukmin itu bersaudara. Allah kata lagi menjaga ukhwah itu iaitu dengan berkenal-kenalanlah kamu dan jangan ada PRASANGKA yang boleh menyebabkan perpecahan...

ya Allah doaku, jika terdetik perasangka dan rasa benci dalam hatiku terhadap saudaraku maka sedarkan aku daripada penyakit hati itu ya Allah. sedarkan aku bahawa aku juga insan biasa yang punya kelemahan dan melakukan kesilapan. tidak seharusnya aku memandang serong kepada yang lain. dan jika aku yang dibenci kerana kesilapan ataupun kelemahanku, kejahilanku, kerana sikapku yang yang melampaui batas, maka sedarkan aku untuk segera bertaubat ya Allah. dan sedarkan aku bahawa Engkau sebaik-baik pelindungku....maka mohon daku petunjukmu sentiasa dan kurniakan aku hati yang bersih agar bisa memandu diri dan mindaku menjalin utuh habluminallah wa habluminannas...

Wallahua'lam sekadar bicara hati insan biasa…



testing...testing...

salam alaik...

mulai saat ini madahqalbi akan menjadi medan bicara hatiku...kerna itu aku menamakanmu madahqalbi. bila saja hati ku ingin berbicara biar jemariku mengukirnya di sini ya=P

madahqalbi kau bukan saja akan menjadi tempat meluahkan isi hati bahkan juga bakal menjadi bicara dakwah ku kepada si pembacanya kelak jika ada. kerna aku sebenarnya tidak ingin engkau diketahui umum. tapi tidak salah engkau menjadi top secret untuk bicara dakwahku...

madahqalbi menggambarkan madah yang bakal diukir di sini adalah benar-benar tulus dari hati ku. bukan bicara mengikut nafsu semata. agar jika ada yang membacanya mampu sampai ke hati kalian. ya Tuhan tolong ingatkan aku kata-kata ku ini agar aku mampu menapis kalam-kalamku. agar hanya bicara hati yang benar-benar ikhlas saja yang bakal dicoretkan di madahqalbi ini. bukan atas dasar keinginan yang merosakkan hati kalam itu ditulis persis riya', takbur ataupun ujub. nau'dhubillah...jauhkan aku dari penyakit-penyakit itu ya Allah...

doaku semoga madahqalbi sentiasa dihiburkan dengan bicara hatiku. mohon daku ya Allah agar hati, akal dan jemariku sentiasa bersatu membantuku mengolah kalam-kalamku serta tidak akan penat mengukirkan bicara di madahqalbi...amiiinn...

Selamat Berjuang Wahai Pemilik MadahQalbi=P