Friday, August 27, 2010

Group counseling session 1

SalamAlaik........madahQalbi ku.....

entry kali ini aku ingin berkongsi regarding my feelings and my experience with my group members dalam sesi group counseling. untuk sesi yang pertama kami hanya buat ice breaking dan 1st impression towards each other.

before that, actually kenapa aku menceritakan di sini pengalamanku sebab one of our assignment for this subject PSYC 4340 - Group Counseling iaitu kena buat report after buat group counseling. then, that report kena buat in the form of journal or diary. so daripada i do nothing to you madahqalbi lebih baik aku isikan dgn journal tersebut. lagipun bila menulis untuk diary ataupun jurnal juga merupakan words from the heart kan...

pada mulanya dr. Meriam memberikan arahan to all students dlm kelas form group masing-masing. in this situasion kita kena push diri untuk jadi peramah (my dream where i wanna be one day eheh). then, cari lah member untuk group skali. alhamdulillah, akhirnya dapat juga form group dengan 6 orang kawan baru.

sebenarnya madahqalbi aku ingin menceritakan pengalamn dan perasaan ku saat mula di mana aku cuba meramahkan diri mencari kumpulan. bila dah masuk dalam group tu, apalagi perasaan nervous, takut, lack of confidence menguasai diri. bukan apa, apa yang bermain di fikiran ku, adakah aku boleh 'masuk' or sekepala dengan mereka?. dalam kumpulan masing-masing kami diarahkan lagi untuk melantik seorang ketua. then, ketua kumpulan tersebut akan bertindak as a counselor and the others as a client.

maka bermulalah sesi petama group couseling yang diketuai oleh si A. at first seprti biasa kami saling berkenalan tanya nama, asal, dan sewaktu dengannya. so, aku dah punya kawan baru iaitu A, B, C, D, E, dan F. after masing-masing dah kenal, A as our counselor for this session asked us to create our group policies. benda ni penting sebab lepas ni kena kerja sama-sama for our group assignments. antara polisi yang ditetapkan ialah punctuality. yang ni E dan F yang cadang. kalau boleh be punctual dan jangan biar member tertunggu-tunggu kita. kalo lambat pun atau tak boleh datang kena inform so kita tak sangka buruk. memang masa nak kumpul semua member untuk sesi kaunseling ni E dan F sampai dulu. jd nampak diorang memang punctual. and, from my observation, F pun seorang yang pendiam tapi nampak ketegasannya.

kemudian, polisi kedua yang disepakati ialah, bila buat assignment masing-masing kena buat task masing-masing dengan baik la. jangan tak buat kerja. kalau tak boleh buat bagi tahu awal-awal. so kerja tak kelam kabut nanti or at last member lain yang kena buatkan. betul, betul, betul! so, be responsible kan=P

selapas menetapkan polisi, A pun tanya lagi our 1st impression towards each other. A suh sape dulu yang nak volunteer. antara persamaan antara kami at first masing-masing semua takut about the acceptance. seperti yang aku telah katakan tadi boleh tak 'masuk' ataupun boleh diorang terima kita as who we are. biasalah manusia kan pelbagai ragam dan personality (that is individual uniqueness).

jadi kat sini aku nak ceritakan tentang dirku. pada mulanya aku sangat takut dengan E dan F. sebab nampak diorang jenis tegur depan-depan (its just my 1st impression), tp sebenrnya E seorang yg hepi go lukcy person. and F memang nmpak tegas tp baik sebenarnya. sangat baik. i feel it =P. ketegasannya boleh diukur bila dia mengatakan kalo ada yang tak puas hati cakap terus ja jadi kita boleh perbaiki. no backbiting. A dan B pula nampak ciri seorang kakak. caring! that's why A volunteer to be our leader. D sedikit childish but i like the way she is. dan C pendiam dan matang. what can i infer here, whatever pun perangai orang kita kena ada trust dan acceptance (Muhasabah diri ni huhu). dan benda ni pun memang asas dm group counseling tu sendiri. so, i had learnt something=P the objectives of ice breaking in group counseling ni pun sememangnya untuk build trust and acceptance among the group members.

then, last sekali A sentuh sikit tentang pengalaman masing-masing bila duduk dalam group work sebelum ni. seperti biasa assignment HS banyak memerlukan group work. mula-mula memang cerita E dan F. E dan F memang best friend. apa-apa ja memang akan satu group sekali. pengalaman mereka ada sorang member group yang tak bertanggungjawab xpandai dtg discussion n sampai orang lain kena buatkan task dia. bila orang da buat task dia tak kena dgn macamna yang dia plan nak buat dia marah orang balik. hmm...kalau aku pun memang sgt annoying la orang macam ni. now, baru aku faham kenapa E dan F mengutarakan polisi spt yang aku katakan tadi. sebab ada cerita disebaliknya. so benda ni jugak jadi pengajaran padaku.

maka berakhirlah sesi pertama group couseling kam. i learnt a lot of things. dpt kenal orang, how to develop trust and acceptance, dengar pengalaman orang dan praktikal group kauseling tu sendiri. bila buat sesi group couseling ni mengingatkan aku dengan usrah. antara rukun usrah ialah taaruf (berkenalan), tafahum (boleh kata it is in terms of trust n acceptance) and takaful (kebajikan or saling membantu or group work). nak katanya indahnya islam itu dan indahnya wahyu Allah kepada hambNya lebih dulu mengajarkan perkara-perkara ini kepada kita kan... group counseling hanya mungkin teorinya ciptaan barat namun, apa yang diajari islam lebih dahulu menekankan soal yang sama cuma manusa saja yang kadang-kadang dikaburi untuk mencari kebenarnnya...so beware!!!

selepas sesi tamat B mengajak balik sekali naik motor. dan, B kata kpdaku kiranya macam ni la 'tahu tak muka wani mula-mula memang nampak takut-takut'. huh, rupanya memang nampak sangat aku takut and lack of confidence. tak boleh jadi ni adeh....kena ubah diri...permudahkannya untukku ya allah dan tunjukkan aku jalannya.....amin ya Rabb....

wallahua'alam....sekadar bicara insan biasa

Saturday, August 21, 2010

MUHASABAH DIRI

Cuba untuk melakukan self correction pada kesilapn yang dilakukan samada sengaja ataupun tidak, dizahirkan ataupun tersembunyi. yang disedari ataupun tidak...


Ya Allah! sesungguhnya aku menganiaya diriku dengan penganiayaan yang banyak, dan tiada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan pengampunan di sisiMu dan kasihanilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Pengasih...

Ya Allah! Ampunilah untukku dosa-dosaku dan kejahilanku dan sifat melampau dalam urusanku dan Engkau lebih mengetahui daripadaku, ya Allah! Anpunilah untukku usahaku, dan gurau sendaku, dan kesalahanku, dan kesengajaanku, semua itu di sisiku, Ya Allah! Ampuni untukku apa yang telah aku kerjakan dan apa yang akan datang dan apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku zahirkan, tidaklah Engkau melainkan lebih mengetahui dengannya daripadaku, Engkaulah yang Terawal dan Terakhir dan Engkau berkuasa atas setiap sesuatu....

peringatan buat diri ini...bahawa ramdhan telah pun memasuki fasa ke dua. maka perbanyakkanlah amalnmu. janan biarkan diri ketinggalan ataupun kerugian dengan tidak mengambil peluang sepanjang ramadhan ini untuk melipatgandakan amal dan bertaubat...
Astaghfirullahalazim................

Wednesday, August 18, 2010

Pertolongan itu bukan untuknya tapi untukku

Tit tit… handphone berbunyi menandakan ada seseorang menghantar mesej. Aku yang sedang bebaring di atas katil bingkas bangun mencapai telefon bimbit di atas meja. Lalu punat ditekan untuk membuka inbox mesej.

Nombor yang tertera adalah nombor yang asing. Tiada nama tertulis. Hatiku berbisik menyoal diri sendiri memikirkan siapa gerangan si penghantar mesej.

Setelah habis membaca mesej, Di bawah mesej yang tertulis di dalam skrin tertera nama si pengirim. Oh, kakak sekelas abnormal psychology rupanya.

Masyaallah, aku perlu membantunya. Dia sedang dalam kesusahan. Dia menyatakan kepadaku bahawa dia memerlukan wang sejumlah RM100.

Alhamdulillah, saat ini aku tidaklah juga kesempitan wang. Masih boleh menampung hidup yang berbaki sepanjang short sem ini. Lalu aku membals mesej kakak tersebut…

‘Wasalam, akak! Akak sihat? InsyaAllah saya boleh bantu. Camne nak bagi kat akak?’

Selang beberapa minit balasan ku terima.

‘Alhamdulillah, akhirnya Allah bantu akak. Akak dah pening dah nak cari duit kat mana lagi. Ni nombor akaun akak. *************. Bulan 6 ni akak dapat gaji akak bayar balik. Maaf menyusahkan adik’

Hakikatnya terselit satu perasaan gembira dan teruja bagi diriku. Apa yang terbuku di hatiku bukanlah satu perasaan terbeban untuk membantu tetapi merasakan satu kesyukuran kepada Illahi.

Aku gembira kerana dapat membantu. Aku gembira dapat menyelesaikan masalah mereka yang memerlukan. Aku gembira dapat membuatkan mereka yang mulanya sedih kini kembali ceria. Tapi bukanlah beerti aku bangga dengan pertolongan sendiri. Sebaliknya merasakan nikmat diberikan peluang untuk menabur bakti dan berbuat amal. Syukran ya Allah. Balasan mesej yang ku terima tadi dibaca dengan senyuman terukir di bibir. Lantas, aku menekan punat yang tertetera di skrin ‘reply’.

‘Eh, takpe akak! Tak menyusahkan pun. Bantuan tu datang dari Allah sebenarnya. Saya Cuma sebgai pengantara sahaja. Allah ilhamkan kepada saya untuk bantu akak. Allah dengar rintihan akak’

Kemudian, seperti biasa jika menghantar mesej psti akan menerima balasan.

‘Allahuakbar…semoga Allah permudahkan urusan mu dik! Terima ksih banyak-banyak’

Hatiku berbunga kerana mesej terakhir yang ku terima dari kakak tersebut menunjukkan hatinya yang tadi resah sudah mula membibitkn ketenangan. Dalam hatiku berbisik, sebenarnya bukan saja Allah sedang membantu kakak sekelas ku ini tapi Allah juga sedang membantu diriku sendiri. Membantu aku menambah kredit buku amalan. membantu aku menghayati apa erti tolong-menolong, dan erti hidup bersahabat.

Ya Allah kuatkan aku untuk terus membantu. Untuk thabat merasa nikmat menjadi si prihatin. Untuk tidak jemu memberi apa saja keabaikan kepada mereka yang memrlukan. Izinkan aku menceriakan hati-hati mereka yang berduka ya Allah…Namun, jangan pula diriku diselubungi sifat riak dan ujub. Nau’dhubillah…jauhkan aku dari sifat-sifat tercela ya Allah. Malah gantikannnya dengan keikhlasan dan niat yang tulus kerana Mu. Ameen…

Semoga kalian mendapat iktibar juga….

Gembiralah hati…

Hidup umpama roda yang berputar-putar. Hidup ada suka ada gembira. Ada susah ada senang. Kadang diri bersemangat kadang diri diselimuti kealpaan. Kadang berjaya kadang jatuh tersungkur.

Bila hati gembira raut wajah kelihatan ceria. Dihiasi senyuman dan tawa yang tak lekang putus. Emosi menjadi stabil. Ketenangan hinggap disegenap ruang diri. Namun, kegembiraan itulah yang bakal meragut ketenangan dan keceriaan. Pabila diri dikuasai nafsu alpa dan malas.

Aduh, sakitnya hati tika berada dalam kondisi yang gundah gulana. Keresahan dan kesedihan cuba menerjah masuk ke dalam ruang hati. Apatah lagi jika roda kehidupan sedang berputar ke bawah. Segala yang negative mengambil giliran. Kejatuhan dan kegagalan…

Apa yang perlu dilakukan tika ini???

Bila berada dalam kondisi kesedihan telah mengingatkan diriku kata-kata seorang ustaz. Janganlah kamu bersedih. Yakinlah bahawa Allah akan mengembirakan hatimu. Biar sekuat mana penderitaan yang engkau hadapi tapi yakinlah Allah bakal memujukmu kelak.

Aku mendengar teliti bait-bait katanya. Keikhlasan sang ustaz menyampaikan tazkirah menyentuh hati nurani. Benar, keyakinan kepada Allah itu sangat perlu. Sejauh mana diri kita menyerah diri kepada Allah? Redha atas ketentuan Nya? Sedangkan manusia selalu mengeluh jika ditimpa musibah. Tak kiralah secalit mana besarnya masalah yang ditimpa pasti merasakan dirinyalah yang paling malang.

Mengapa harus terjadi? Ya mengapa kegagalan menimpa diri? Mengapa nasib malang mengisi ruang hidup ini? Mengapa kesedihan menjadi teman diri?

Namun, cuba fikir semula. Muhasabah buat seketika. Layakkah diri untuk mengeluh atas ketentuan Nya?

Dalam keadaan hati yang tidak tenang, akhirnya aku diilhamkan sebuah jawapan lagi. Dengan nama Mu ya Rahman ya Rahim, aku membelek Quran. Hatiku tergerak ingin membaca surah Ar-rahman. Mata hatiku tertumpu pada ayat yang berkali-kali diulang dalam surah tersebut.

‘Fabi aiyi alaa i rabbikuma tukazziban’

(Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)

Keinsafan hadir pada diri tapi tidak tahu keabadiannya selama mana. Sememangnya diri tidak layak mempersoalkan mengapa takdir malang menimpa diri. Padahal diriku tidak terjawab akan persoalan Ar-Rahman itu. Ya Allah, entah sebanyak mana sudah nikmat-nikmat Mu yang telah kami dustakan. Entah-entah sudah tidak terhitung lagi. Namun, diri kami masih tidak segan silu mempersoalkan musibah yang Engkau takdirkan kepada kami yang mungkin adalah kifarah bagi nikmat-nikmat Mu yang telah didustakan. Astaghfirullah…astaghfirullah…astaghfirullahalazim…

Maka, yakinlah setiap hati-hati yang sedih, setiap hati-hati yang resah, setiap diri-diri yang diuji bakal menemui penawarnya. Kembalilah berserah kepada Allah. Kerana Dia yang mendatangkan segalanya, dan Dialah juga yang bakal menghiburkan dan menghidupkan semula hati-hati hambanya yang telah lesu dan muram.

MERUNGKAI SIRAH SILAM

Sebagai contoh yang paling dekat dengan menyingkap kembali sirah nabi SAW.

Di dalam peristiwa perantauan baginda ke Ta’if membayangkan kepahitan dan sengsaranya perasaan jiwa ketika dihina dan diejek-ejek oleh kanak-kanak nakal. Tetapi sebagai ganjaran dari Allah buat penawar terhadap ejek-ejekan itu kedapatan seorang Nasrani(kristian) ‘Edas ketika datang mempersembahkan sepinggan buah anggur memeluk dan mengucup kepala dan tangan hingga ke kaki baginda sebaik saja Rasullullah menceritakan tentang kenabiannya kepada ‘Edas.

Seorang pengarang iaitu Mustafa Sadik Al-rafi’ei Rahimahullah telah melukiskan kisah Rasullullah ke ta’if dengan katanya,

“Betapa ajaibnya simbolik-simbolik Illahi di dalam cerita ini, seolah-olah kebaikan, kemuliaan dan penghormatan telah datang melutut meminta maaf terhadap kejahatan dan kenakalan yang telah berlaku dan kucupan mesra selepas kata-kata cemuhan yang kesat.”

Satu lagi sirah nabi yang menarik hatiku tika mana kemangkatan dan pemergian Siti Khadijah isteri baginda serta bapa saudara baginda Abu Talib merupakan saat yang paling pahit untuk ditempuh Rasullullah SAW.

Ibnu Hisyam telah menceritakan bahawa Siti Khadijahlah yang selalu menghiburkan dan menghilangkan kedukaan Rasullullah. Manakala Abu Talib pula adalah pembantu dan penolong baginda untuk menghalang pencerobohan kaumnya.

Apabila kedua orang tersayang baginda ini telah pergi maka semakin hebatlah penentangan daripada kaum Quraisy terhadap baginda. Sehinggakan orang biasa Quraisy pun berani melumur selut ke atas kepala Rasullullah. Apabila Rasullullah sampai di rumahnya dengan keadaan sebegini salah seorang dari puterinya bangun membasuh selut dari badannya sambil menangis mengasihani bapanya.

Cuba kita fikir sejenak, apalah hebatnya penderitaan yang ditanggung kita berbanding penderitaan kekasih Allah ini. Bersama kita renungkannya…

Begitu pahit dan maung sekali pancaroba yang dihadapi Rasullullah. Namun, episod sedih rasullullah ini telah disusuli pula dengan peristiwa isra’ dan Mi’raj di mana peristiwa ini adalah kurniaan Allah kepada Muhammad SAW demi meperkuatkan dan memperbaharui keazaman baginda. Sesungguhnya Allah ingin menghiburkan semula hati kekasih Nya ini. Subhanallah…

Merungkai pengajaran daripada dua kisah perjalanan hidup dan dakwah Rasullullah ini sebenarnya menyarankan ummatnya ataupun manusia sebagai hamba Allah untuk sentiasa bersabar menempuhi cabaran onak dan duri. Selain itu, sentiasa bersedia dan redha untuk menerima apa jua qada’ dan qadar Allah.

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabarnmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu)” [Ali-Imran, 3:200]

selain itu, sebagai hamba Allah, kebergantungan kepada Allah sangat perlu. Ia bakal menggambarkan keyakinan kita kepada Allah serta kerndahan hati meredhai dan menyerah diri kepada Allah.

Sepertimana rasullullah berkata kepada anaknya ketika Rasullullah dilumuri selut angkara Quraisy, “Tak usahlah menangis hai anakku, sesungguhnya Allah akan menolong bapamu”.

Rasullullah juga telah berdoa dan mengadu kepada Allah ketika penentangan hebat dakwah di Ta’if. Doa rasullullah sesungguhnya menunjukkan pengakuan kehambaan seorang manusia kepada Tuhan Rabbul A’lamin. Pengaduan Rasullullah membayangkan keglisahan ataupun perasaan takut seorang hamba terhadap murka Allah kerana mungkin sesuatu perintah yang telah terlanggar.

DOA RASULLULLAH KETIKA DI TA’IF

“Wahai Tuhanku Dikau sajalah tempat ku mengadu kelemahan tenaga ku dan kurang bicaraku, kehinaanku di mata ramai, wahai Tuhan yang maha pengasih Dikaulah Tuhan mereka-mereka yang lemah, Dikaulah Tuhanku kepada siapakah Dikau akn serah daku ini? Kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau kepada seteru yang Kau berikan kuasa ke atasku? Andaikata tidak ada sebarang kemurkaan Mu ke atas ku maka tidak akan ku pedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaan Kau lebih luas untuk ku. Aku berselindung dengan cahaya zat Mu yang menyinari segala kegelapan dan yang memberi manfaat dunia dan akhirat (aku berselindung denganNya) dari kemarahanNya ke atas ku dan kemurkaan Mu, Dikau sahaja yang menegur sepuasnya. Dan tidak ada helah bicara dan tenaga hanyalah dengan Dikau sahaja”

Jika dirimu sedang berperang dengan kekecewaan janganlah kau putus asa. Jangan lah kau bersedih hati. Dan janganlah kau menjauhkan diri dari sang Pencipta. Tapi, dekatlah padaNya. Muhasabah dulu dirimu, tanya dulu imanmu nikmat Allah manakah yang telah engkau dustakan. Apakah mugkin kekecewaan mu itu adalah murka Allah kepada nikmat-nikmat yang telah kau dustakan? Adakah layak lagi dirimu untuk mempertikaikan qada’ qadar Illahi?

Tepuk dada tanya iman…Wallahua’lam…

Rojulun min aqsol madinah-lelaki dari hujung kota

"Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari (lalu menyampaikan berita) dengan berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya pegawai-pegawai Firaun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak membunuhmu; oleh itu pergilah." [Al-Qasas, 28:20]

Siapakah yang dimaksudkan dengan lelaki dari hujung kota ini? Lelaki dari hujung kota ini sudah tentu seorang yang istimewa di mata sejarah dunia Islam. Sehinggakan namanya ataupun cerita tentang dirinya disebut-sebut di dalam kitab suci Al-Quran. Malah rojulun min aqsol madinah ini tentunya seorang yang berperanan penting dalam perjalanan dakwah para anbiya’.

Berdasarkan kepada ayat Al-Qasas tadi menceritakan bahawa watak rojulun min aqsol madinah ini telah berlaku ketika zaman nabi Musa AS. Iaitu, ketika usia muda nabi Musa AS dan sebelum diangkat menjadi rasul, Musa telah membunuh seorang lelaki fira’un tanpa disengajakan.

“Dan dia (Musa) masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka dia mendapati di dalam kota itu dua orang laki-laki sedang brkelahi; yang seorang dari golongannya (Bani Israel) dan yang seorang (lagi) dari pihak musuhnya (kaum Fir’aun). Orang yang dari golongannya meminta pertolongan kepadanya, untuk (mengalahkan) orang yang dari pihak musuhnya, lalu Musa meninjunya, dan matilah musuhnya itu…” [Al-Qasas, 28:15]

Sesungguhnya Musa menyesal akan perbuatannnya mengakibatkan kematian lelaki Fir’aun tersebut. Pukulan Musa tidaklah bermaksud untuk membunuh. Tetapi hanya semata-mata ingin membela kaumnya.

Selepas kejadian itu Musa telah menjadi buruan Fir’aun. Sungguh kala itu Musa berada dalam keadaan yang sangat ketakutan. Maka datanglah seorang lelaki dari hujung kota kepada Musa dan menyarankan agar Musa keluar dari kota itu untuk menyelamatkan diri. Akhirnya, Musa pun keluarlah dari kota itu dan selamatlah Musa dari buruan Fir’aun.

Sungguh menarik watak lelaki dari hujung kota ini. Mungkin dalam sirah anbiya’ ini dia hanya merupakan seorang yang berwatak sampingan. Namun, dia merupakan salah seorang yang telah menghidupkan realiti perjuangan para rasul di pentas dunia Illahi ini.

Selain dari surah Al-Qasas, Al-Quran juga menyebut kisah lelaki dari hujung kota ini di dalam surah Yasin:

[20] Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
[21] "Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
[22] Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
[23] "Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
[24] "Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata. [25] "Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)",
[26] (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui – (Yasin, 36:20-26)

Menurut mufasir, lelaki dari hujung kota ini digelar sebagai Habib An-Najar. Selain itu, menurut satu riwayat lelaki ini telah dibunuh oleh kaumnya setelah dia mengucapkan kata-katanya sebagai nasihat kepada kaumnya.

Berdasarkan penceritaan daripada Al-Quran ini telah menunjukkan dua peranan besar rojulun min aqsol madinah ini. Iaitu, yang pertama menyelamatkan nabi-nabi yang terancam nyawa. Kedua, mereka juga ikut membantu dalam menyokong dakwah ketika nabi-nabi diserang hebat oleh kaum-kaum yang ingkar.

Mengenai Habib An-Najar ini sebenarnya saya telah terbaca tentang nya dalam Harakahdaily.Net. Dan saya berminat untuk menceritakan semula kisahnya dalam entry kali ini.

Jika dilihat dalam surah yasin di atas ayat yang ke-26, lelaki ini telah disapa untuk masuk ke dalam syurga. Betapa bertuahnya empunya diri menerima sapaan yang istimewa sebegini. Dalam hal ini ingin saya memetik semula kata penulis yang menulis artikel yang sebenar:

‘Adakah kita boleh memasuki syurga dan berkenalan dengan Habib an-Najar? Kalau kita tidak berusaha menyelamatkan nyawa pendakwah-pendakwah dan tidak berjuang sebagai 'rajulun min aqsol madinah' yang menyokong kebenaran dakwah, sukarlah kita dapat berjiran dengan Habib an-Najar dan lain-lain rajulun min aqsol madinah’.

Dalam artikel tersebut penulis juga mengaitkan beberapa orang watak di zaman nabi sebagai rojulun min aqsol madinah.

Pertama sekali, iaitu Abu Bakar As-siddiq yang mana pada asalnya dia seorang lelaki yang tidak tahu apa-apa tentang dakwah baginda tetapi akhirnya telah membenarkan dakwah rasullullah SAW ketika kaum Quraisy menentang baginda.

Selain itu, Pada akhir riwayat baginda Rasulullah s.a.w, ada seorang zahid bernama Uwais al-Qarni di hujung kampung. Dia juga tak pernah menziarahi Rasulullah s.a.w lantaran kemiskinannya. Ali k.w dan Umar r.a diperintah mengunjungi Uwais lantaran eratnya hubungan kerohanian antara Uwais dan Rasulullah itu.

Ketika perang, Uwais mendapat berita secara rohani bahawa sebatang gigi baginda tertanggal dalam medan perang. Maka, dia menanggal giginya semata-mata ingin merasai kesakitan yang baginda alami. Uwais bagaimanapun tidak berperanan di dalam dakwah sebagai Habib an-Najar dan lain-lain rajulun min aqsol madinah.

Tetapi, siapa tahu.. mungkin Uwais membantu umat Islam yang sedang berperang lewat doanya? Bukankah doa itu 'senjata' mukmin? Maka peranan Uwais, Abu Bakar dan lain-lain pemuda dari hujung kota ini janganlah dipandang remeh. Mereka ini mungkin si marhaen yang tiada apa-apa keistimewaan di mata manusia. Tapi, pada pandangan Allah siapalah yang tahu?

Kisah rajulun min aqsol madinah ini ataupun lelaki dari hujung kota ini bolehlah diambil iktibar bersama. Jika kita lihat dunia sekarang yang semakin hari semakin mengikis nilai aqidah, akhlak dan syariat Islam itu sendiri. Hakikatnya, pentas dunia sekarang tercari-cari watak seperti rajulun min aqsol madinah ini, mengharapkan lahirnya anak-anak muda yang berbakat seperti Habib An-Najar untuk membantu menjadi mata-mata rantai perjuangan para nabi dari dahulu sehinggalah kala ini. Siapakah yang bakal ataupun mahu menjadi lelaki dari hujung kota ini kelak ataupun sekarang? Adakah kita? Tepuk dada tanya iman. Wallahua’lam…

Rujukan dan petikan: Harakahdaily.Net

Engkau yang terpilih…

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang mempunyai berbagai taksiran
Segala takdir terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
Bersyukur dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu

Jika kau rasa kau dah tak tahan dah katakanlah pada diri, AKU ORANG YANG TERPILIH!

Inilah prinsip seorang mujahidah. Tidak mudah menyerah kalah. Biarpun terpaksa menelan kepahitan sebuah dugaan. Dalam satu perjumpaan, seorang senior cuba berkongsi perasaannya bila memegang amanah menjadi seorang ketua.

Sungguh, kata-katanya membuka mataku. Mungkin bukan aku sahaja yang terkesan dengan kata-katanya. Malah rakan-rakan yang turut berada di dalam perjumpaan tersebut juga turut merasainya.

Teman-teman, aku tahu sudah tentu tiap-tiap seorang daripada kita pernah merasa derita, sakit, penat dan tertekan dengan apa yang dianggapnya payah. Ataupun baginya sesuatu itu sudah tidak mampu dipikul oleh tulang empat keratnya.

Si kakak meluah perasaannya yang kadang-kadang sudah menjadi exhausted berada di barisan pimpinan dek timbunan kerja,tanggungjawab dan amanah yang perlu dihadapi. Namun, disebabkan “rational soul combined with active intelligence” menghasilkan satu perasaan yang dipanggil ‘freedom’. Aplikasi daripada perspektif Ibn Bajjah dalam psikology.

Kakak senior cuba membuka hati, melapangkan dada serta cuba mem positive kan fikirannya. Lalu, Allah telah mengilhamkannya satu kata semangat khas buat dirinya. Dan pada malam itu dia telah berkongsi kata-kata keramat itu kepada kami. Engkau orang yang terpilih! Ya itulah kata-katanya yang meninggalkan kesan di hatiku. Kata-kata itulah yang merelakan hatinya terus istiqamah dengan mujahadahnya. Kata-kata itulah yang membebaskan perasaannya dari belenggu tekanan.

Mendengar kata-kata ini mengingatkan diriku lagu kumpulan nasyid Mestica. “Rahmat kehidupan”. Teman-temanku, jom kita hayati lagu ini. Sungguh bermakna!

Ingatlah diriku dan buat teman-teman, Allah membebani kita bukan untuk menyusahkan. Tapi ada rahmat yang bakal kita terima mungkin. Berbaik sangkalah pada Allah. Sesungguhnya Allah rindu mendengar rintihan hamba-hambanya. Subhanallah!

Maka bersyukurlah kamu yang dibebani. Kamu sedang diperhati sang Pencipta. Sedangkan ada mereka dibiarkan dilalaikan dengan nikmat dunia. Jika di dunia kamu dibebani pelbagai ujian mungkin bakal dibayar dengan syurga kelak. Manakala yang lalai dengan nikmat dunia itu mungkin dibayar dengan azab di neraka. Nau’dhubilllah. Jadi mana satu pilihan kita?

Katakanlah pada diri, AKU ORANG YANG TERPILIH. Terpilih untuk diuji, terpilih untuk dibebani, terpilih untuk diduga dengan pelbagai rintangan dan tekanan. Kerna apa? Kerna mungkin aku terpilh untuk ke syurgaNYA kelak. wallahua’lam…

Harga sebuah solat

“Perhatian kepada para penumpang pesawat Air Asia Ak5107 penerbangan ke LCCT Kuala Lumpur, penerbangan akan ditunda pada pukul 2.30 petang. Sekian, terima kasih. Harap maklum”

Saat itu hujan turun dengan sangat lebat diiringi dentuman guruh dan kilat sabung-menyabung. Pada mulanya flight ku bersama kak Sita ke Kuala Lumpur pada pukul 2.05 petang. Namun, disebabkan cuaca yang kurang baik, maka flight pun delayed.

Pada mulanya kami merancang untuk solat jamak ta’akhir berserta qasar sekali apabila sampai di LCCT Kuala Lumpur nanti disebabkan kekangan masa kerana terpaksa memenuhi syarat jadual penerbangan. Apabila pengumuman dibuat bahawa pesawat yang bakal kami naiki ditunda, aku mengubah fikiran.

“kak Eta, sekarang baru pukul 1.30. sempat lagi kalo nak jamak taqdim. Jom lah.”

“Alah, malaslah! Jamak ta’akhir je lah”

“kau ni, nanti kalo jadi papa kat dalam kapal terbang nanti? Dah la hujan lebat ni”

“ha’ah kan! Jomlah.”

Alhamdulillah. Kerna Allah mengizinkan kami menyelasaikan solat jamak dan qasar zuhur dan asar tadi. Fuh, nasib tak ketinggalan flight! Saat keluar dari surau, para penumpang yang sepenerbangan dengan kami sudah sibuk beratur untuk masuk ke dalam perut kapal terbang.

Ya Allah dengan nama MU, aku berserah. Mohon daku perlindungan dari segala bahaya. Amin!

Entah mengapa hati ku dihimpit rasa gelisah. Seperti sesuatu akan terjadi. Akhirnya, pesawat AK5107 memecut lantas membelah lapisan pertama langit meninggalkan bumi di bawah bayu itu.

Akhirnya, cuaca yang mengerikan tadi bertukar menjadi cerah dan tenang dihiasi awan yang berkepul-kepul persis kapas yang lembut, putih dan gebu. Namun, bak papatah ‘air yang tenang jangan sangka takde buaya’

Siapa sangka awan yang dipuji cantik dan lembut itu sebenarnya punya extra ordinary power. Huh! Molekul-molekul udara yang terkandung di dalam awan itu mampu menggegarkan tubuh sasa kapal terbang itu. SUBHANALLAH! Terasa kebesaran Tuhan.

Ya Allah! Benar KAU sedang menguji kami. Gegaran yang maha dasyat terjadi. Terasa tubuh kapal terbang semakin turun, turun dan turun! AstaghfirullahalAzim! Adakah ini saat terakhir hidup ku? Kalau disini saja hayatku, kalaulah pesawat ini terhempas, apakah rupa jenazahku nanti? Argh…..

Ketakutan yang teramat menyelubungi diri. Aku dan kak Sita saling berpandangan tidak terkata apa-apa. Mulutku kumat-kamit membaca doa. Anak-anak kecil sudah mula berlawan suara menjerit dan menangis. Tidak ketinggalan yang dewasa juga turut menjerit ketakutan. Tiba-tiba…

“Selamat petang kepada semua penumpang. Saya kepten bla..bla..bla…kita akan mendarat sebentar lagi…”

Alhamdulillah, selamat! Gegaran tadi disebabkan awan yang terlalu tebal.

Ya Allah. Ampunkan hamba Mu ini. Sungguh aku mengakui kebesaran dan kekuasaan Mu. Hakikat hidup dan mati itu adalah ketentuan Mu. Saat pesawat tadi terumbang-ambing seolah-olah hilang kawalan, ada sesuatu terdetik di mindaku.

Mungkin, memang benar Kau menentukan bahawa pesawat itu akan jatuh terhempas. Tapi mungkin Kau telah membeli solat kami tadi dengan harga yang cukup lumayan. Iaitu dengan mengekalkan nyawa kami beserta para penumpang yang lain.

Ya Allah betapa aku merasai dekatnya Kau di sisi hamba-hamba Mu. Walau diri ini hanya kerdil dan hina. Betapa Kau maha mendengar dan melihat. Sungguh Kau mengetahui apa yang terbaik untuk kami. Saat ini juga, terasa betapa bernilainya sebuah solat, serakaat takbir, ruku dan sujud.

Akhirnya, tercungkil satu hikmah Qada’ dan Qadar Allah iaitu harga sebuah solat…..

sekadar coretan hati....

Salam Alaik Madahqalbi....lama benar kau ditinggalkan sepi...entahlah.....diri ini semakin lemah. seolah-olah semakin kehilangan idea ataupun semakin lama ku rasakan semain tidak pandai menulis. Ya Allah jangan Engkau tarik nikmat itu ya Allah...atau diri ini terlalu melayan kemalasan diri sehingga kemahiran menulis itu semakin pudar? Muhasabah diri mu wahai pemilik madaqalbi...astaghfirullahalazim...

Sebelum ini aku juga punya blog tetapi lain namanya. tetapi sudah dihapuskan atas sebab-sebab tertentu. tapi ingin ku publish semula beberapa tulisan yang aku sendiri merasakan kesannya di hati. akan ku titipkan tulisan itu sebgai peringatan buat diri sendiri.