Wednesday, November 24, 2010

Corat-coret ku...

Wahai madahqalbi hari ini inginku bekongsi sesuatu. Saat ku mengems bilikku, tiba-tiba hati ini tergerak untuk membaca diary lamaku. Bila membukanya diriku tertumpu untuk membaca beberapa tulisan ku sendiri. Sesuatu yang bermanfaat bagiku. Rupanya aku ada membuat beberapa rumusan yang telah ku coretkan di dalam diary itu hasil pembacaan ku tentang buku motivasi karya Dr. HM. Tuah Iskandar Al-Haj yang bertajuk ‘Nak ke tak Nak’. Jadi lebih baik aku menulisnya di laman madahqalbi ini sebagai pengisian buatmu madahqalbi… So, let’s check it out…

Penyakit Malas...

Bila mana Dr. HM Tuah mengatakan malas adalah musuh utama manusia, ya! Aku sangat mengakuinya. Kadang-kadang kita tertanya-tanya pada diri sendiri ‘adakah diri ini sudah cukup OK?’ apakah kelebihan ataupun kemahiran yang ada pada diri… tapi disebabkan sikap malas kita hati dan aqal menjadi kabur untuk menilai kemampuan diri.

Mungkin kita pernah merasakan bahwa diri kita sebenarnya boleh memimpin. Kadangkadang kita merasakan kita bukanlah seorang yang bodoh sangat, jika belajar betul-betul sudah tentu bijak. Kita mampu menilai diri sebenarnya. Namun, disebabkan penyakit malas ini yang menjadikan self-esteem menjadi low. Kita menjadi tidak kenal kelebihan diri. Sikap kepimpinan yang mugkin ada pada diri terkubur lantaran sikap malas menguasai diri.

Dr. Hm Tuah telah menyentuh bahawa manusia itu mempunyai dua hati. Apabila untuk menilai diri samada OK ataupun tidak jawablh dengan hati kecil yang tidak akan menipu. Hasil daripada itu kita tahu langkah selanjutnya memperbaiki diri…

Maksudnya, jangan kerana sikap malas itu menyebabkan kita hilang keyakinan dan merasakan diri tidak mampu ke hadapan. Sebab itu gunakanlah hati kecil itu untuk kita muhasabah diri sendiri dan sedaya upaya mengubah diri ke arah yang lebih baik. Amiin… peringatan buat diriku sendiri…

Mutiara kata: Bermuafakatlah dengan diri sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukn arah tujuan.

Kawan itu Cermin hidup buat diri…

Cari teman sebagai cermin! Hmm… Aku sangat tertarik dengan pengisian tajuk ini oleh Dr. HM Tuah. Ia benar-benar memberikan aku sebuah jawapan…

Sangkaan ku selama ini rupanya silap. selalu kata orang kawan itu merupakan cermin kepada diri kita rupanya ada lagi maksud tersirat yang tidak aku fahami sebelum ini.

Pada mulanya Dr. Hm Tuah memperkenalkan dua jenis cermin sebagai analogy. Yang pertama cermin mati iaitu cermin untuk kita melihat wajah diri. Manakala cermin hidup adalah kawan kita. Apa yang ku sangkakan selama ini iaitu kawan diumpamakan sebagai cermin buat diri bermaksud jika beginilah perangai sahabat kita maka begitula perangai kita. Jika begitu perangai kita maka beginilah perangai sahabat kita. Pendek kata kita mempunyai persamaan dengan seseorang sahabat ataupun sahabat yang mampu mempengaruhi kita tidak kiralah baik mahupun buruk.

Tapi hasil pembacaanku sebenarnya cermin mati menunjukkan tentang fizika kita yang sememangnya dapat dikesan oleh orang di sekeliling kita. Oleh itu kita perlukan cermin hidup iaitu seseorang yang boleh membicarakan tentang kita, perangai kita, sifat buruk kita, tindakan-tindakan bodoh kita atau banyak lagi sifat mazmumah yang mungkin ada pada kita.

Hmm… baru aku faham maksud sebenar kawan itu cermin hidup buat diri… tapi bagi ku bukan kawan saja boleh jadi cermin hidup. Seorang ibu dan ayah boleh menjadi cermin hidup buat anak-anak dan sebaliknya, seorang guru menjadi cermin hidup buat pelajarnya dan sebaliknya, seorang pemimpin menjadi cermin hidup buat rakyatnya dan sebaliknya, seorang suami menjadi cermin hidup kepada isterinya dan begitulah sebaliknya…

Bercakap tentang cermin hidup selaras dengan kalam Allah dalam Al-A’sr “berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran”… Wallahua’lam…

Mutiara kata: Carilah seribu sahabat kerana seribu sahaja itu belumlah banyak, jauhilah seorang musuh kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak…

Siapa Juru Nasihatmu?

Seterusnya ingin aku bercerita tentang juru nasihat yang selayaknya buat diri kita. Juru nasihat inilah cermin bernyawa ataupun cermin hidup kita yang menjadi tempat rujukan kita, meminta nasihat dan yang paling penting bak kata Dr. Hm Tuah tempat kita menyemak siapa kita di mata orang lain.

Apa yang menarik perhatianku Dr. Hm Tuah memberkan beberapa tips iaitu orang tersebut adalah orang yang tidak begitu rapat dengan kita. Dia bukan kawan krib kita, bukan kawan sembang. Dia Cuma sahabat yang dikenal ‘gitu-gitu’. Namun janganlah memilih orang sembarangan. 5 tips daripada Dr. Hm Tuah berkaitan mentor yang mampu menjadi penegur kita ialah:-

1) Bukan rakan akrab, tapi sekadar kenal

2) Belum pernah menjadi rakan sembang

3) Terpancar cirri-ciri keikhlasan di wajahnya

4) Perwatakannya lunak dan disenangi oleh kebanyakan orang

5) Kaki surau

Hmm… agak susah mencari orang sebegini kan. Bak kata penulis “Ambillah masa untuk mencarinya. Kerana sekali kita mendapatnya ibarat sebutir mutiara di adang pasir”.

Sedkit hikmah daripada 5 tips tersebut pada pengamatanku dengan mengaplikasikan pendekatan tersebut dapat meluaskan pergaulan dan hubungan social kita sesama insan. Mencari kawan baru yang sebelum ini tidak dikenali ataupun hanya sekadar kenal. Bukankah Allah menyuruh umatnya saling berkenalan…

Agak susah bagiku untuk mengaplikasikan tips ini. Mungkin disebabkan aku tidak pandai memulakan sesuatu perkara dan agak malu untuk bermesra-mesra denagn orang yang kita tidak kenal mana… yakin dri wahai pemilik madahqalbi!

Mutiara kata: Tujuan memperbaiki akhlak ialah untuk membersihkan kalbu kotoran-kotoran hawa nafsu…

Switch On suis diri mu…

Dr. Hm Tuah kata hidup ini kena ceria selalu. Dari mula bangun tidur sehinggalah kita ingin tidur pada waktu malam semula. Keceriaan berkait rapat dengan hati. Kerana hatilah yang perlu digembirakan, diceriakan, ditenangkan, barulah senyuman terukir dan kebahagiaan kita rasai.

Bak kata sang penulis bertambah luas akal bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datanglah celaka.

Kaitan akal dan hati, sedikit petikan daripada Solusi isu no. 18; kerap diungkapkan bahawa hati umpama raja, akal umpama bendahara. Bendahara memberi nasihat kepada raja untuk memerintah rakyat iaitu sebagai gerak tindak seluruh badan. Jadi jika akal berfikiran sempit hati juga turut menjadi sempit melahirkan emosi yang tidak stabil dan tindakan yang pasif ataupun negative mungkin terjadi.

Sebenarnya manusia juga mempunyai suis bukan sahaja TV. Wahai madahqalbi, suis manusia itu terletak pada ‘HATI’. Hati yang tidak diberikan hasrat, sasaran, target, azam, niat yang betul dan sebagainya, hati akan buat ikut sesuka hati saja tidak terpandu. Jadi hati perlu di control. Seperti penulis berkata, kita kena ada hati yang bulat ataupun keazaman yang kuat mendalam untuk melakukan sesuatu. Barulah diri akan termotivasi.

Daripada Nu’man bin Bashir r.a., daripda Nabi s.a.w:

“Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Jika baik (daging tersebut) maka baiklah seluruh tubuh. Jika rosak (daging tersebut) maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah ia adaah HATI” (Riwayat Muslim no. 1599)

~HATI YANG IKHLAS TIDAK AKAN TERKESAN DENGAN PUJIAN MAHUPUN KEJIAN~ Solusi Isu No. 25

Haiyya A’la Assolah…

Satu pengetahuan baru buat ku madahqalbi. Saintis telah mengkaji bahawa duduk tahiyat akhir pada dalam solat kita seharian boleh mengelakkan ataupun mengurangkan daripada penyakit apendik. Sujud itu pula membolahkan darah lebih banyak turun ke kepala. Ia akan menjadikan otak lebih cerdas kerana lebih banyak mendapat oksigen. Seperti yang kita tahu, oksigen amat diperlukan oleh otak untuk berfungsi dan menghidupkan sel-selnya yang dipanggil Neuron. Dan Neuron inilah menentukan hebatnya akal berfikir. Subhanallah…

Hmm… satu lagi kata-kata Dr. Hm Tuah yang menarik perhatianku tentang pergerakan dalam solat:

“Seorang ustaz mengajar saya ada menyebut, katanya apabila kita mengangkat takbiratul ihram, bentuk tangan kita itu seperti orang yang menyerah kalah dalam peperangan. Jadi, sembahyang itu mengajar kita berserah diri kepada Allah pemilik hidup kita ini”.

Sungguh indah dan terkesan kan analogy ini. Maka sama-sama kita renungkannya wahai mdahqalbi.

Hadis nabi s.a.w:

“Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang selalu memeriksa dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu menurut hawa nafsunya dan mengharapkan keampunan Allah tanpa beramal”.

Renungan buat dirimu pemilik madahqalbi…

Tuesday, November 9, 2010

Kahzinatul Asrar...(2)

Wahai diari si merah hati, bila aku mencritakan pengalaman ini kepada kak Esah dan bila mana kak Esah mengatakan aku seperti khazinatul asrar, menyedarkan aku bahawa selama ini aku berada dalam lindunganNYa. Rupanya setiap gerak-geri ku diawasiNya. Subhanallah... Dan Dialah yang mengilhamkan aku perasaan jelik itu agar aku tidak terjebak dalam kancah maksiat itu. Betapa jahilnya diri ini hingga pernah merasakan qada dan qadarNya seolah-olah tidak adil buat diriku hanya kerana Dia enggan memberi peluang kepadaku merasakan nikmat dunia seprtimana yang dirasakan oleh mereka yang dilalaikan. Bercinta melanggari hukum syarak. Dengan cinta romantis yang menghanyutkan diri ke lembah maksiat.

Terima kasih wahai Tuhanku. Ya Rahman Ya Rahim... Terima kasih kerana menjaga diri ini. Engkaulah sebenar-benar kekasih hakikatnya. Hatiku adalah milikMu dan hatiku perlu diserahkan sepenuhnya kepada Mu. Tarima kasih ya Allah dan ampunkan atas segala kejahilan dan kelalaian ku selama ini. Dan jagalah diriku ini dan jangan sekali meninggalkan aku YaAllah...Amin Ya Rabbal A'lamiin...


Begitulah pengalaman Lisa yang sangat bermakna buat dirinya. Hikmah qada dan qadar Allah itu sangat bernilai dan perlu dicari. Kadang-kadang hikmah stiap kejadian itu bukan kita dapatinya serta merta tetapi kadang-kadang memerlukan masa barulah kita menyedari hikmah sesuatu kejadian itu.

Lisa yang dulunya hanyalah insan biasa. Namun sekarang dia sudah bertudung labuh dan aktif dalam organisasi dakwah. Mungkin itulah hikmah Allah memelihara dirinya. Kerana dirinya telah ditentukan bahawa suatu hari nanti dia menjadi seorang aktivis dakwah. Sebab itulah zaman remajanya dulu direncanakan sedemikian rupa.

Lisa menutup diarinya dengan senyuman terukir di bibir. Dia Mengucup diarinya sebelum menyimpannya semula di dalam rak bukunya. Diari si merah hati itu menjadi teman tempatnya meluah rasa.

Jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 malam. Tiba masanya untuk Lisa memberi peluang kepada matanya, tubuhnya dan mindanya untuk beristirehat di ats katil empuk becadarkan kain cotton berwarna ungu muda. Sebelum Lisa melelapkan mata dia bermonolog sendirian...

Kalaulah Tuhan tidak menjaga dan tidak menghalang aku dahulu, sudah tentu diri ini berasa rugi dan alangkah sedihnya bila tidak memelihara diri dengan baik. Terima kasih Ya Allah keran menjaga diri ini menjadi khazinatul asrar...

Lisa membaca doa dan melelapkan matanya...

~Saudariku... muslimah yang memakai hijab kerana rasa malu dan untuk menjaga maruah serta prinsip mulia~ [Dr. Aidh Abdullah al-Qarni]


Khazinatul Asrar...(1)

Kisah ini diadaptasi dari pengalaman seorang hamba Allah dan sedikit penokok tambahan...Wallahua'lam...

Lisa duduk di meja tulisnya. Sambil merenung dinding di hadapan. Saat itu, dia mengenangkan sesuatu. Mengenangkan perbualannya dengan Kak Esah sahabat sekampus dengannya. Lisa terkenang akan kata-kata kak Esah kepadanya sewaktu mereka sama-sama menikmati makan malam di cafe kampus.

"Ada hikmahnya Lisa kenapa Allah aturkan macam tu. Syukurlah kamu telah dijaga dan dilindungi. Hmm... dijaga seperti khazinatul asrar.."

"Ha, khazinatul asrar? Khazinatul asrar tu ape kak Esah?"

"Khazinatul asrar tu ialah khazanah yang tersimpan, yang terjaga, yang terahsia. Ye lah macam Lisalah. Kenapa Allah halang diri Lisa dari terjebak kepada semua perkara tu sebab Allah nak jaga Lisa. Sebab tu akak kata Lisa adalah khazinatul asrar"

Gulp! Lisa terkedu mendengar kata-kata kak Esah. Saat itu di dalam hatinya berkata-kata sesuatu.

Ya Allah betapa Engkau menyayangi dan mengasihiku. Dalam diam, dalam keadaan yang aku tidak menyedari Kau melindungi dan menjaga maruah dan martabat diriku sebagi seorang wanita. Sedang aku hanya tahu merungut dan hanya ingin menuruti nafsu dan kehendak hatiku sendiri. Keinsafan menyelubungi diri Lisa...

Bila mengenangkan perbualannya bersama kak Esah, Lisa bingkas bangun dan mengambil diarinya di atas rak buku. Kemudian, dia mencoretkan sesuatu di dalamnya. Dia ingin bercerita semula saat dia tenggelam dengan bisikan dunia dan dalam masa yang sama dirinya dipelihara Allah Ta'ala. Dan jadilah dia seolah-olah khazinatul asrar. Dengan lafaz Bismillah Lisa mencurahkan bicara hatinya di dalam buku kecil yang kulitnya berbalutkan kain baldu berwarna merah hati itu. Bila saja diari kecil itu diselak lembarannya, semerbak harum menerjah masuk ke lubang hidung. Diari kecil itu telah direka dengan kombinasi kertas wangi yang berwarna merah jambu lembut. Sungguh menenangkan melihat warnanya dan menghidu baunya.

Bismillahirrahmanirrahim...
Wahai diari si merah hati, inginku kongsikan pengalaman bermakna buat diriku. Di mana pengalaman itu membuatkan aku sedar dan sangat merasakan kasih Illahi.

Wahai diari si merah hati, aku hanyalah insan biasa. aku juga seprti gadis lain yang ingin menyayangi dan disayangi. Dulu, jiwa remaja dan darah muda ku mendorong aku ingin merasakan cinta dari insan yang bernama lelaki. Aku juga ingin merasa 'bercouple', 'berdating' dan ingin si dia mengambil berat terhadap diriku.

Wahai diari si merah hati, waktu sekolah dulu sehinggalah aku menjejakkan kaki ke universiti, tahukah kau aku meminati seseorang. Aku pernah untuk cuba rapat dengannya, dan cuba ingin saling berhubung dengannya, keluar bersamanya tetapi tidak berjaya. Kerana setiap kali aku inginkan begitu ada saja penghalangnya. Lain yang ingin ku ungkapkan padanya lain yang terjadi bila aku berhadapan dengannya. Ada saja perkara yang hinggakan kami merasakan ketidakserasian. Aku hampa dan aku sedih. Aku tidak berpeluang merealisasikan anganku seperti yang ku katakan tadi ingin dijaga oleh insan yang bergelar 'Boyfriend', huh!

Wahai diari si merah hati, saat itu aku merasakan satu ketidakadilan. Aku merungut sendiri. Aku cemburu melihat kawan-kawan yang asyik mencritakan tentang boyfriend masing-masing. Diberi bunga, diberi hadiah. Diberi mesej 'take care', 'good night', 'sweet dream', 'study hard'. Kononnya si dia menjadi pembakar semangat. ya lah kekasih si jantung hati. Argh... kenapa? kenapa? dan kenapa? ianya tidak terjadi pad adiriku...

Wahai diari si merah hati, tidak lama selepas itu, suatu hari seorang rakan sekelas ku sewaktu dibangku sekolah menegah dulu telah meluahkan perasaannya padaku. Saat itu aku teruja dan menrimanya. Bukan suka pun saja ingin mencuba. Apatah lagi bila mana semua kawan-kawan memberi support dan saja mengkeneng-kenengkan aku dengannya. Ia membuatkan aku lagi terdorong dan terhasut dengan bisikan dunia itu.

Suatu hari, bila si dia mengajak aku untuk 'first date', tiba-tiba satu perasaan aneh timbul di hatiku. Terasa jelek! Uwekkk... gelinya! Dan akhirnya aku memutuskan untuk tidak pergi bertemu dengannya tanpa pengetahuannya. Tinggallah dia menunggu seorang diri.

Wahai diari si merah hati, tahukah kau apa yang terjadi? si dia sangat marah. Mana tidaknya lama dia menanti kehadiranku dan aku tidak pula muncul tiba. Dia merajuk dan mengugutku untuk 'clash'. Bila saja mendengar kata-katanya lantas aku menjawab "Clash lah lagi baik daripada aku buat maksiat!" Si dia terkejut dan terdiam.

Hmm... aku pun tidak tahu dari mana aku mendapat kekuatan mengatakan sedemikian. Namun, keinsafan ku itu tidak seabadi mana. Bila mendengar semula cerita daripada kawan-kawan tentang pengalaman romantis lah kononnya saat berdating dengan couple masing-masing mambuatkan aku seronok mendengarnya. Tambahan pula, kala itu si dia sedang cuba memujukku dan ingin berbaik semula denganku.

Mendengar pujukan seorang lelaki yang terkenal dengan mulut manis membuatkan hati perempuanku 'cair'. Dan akhirnya aku berbaik semula dengannya.

Suatu hari si dia mengajak dating lagi. second date. Oh tidak, tetap first date jugak sebab yang dulu tu tak menjadi. Kalau dulu stakat mengajak dating di kawasan sekolah. ya lah waktu tu sekolah duduk asrama. after prep ajak jumpa. kali ini lebih advance si dia mengajakku keluar bandar bersama. berjumpa di shopping complex.

Sampai saja di Shopping Complex di mana tempat kami berjanji untuk berjumpa aku merasakan seolah-olah tidak bersedia. Sama perassan bila kali pertama dia mengajak ku untuk berjumpa. geli-geleman. Bila si dia sampi tepat berada di hadapan ku, dan aku pun dengan 'slumber' nya buat-buat tidak kenal dan meninggalkannya.

Dan akhirnya aku menyedari bahawa aku adalah 'Aku'. Tidak sama seprti kawan-kawanku yang lain. Percintaan romantis ataupun cinta monyet itu bukanlah duniaku. Lalu dengan hati yang bulat dan tekad aku berterus terang pada si dia bahwa aku tidak ingin terjebak dalam perkara sia-sia ini. Bagiku belum tiba masanya.

To Be Continued....

Monday, November 8, 2010

WeLcOmE To mY LiFe... I'm in the midlle one...

Sahabat barisan ke-05 you who are granted to me as my guide and my backbone. Thank you Allah for giving me 'them'. They are my special gift=P....



RYUNEDA always in my mind...... the precious moment with you will be never decay in my memory... Love you guys!!! I'll be toghether with you... one day! I hope it...

As we go on
We remember
All the times weHad together
And as our lives changeFrom whatever
We will still beFriends Forever

Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana
Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita
Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang
Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis
Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

Selama ini Kumencri-cariTeman yang sejati Buat menemani Perjuangan suci

Bersyukur kini PadaMu IllahiTeman yang dicariSelama iniTelah kutemui

Dengannya di sisi Perjuangan ini Senang diharungi Bertambah murni Kasih Illahi

KepadaMu Allah Kupanjatkan doa Agar berkekalanKasih sayang kita

Kepadamu temanKu pohon sokongan Pengorbanan dan pengertian

Telah kuungkapkanSegala-galanya...

KepadaMu AllahKupohon restu Agar kita kekal bersatu

Kepadamu teman Teruskan perjuangan Pengorbanan dan kesetiaan

Telah kuungkapkan Segala-galanya Itulah tandanyaKejujuran kita


RYUNEDA...Friendship Never End...


"RYUNEDA friendship forever... kawan sampai liang lahad"
Itulah ungkapan janji setia bersama kawan-kawan ku sewaktu dibangku sekolah menengah dulu. Bila bibir menyebut ungkapan ini lantas mengingatkan ku lagu yang sering didendangkan oleh ku dan kawan-kawanku sebagai tanda persahabatan kami...
As we go on, we remember,
All the times we had togheher,
As our life change, come whatever,
We will still be friends forever...
Mengenangkan nostalgia lama ini membuatkan hatiku merintih pedih. terasa ingin menjerit terasa ingin menangis. R.Y.U.N.E.D.A (Ryn, Yanie, Ujank, Nune, Etun,Deekay, Ayue). nama geng ini akulah yang menciptanya bersama ujank. mengimbas kembali saat itu, saat Ujank datang ke bilik ku. sambil berborak-borak sehinggalah ilham datang bertandang kepada kami dan terciptalah nama 'RYUNEDA on7'. Aku merindui saat itu. Aku merindui kenangan itu. tahukah kamu aku merintih aku rinduuuu.... rindu the former of me. aku rindu the times we had toghether...
Namun perasaan itu hanya mampu di simpan di dalam hati. tidak mampu diungkapkan di hadapan kamu. RYUNEDA maafkan aku. bukan aku menjauhi kamu. bukan aku meninggalkan kamu, bukan aku melupakan kamu. seperti bait lagu tema RYUNEDA... As our life change, come whatever, we will still be friends forever... satu hari nanti aku percaya Allah akan temukan kita. saat itu kita menangis bersama melepas rindu bersama... Tuhan makbulkan harapan ku ini ya Rabb. Aku menyayangi mereka. Namun aku tiada kudrat berhadapan dengan mereka...
Teringat akan sebuah kata-kata yang tidak silapku adalah kata-kata seorang sahabat "Aku rela ditinggalkan sahabat kerana perjuanganku tetapi aku tidak rela ditinggalkan sahabat seperjuanganku". Jika aku mengungkapkan kata-kata ini kepada kamu wahai RYUNEDA sudah tentu kamu akan terasa hati. Kerana atas sebab tidak memahami maksud tersirat kata-kata itu.
Mungkin silap ku yang tidak pandai menyesuaikan diri dengan pelbagai suasana. Lemah berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. I don't know how to behave in front of you where at the same time there are so many many things that I have to control in my self and behave properly. Sungguh aku takut bila diri ku menjadi sumber fitnah. Ya Allah...Nau'dhubillah. Tapi bukan bermakna aku seorang kawan yang ekslusif. Tidak sekali! Semua ini adalah kelemahan ku. Aku seperti lalang yang masih tercari-cari kekuatan diri. Lalang bila ditiup ke kanan ke kanan lah ia ditiup ke kiri ke kiri lah ia. Tapi aku ingin menjdi insan yang punya keteguhan hati. aku ingin menjdi sahabat yang mampu memberi nasihat dengan penuh hikmah dan dalam masa yang sama meraikan diri seorang sahabat itu. Bukan menjadi seorang sahabat yang hanya melihat sahabatnya hanyut dan dia pun turut sama menghanhyutkan diri. Dan kerna itulah aku perlu menjauhkan diri, perlu mencari kekuatan. Maafkan aku RYUNEDA...
Dan dalam masa yang sama diri ini terasa kehilangan kamu. Aku menjadi cemburu melihat rapatnya silaturrahim sesama kamu. R.Y.U.N.?.D.A. Semuanya rapat dan sekepala. Tapi Aku 'E'? Aku tidak mampu menipu diri aku cemburu melihat kamu. Aku telah kehilangan kamu... kenapa dan kenapa kamu tidak pernah bertanya kepada ku kenapa aku berubah, apa perasaan ku saat berubah, tak susah kah, banyak ujiankah, macamna nak berhadapan dengan orang bila dah berubah. kenapa kamu tidak pernah untuk mengambil tahu. Aku sebenarnya perlukan kekuatan, aku perlukan sokongan. Bukan mudah bermujahadah. diriku sentiasa diuji. Tapi kamu tidak pernah menunjukkan support kepadaku...
Namun, mana bisa diri ini menyalahkan kamu. Semuanya atas kesilapan besar yang aku telah lakukan. kerana aku yang telah memulakannya. Maafkan aku. Aku yang mula menjauh dan menyepikan diri daripada kamu. Tetapi semua itu ku lakukan atas sebab diri ini terlalu lemah dan takut. Jadi mengelak bagiku jalan terbaik. Sungguh betapa aku mementingkan diri sendiri maafkan aku... Bukan ini keinginan ku...
Ya Allah, seperti biasa doaku pada Mu tunjukkan aku jalan ya Rabb dalam setiap amal dan urusan ku. Ya Allah satukan hatiku dengan sahbat-sahabatku ini. Izinkan aku menggembirakan hati-hati mereka, izinkan aku menjdi seorang sahabt yang prihatin dan izinkanlah untuk aku menjdi seorang yang menghargai sahbatnya. Tunjukkan aku jalan itu ya Allah dan permudahkan lah...permudahkanlah... Kurniakan aku tawaduk hati, kurniakan aku kekuatan hati, kurniakan aku kelembutan hati, kurniakan aku keikhlasan hati...Harapanku agar satu hari nanti aku mampu menjadi insan, menjadi sahabt yang tahu dan mahu dan mampu menjaga silaturrahimnya, ukhwahnya terahadap sesama insan dan sahbatnya...Amiin ya Rabb...

Sunday, November 7, 2010

Sepetang bersama nanny & mem..03/11/2010

walaupun sibuk menelaah buku sebagai persediaan menghadapi exam namun kadang-kadang berilah peluang pada diri untuk beristirehat menenangkan hati dan minda...

maka itulah yang kulakukan buat diri ini wahai madahqalbi. buat nanny dan mem thanks for lighting my day=P. nanny dan mem sebenarnya dua orang sahabatku yang dikasihi. nanny, ku anggap dirinya sebagai nenekku dan mem sebagai ibuku. haha...ya lah kehidupan di kampus terpaksa berjauhan dengan famili sendiri jadi trpaksalah mencipta nanny dan mem sebagai penyejuk hati dan tempat melepas rindu buat family di kampung. siapa yang paling rapat dengan kita saat berada di kampus sudah tentula sahabat-sahabat kita kan...

sebenarnya madahQalbi nanny telah mengajak aku dan mem untuk pergi bersiar-siar di taman tasik titiwangsa dan ingin menangkap gambar pemandangan indah di sana. selepas zohor kami pun memulakan ekspidisi dengan menaiki bas metro 91. Dengan lafaz Bismillah... mohon perlindungan dan hikmah mu Ya Rabb agar pertemuan dan perjalanan kami ini tidak akan menjadi sia-sia amiin...

sampai saja di sana nanny mula mengasah bakatnya menjadi photographer. manakala aku dan mem menjadi modelnya. sungguh seronok menikmati keindahan petang di taman itu. kemudian kami menaiki sea rider dan mengyuhnya hinggahlah ke tengah-tengah tasik. subhanallah dan syukur ya allah bukan saja aku mampu menikmati keindahan ciptaan Mu, malah menikmati ketenangan hati yang selama ini berserabut memikirkan banyak perkara. Terima kasih ya Tuhan ku. kesempatan yang Kau berikan ini juga turut mengeratkan ukhwah antara aku, nanny dan mem...

selepas puas mengayuh sea rider selama setengah jam hingga ke tengah tasik kami turun pula ke darat. berhenti sekejap untuk menunaikan solat asar. selepas itu menyambung perjalanan meronda-ronda di sekitar taman. Lalu kesempatan setrusnya yang Dia telah kurniakan kepada kami iaitu bertemu dengan Pewira dan Kriss. siapakah mereka ini? hmm.... mereka berdua adalah seekor kuda yang dipelihara di sana. kami pun bergambar dengan Perwira dan Kriss.

terima kasih ya Allah kerana mengurniakan nikmat gembira, nikmat ketenangan dan nikmat bersahabat bersama nanny dan mem. sepetang bersama nanny dan mem adalah saat terindah buatku...

madahqalbi aku bukan manusia yang sempurna dan bukan seorang sahbat yang baik... namun kesempatan yang Tuhan berikan ini mengajarku untuk menjaga hati sahabat-sahabat ku, menggembirakan mereka. sahabat kita ramai tapi bukan semua yang mampu digembirakan oleh kita. dan kadang-kadang hak sahabat juga kita abaikan...ada maksud tersirat aku berkata demikian...hmmm..... ya Tuhan mohon ku petunjuk Mu ya Rabb.....izinkan aku menggembirakan hati-hati mereka yang ku kenali. kurniakan aku tawaduk hati ya rabb...Amiin ya rabbal Alamiin...

sekadar bicara hati insan biasa...wallahua'lam...

Tuesday, November 2, 2010

Group Counseling Session 5

Dalam sesi hroup counseling yang kelima ini, ia lebih kepada sharing moment sepanjang kami melaksanakan group counseling bersama.

apa yang menarik perhatianku adalah pengalaman our leader itu sendiri. katanya, bila dia menjadi ketua untuk sesi group counseling untuk kumpulan kami ini dia menyedari bahawa banyak lagi skill-skill yang perlu dipelajari. wlaupun sebanranya dia selalu saja menjadi fasilitator sebelum ini untuk program-program motivasi tetapi dia tetap merasakan dia kekurangan skill untuk menjadi seorang ketua ataupun kaunselor.

kemudian, sang ketua berkata lagi dia belajar bagaiman untuk membahagikan masa, bagaimana untuk deal dengan client ataupun kami sebagai clientnya. kadang-kadang tidak dinafikan ianya sangat memberi tekanan. bagaimana nak puaskan hati semua orang ataupun mencari kesepakatan dalam membuat temu janji untuk sesi kaunseling ini. dan, baginya 3 perkara utama yang mengajar dirinya ialah, team work, perlukan banyak skill dan sabar.

kata-kata sang leader sebenranya membuatkan aku turut berfikir. bagiku satu hari nanti setiap orang perlu bersedia untuk menjadi seorang leader. apatah lagi bila bercita-cita untuk menjadi seorang kaunselor. jadi, terima kasih wahai ketua ku bagi sesi group counseling ini. luahan hatimu itu sedikit sebanyak memberi iktibar kepada ku. terima kasih...

wahai pemilik madahqalbi, renung-renungkanlah kata-kata itu. dan bukan direnung untuk berangan nak mengenang nasib saja tapi cuba untuk sedarkan diri dan bertindak...Kamu pasti boleh. Yakinlah...!!!

Group Counseling Session 4

SalamAlaik MadahQalbiku... aku terlupa menceritakan tentang sesi group counseling ku yang seterusnya. sebenarnya cuma ada lima sesi. jadi hanya tinggal dua session yang belum ku coretkan di laman madahqalbi. bagiku sesi yang keempat dan kelima tidak banyak yang menarik yang perlu dikongsikan di sini. maksudku sesuatu yang benar-benar menyentuh nurani untuk diambil sebagai iktibar.

group counseling sesi keempat kami sekumpulan bekerjasama untuk menyiapkan assignment kami untuk portfolio day khas untuk student psychology. Port folio Day ini, pelajar-pelajar lain berpeluang melihat dan memhami apa yang sebenarnya budak psychology ni belajar huh...

dan bagi subjek Group counseling PSYC 4340 kami diarahkan untuk membuat video show role play yang menayangkan bagaimana group counseling dijalankan. bagi kumpulan kami seperti biasa our group leader memainkan peranannnya sebagai seorang starter. dia berperanan memulakan majlis dalam sesi kounseling kami. darilah perbincangan plot untuk video show dan watak-watak dalam video show ini. dan aku menawarkan diri untuk menjadi camera girl dan menjadi narrator untuk video showini. bukan apa segan untuk menayang muka berlakon. dah la nanti kena tayang kat port foloio day. adeh...

dalam kami mengadakan 'shooting' untuk melakonkan video show ini banyak pengalaman yang mampu kami sekumpulan berkongsi bersama. kami mampu bergelak ketawa bersama. ada masanya keadaan menjadi tegang disebabkan balik-balik kena 'cut' lakonan tak jadi. so, adalah yang bengang. walaubagaimanapun, our leader cepat memainkan peranannya untuk meredakan keadaan. itulah peranan seorang kaunselor.

hmm...biasalah tu. bila bekerja dalam kumpulan semua itu perlu dilalui. ia akan menjadi pengalaman pahit dan manis sebenarnya. aku sangat menghargai kenangan shooting bersama kumpulan group counseling ku ini. sebenarnya, di dalam group counseling yang sebenenar kita juga akan melalui saat-saat sepeti ini. saat tegang, saat bergelak ketawa bersama dan sebgainya. jadi seorang kaunselor kena bijak mencipta suasana dalam group kaunseling tersebut. yang penting kena build trust and acceptance...

Dan... Alhamdulillah kami berjaya mem'produce'kan sebuah video show hasil ciptaan kami huhu. dan saat menanti penilaian daripada madam, mula-mula sangat takut. tapi akhirnya madam kata i really like this video show. good introduction and congratulation to the script narrator. it shows that you are really understand what group counseling is. Subhanallah....syukur ya Allah. saat mendengar kata-kata madam aku sangat bersyukur. bukan riya' kerja kami dipuji tapi bersyukur kerana hasil usaha kami seolah-olah berbaloi. dan ingin ku ucapkan terima ksih kepada seorang kakak sekelas ku kerana dia yang banyak menolong ku menyiapkan video show tersebut. sebab aku yang berperanan untuk edit and finalizekan video tersebut.Terima kasih akak...

Aku sangat gembira dan bersyukur bukan apa, bagiku semakin lama belajar psychology semakin ku rasakan ia snagat tough. dan keputusan exam ku selalu tidak memuaskan. dan apabila madam mengatakan demikian membuatkan aku sangat bersyukur. sekurangnya ilmu kaunseling ini memberi manfaat kepada ku.

Oklah madahQalbi cukup setakat ini yang ingin ku kongsikan tentang group counseling sesi keempat ku....Wassalam...