Thursday, April 14, 2011

Hidup secerah mentari.........

















Aku Ingin Hidup Secerah Mentari
Yang Menyinar Di Taman Hatiku
Aku Ingin Seriang Kicauan Burung
Yang Terdengar Di Jendela Kehidupan

Aku Ingin Segala Galanya damai
Penuh Mesra Membuah Ceria
Aku Ingin Menghapus Duka Dan Lara
Melerai Rindu Di Dalam Dada

Sedamai Pantai Yang Memutih
Sebersih Titisan Embunan Pagi
Dan Ukhuwah Kini Pasti Berputik
Menghiasi Taman Kasih Yang Harmoni

Seharum Kasturi Seindah Pelangi
Segalanya Bermula Di Hati Di Sini...


Wednesday, April 6, 2011

YES… You’re! A LEADER…[Bahagian 3]

Sebagai peringatan buat dirimu wahai pemilik MadahQalbi... berkata-kata itu memang tersangatlah mudah... Tapi apa yang dinilai Tuhan itu adalah kesungguhan usahamu... Usahamu merealisasikan kata-kata Mu...

Sepertimana Almarhum Imam Hassan Al-Banna katanya;

'Setiap kali aku berdiri di khalayak ramai, aku berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh supaya mendekatkan pada hari yang kami berdoa itu medan kata-kata kepada medan perbuatan, dan medan perancangan ke medan perlaksanaan. kita telah menghabiskan masa yang lama terhadap pemidato-pemidato, dan masa sekarangmenuntut kita bersungguh-sungguh dengan kerja-kerja yang serius membuahkan hasil' [Dipetik daripada bukuMemperingati Imam Asy Syahid Hassan Al-Banna, p. 39]

Sekarang aku sudah berada di tengah-tengah pelaksanaan tugasku sebagai seorang leader, seorang dai'e... Perlu diingat wahai diri di samping kau bermujahadah menghadapi proses pentarbiahan ini, namun jangan kau lupa amanah mu untuk memenuhi hak-hak orang-orang di sekelilingmu, amanah-amanah yang perlu dikau selesaikan...

Realisasikanlah kata-kata semangatmu dalam laman MadahQalbi ini dengan tindakan yang bersungguh-sungguh... You can do it! Believe in yourself!

Ya Allah ringankan badan ku ini untuk menyempurnakan segala ketaataan dan amanahku Ya Allah. Mohon daku kekuatan dan petunjuk dari Mu Ya Allah.... Hanya Engkau tempat ku bergantung harap...Amiin ya Rabbal Alamiin....


YES… You’re! A LEADER… [Bahagian 2]

Jika di bawah title ini bahagian 1 agak menunjukkan negative things. Dan hanya dicounter kat part ibrah dan muhasabah saja yang positive. So, bahagian 2 ini aku akan muatkan dengan kata-kata yang membangun khusus buat diriku. Nak baiki diri kena ada minda yang positif kan. Then, jika ada yang membaca this secret blog apa yang aku ingin korang dapat from my words bahawa indahnya hidup ini jika kita benar-benar cuba untuk memahami hikmah kehidupan iaitu hikmah disebalik qada dan qadar Illahi. Secara tidak sedar apa yang kita lalui seharian sebenarnya suatu tarbiah secara langsung dari Allah yang membantu kita untuk memperbaiki diri. Subhanallah…

Antara harapan dan kenyataan letakkan keredhaanmu di hadapan…

“… boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahu.” [Al-Baqarah, 2:216]

Benar… Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. Ya mungkin pada mulanya memang diri ini tidak layak untuk menjadi seorang leader. Tapi Allah memberi peluang menjadi secretary dalam gerak kerja dakwah islam sebagai pemula untuk menjadi layak.

Bila mengimbau hari-hari,pengalaman-pengalman lalu ku… sewaktu sekolah menngah dahulu aku juga pernah dilantik menjadi setiausaha kelab. Bila masuk ‘u’ juga seringkali aku digandingkan dengan jawatan secretary. Malah pernah menjadi secretary Humanitarian Walk yang merupakan national event of IIUM. Secretary program untuk MISi Club dan Maaruf Club. Padahal aku sangat benci dan sangat lemah kerja-kerja menaip, mencatat, dokumentasi dan yang sewaktu dengannya. Tapi mengapa aku sering saja terlibat dalam kerja-kerja sedemikian rupa? Mengapa aku sering saja menerima kerja-kerja tersebut walau sebenarnya amat berat bagiku? Aku tidak punya jawapan… Mungkin itulah yang dimasudkan kita merancang untuk diri sendiri dan Allah juga turut merancang untuk kita.

Ada seorang kakak senior berkata kadang-kadang kita selalu diuji dengan perkara yang sama. Tahu sebab apa? Maknanya kita belum lagi berjaya mengatasi masalah tersebut. Sebab tu Allah uji lagi dengan perkara yang sama. Allah nak tarbiah kita dengan perkara yang kita lemah. Bila kita berjaya mengatasi kelemahan tersebut makananya itulah kejayaan dalam kehidupan. Ermm.. berfikir sejenak… benar! Seringkali diuji untuk memegang jawatan yang dibenci lantaran sebab kelemahan yang ada pada diri, maknanya Allah ingin aku berjaya mengatasi ujian memegang amanah sebagai seorang secretary. Ataupun Allah ingin memberi aku peluang memperbaiki kelemahan diri dengan menjadi seorang setiausaha.

Cognitive Behavioral Therapy

Bila difikir-fikir tarbiah Allah ini sama seperti salah satu therapy untuk pesakit yang mengalami psychological disorder iaitu cognitive behavioral therapy (CBT). CBT therapy kebiasaannya untuk orang yang fobia. Pesakit akan berhadapan dengan perkara yang ditakutinya. Gradually therapist cuba membantu pesakit menghilangkan rasa fobia dengan cara kita kena berhadapan dengan ketakutan itu. Bukan mengelak! By the way there are certain ways or procdures lagi dalam CBT ni untuk mengelakkan something unwanted brlaku terhadap pesakit. Cuma secara general CBT ialah as I said earlier. So, beruntunglah diri kita yang diterapikan secara langsung dari Allah. Allah nak kita berhadapan dengan perkara yang kita lemah dan tak suka bukan sebgai bebanan tapi untuk kebaikan masa depan. Mengelak bukan jalan penyelesaian. Sebab tu Allah tentukan kita kena berhadapan dengan perkara yang kita lemah sehinggalah kita berjaya melaluinya dan akhirnya kita akan merasakan satu kemenangan pada diri. Terima kasih Tuhan…

Counselor is a leader...

Aku punya cita-cita untuk menjadi seorang kaunselor. Aku teringin untuk membantu dan membimbing mereka-mereka yang memerlukan. Kegemaranku adalah handle program-program motivasi. yes, I like it! Tapi banyak lagi perkara-perkara yang perlu aku baiki dalam diri. Dan banyak lagi skills yang perlu aku improve dalam diriku. I will… and I can do it! Bila belajar subject group counseling, perkara yang pertama diajar oleh my lecturer ialah ciri-ciri seorang leader. Hmm… kenapa pula belajar pasal leadership ni? Sebab seorang counselor juga adalah seorang leader. kerana dia perlu memimpin his/her clients. So? Berfikir lagi…. Sungguh siapa aku untuk memepersoalkan takdir Illahi. Allah memilih diri ini bergelar seorang pimpinan adalah suatu nikmat. Sungguh Dia maha mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Lantaran cita-citaku yang ingin menjadi seorang counselor, maka Dia latih aku duluan, sebelum aku sendiri mengorak langkah. Tuhan…

Counselor as a Dai’e

Counselor itu juga berperanan untuk memberi nasihat dan membimbing manusia. Tidak kurang sama dengan tugas seorag dai’e. sama saja. Jika dalam quran mengatakan seorang dai’e perlu menyeru manusia dengan hikmah dan bijaksana (Al-Nahl: 125), dan ayat inilah juga digunakan dalam lecture ku menunjukkan tugas seorang kaunselor. Tugas seorang kaunselor dan dai’e itu adalah untuk menyentuh hati-hati manusia memberikn kesedrn kepda mereka. Dan lecturerku sendiri mengatakan, theraphy yang terbaik bilmana kita memasukan elemen-elemen islam dalam sesi kunseling ataupun therapy. Sebagai umat islam kita kena yakin dan percaya hanya Allah yang mampu menyelesaikan masalah-masalah hambaNya. Taqarrub billah dan mengharap pada Allah itulah yang penting. Dan itulah tugas seorang counselor dan dai’e menyedarkan perkara itu kepada manusia-manusia yang lain. Jadi, perlukah lagi kau mempersoalkan whether you deserve to be a leader or not? Gantikanlah persoalan itu dengan keredhaan dan syukur. Allah sedang melatih dan memberi peluang padamu wahai diri! Jangan lepaskannya. Grab it! Strive to do the best!

Reinforcement + Burning Desire

Jika menunggu diri sendiri yang bergerak mengorak langkah… entahlah kita tidak tahu bila akan tiba waktu itu. Jadi kerana sayangnya Tuhan dengan hambaNya maka Dia terlebih dahulu merencana sesuatu untuk diri kita. Takdir yang tertulis bahwa aku seorang pimpinan, aku seorang dai’e adalah satu reinforcement dan the best burning desire untuk kita mengubah kelemahan diri. meningkatkan skills pada diri. Tapisan Allah itu bersebab. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Yakinlah wahai diri..

I’timad ala nafsi

Well, Nikmat Allah itu tidak tertanding nilaiannya. Allah sudah beri kita peluang, Allah sudah beri banyak pertolongan. Dan Allah secara langsungnya memberi medan tarbiah dan latihan. Hanya bergantung pada diri sendiri selebihnya!

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..” [Ar-Ra’d, 13:11]

Kena bersungguh-sungguh, kena tanam niat dan azam yag kuat. Allah tidak akan sia-siakan kerja keras seorang hamba. Memetik sebuah kata-kata:

‘Man shabara zhafira. Siapa yang bersabar akan beruntung. Jangan risaukan penderitaan hari in, jalani sahaja dan lihatlah apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sebab yang kita tuju bukan sekarang tetapi ada yang lebih besar dan asas, iaitu menjadi manusia yang menemukan misinya dalam hidup.’ [Dipetik dari Novel Negeri 5 Menara, p. 125-126]

Dan perlu diingat juga tujuan hidup kita yang sebenarnya. Kejayaan yang ingin kita perolehi, proses untuk pembaikan diri, segala usaha dan pencapaian kita hanyalah semata-mata untuk islam dan mardhatillah…

Muhasabah buat diri yang hina…

YES… You’re! A LEADER…

Aku tertanya-tanya apa sepatutnya yang ada pada diri seorang leader? Memikirkan tentang itu, cuba melihat pada diri sendiri… seolah-olah langsung tidak ada sikap kepimpinan pun. Tapi bagaimana mereka boleh memandang bahwa aku punya kebolehan? Dan bagaimna pula aku boleh menerima tugas yag maha berat itu? Dan mengapa baru sekarang kau mempersoalkan hal ini wahai diri? Bungkam sendirian…

Entahlah… aku sendri tidak punya jawapan. Mungkin ini hanyalah luahan hati seorang insan. Seorang insan biasa yang kadang-kadang merasakan dirinya kuat dan kadang terasa lemahnya tidak terhingga. Luahan ini hanyalah sekadar bicara hati untuk memuhasabah diri sendiri…

My competency

Sebelum ini MadahQalbi aku pernah buat career test based on personality iaitu self-Directed Search (SDS) test. Bila buat test ni kita akan dapat result samada kita ni seorang yang Realistic (R), Investigative (I), Artistic (A), Social (S), Enterprising (E), ataupun Conventional (C), (RIASEC). Dan after buat tu result yang ku perolehi adalah SAI iaitu I am social, artistic and investigative person.

Social person adalah orang yang understanding, agreeable, helping others dan sememangnya sesuai menjadi guru, social worker, kaunselor. Artistic pula seorang yang open, imaginative, sensitive, creative. Kebiasaannya seorang yang akan publishing story, performing art, original painting dan musical composition. Dan investigative pula seorang yang analytical, curious, theoretical contribution to science, ambitious. Biasanya investigative person akan jadi researcher, doctor, work with chemical and so on.

Erm sememangnya kena dengan jiwaku. Maksudnya dengan cita-citaku dan personality ku. Yup! I wanna be a counselor. But ada jugak personality clashes. I’m not extrovert and friendly person. So, its difficult to me to be a counselor yang kena deal dengan banyak clients huh! But, I will… I will strive to improve my self. Tuhan sungguh Kau maha mendengar… Kalau artistic pula erm mungkin aku mengikut bakat my dad. Dari segi penulisan dan buat-buat puisi mungkin. My dad jugak seorang musician dan pandai mencipta lagu. Tapi bapa tak buat lagu yang melalaikan. He just involve dalam dunia nasyid tradisional irama padang pasir. That’s his interest and tendency. My dad is talented person. I’m proud of him weee=P

How about I am investigative person? hurm… I think ya sometime aku suka bermain dengan teori, buat research mungkin…

Bila buat test ni sebenarnya aku bukanlah seorang clerical person. Clerical person tergolong dalam conventional person. Golongan orang macam ni seorang yang conforming, conservative, practical-minded, methodical. Clerical person orang yang involve dalam kerja-kerja seorang kerani, secretary yang banyak deal dengan kerja-kerja dokumentasi, taip-menaip. Yes I am. I’m not that kind of person!

Wahai diri… mengapa baru sekarang kau mengeluh. gantilah keluhanmu itu dengan istighfar. Astaghfirullahalazim… adakah aku tidak redha dengan ketentuan Illahi… Tuhan…

Am I difficult person?

Bila belajar subject Psychology of Human Relations, di dalam kelas kami belajar tentang helping difficult people. Dan salah satu type of difficult people ni ialah yes people. Yes people ni adalah orang yang senang je nak agree to any commitment. Tapi at last diri sendiri yang sakit. Kerja kucar- kacir dan diri sendiri tak teratur. erm.. am I really this kind of person?

Atas dasar apa sebenarnya kau wahai diri menerima tugas itu? Kau jangan main-main wahai diri. Ini soal amanah! faham tak soal amanah! mana mungkin kau membuat keputusan tanpa berfikir panjang kan? Diam.. bungkam… erk…. Adakah aku tersilap membuat keputusan? adakah tindakan dan keputusan aku ini telah mnyusahkan diri sendiri dan juga pihak lain? Menerima tugas yang bertentangan dengan kompetensi diri? Ya Allah apa yang telah aku lakukan???…. Tuhan aku hanya manusia…. Tuhanku ya Rabb…

Everyone has their own strengths and weaknesses

Yup! setiap orang akan mengakuinya. Everyone has their own strengths and weaknesses including me. My weakness, I am not multi tasker person. I cannot focus many things dalam satu masa. Pasti akan terkorban satu. Sekali lagi, adakah aku silap membuat keputusan? Seorang yang careless, clumsy, procrastinate…. how come this person can be as a secretary. Secretary is someone yang teliti, systematic and organized. Oh, my God once again I’m not that kind of person!

Am I deserve to be a leader?

Menjadi salah seorang front liner dalam gerak kerja dakwah? Bak kata Bob Lokman bila dia telah berubah dan meninggalkan dunia artis seolah-olah Abu Jahal masuk islam ataupun seolah-olah dia adalah seorang muallaf. Begitu juga diriku hakikat yang sebenarnya… Banyak lagi perkara yang perlu aku perbetulkan dalam diri ku. Apatah lagi ilmu agama, ayat quran, hadis, sirah-sirah nabi…. Sungguh aku sangat kerdil dalam bab itu.

Apatah lagi penampilanku, character sebagai seorang dai’e, pemikiranku, pergaulanku tidak kira samada dengan lelaki ataupun perempuan… Ya memang aku cuba untuk menjga dan alhamdulillah agak terjaga sedikit sebanyak. Namun sikap keterbukaanku dan tahap keliberalan dalam diriku itu masih ada. Takut silap-silap hujah liberalku diterima pakai hanya kerana intonasi ku yang persuasive. Tulisanku yang mengesan jiwa. erk..mungkin! Sedangkan aku masih lagi perlu tunjuk ajar dari mereka yang lagi banyk ilmu.

Kadang-kadang aku terlupa bahwa aku insan bertudung labuh. Insan yang melibatkan diri dalam kerja-kerja amar makruf nahi munkar. Namun kadang-kadang aku terlupa sebab manusia itu kan bersikap pelupa. Mungkin juga disebabkan kawan-kawanku tidak kira lelaki atau perempuan, they will treat me as me as the former of me. And sometime in that situation aku juga akan terlupa siapa diriku, then I entertain them as me as the former of me. Pendek kata hilang thiqah! Wahai Tuhan perkara inilah perkara yang sangat sukar bagiku. Silap-silap boleh jadi fitnah! Tapi jangan salah sangka aku bukanlah seorang yang social pun. Cuma macam aku cakap tadi pergaulanku tidak kira antara lelaki dan perempuan kadang-kadang aku sedikit open minded. So, am I deserve to be as the one of front liner dalam kerja-kerja dakwah? Namun aku hanya manusia. Sebab berubah itu bukan macam petik jari. Iman ku juga pandai turun dan naik…. Tuhan…

Ibrah dan muhasabah…

Dalam kita ingin membuat keputusan berfikirlah dengan teliti. Timbang baik buruk. Dan yang paling penting mohon ilham dan petunjuk Illahi. Putuskanlah sesuatu dalam keadaan jiwa itu tenang. Dan jangan sesekali takut menyatakan pendirian sndiri. Sepertimana lecturer ku sering mengingatkan, katanya ‘your decision will affect others’. So think deeply think wisely! That words benar-benar memberi kesan kepadaku. That words membuat aku sedar…

Selain itu, kita kena kenali diri sendiri. Kita kena tahu di mana dan setakat mana kemampuan kita. Walaubagaimanpnun, kita kena berusha memperbaiki diri dan sentiasa bersedia untuk menghadapi hari mendatang. Kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita kemudian nanti. tidak kiralah khabar gembira mahupun sebuah dugaan…

Sesungguhnya kerja-kerja dakwah adalah kerja yang sangat mulia. apatah lagi sehingga diri kita bertekad menjdi pejuang agama subhanallah… Jangan rendah diri tatkala diri yang punya banyak kekurangan. Islam itu tidak kejam, tidak pilh kasih. sedangkan Allah mengatakan tugas manusia itu sememangya menjadi seorang khalifah dan berbuat dakwah. jadi semua orang pun layak. Tentang kekurangan diri itu ingatlah bahawa Allah yang menilai kerja-kerja kita. Asalkan kita tanam niat yang ikhlas dan usaha yang gigih memeprbaiki diri di samping memeprbaiki orang lain.


Dan terakhir sekali mohon lah kekuatn jiwa daripada Allah. Kuatkan taqarub billah kita padaNya. Mohon sentiasa petunjuk dan iham dari Nya agar setiap keputusan dan tindakan kita dipandu olehNya. Muhasabah buat diri yang hina dan tidak lari dari melakukan silap dan dosa…