Friday, July 22, 2011

SeDaNg MeLalui KeHiDuPaN…


My Dad Said, bila kita berhadapan dengan sebuah ujian maknanya kita sedang melalui kehidupan.

Itulah muqaddimah ayahanda bila kakak kedua mencritakan permasalahannya. kakak seorang ustazah di sebuah sekolah menengah dan baru saja ‘posting’ beberapa bulan yang lalu. Bila mendengar kata-kata sang bapa membuatkan aku tersentak. Kata-kata yang cukup ’simple’ tetapi penuh makna.

Ya, ada benarnya! Hidup itu mana mungkin sentiasa indah. Pasti akan dihiasi dengan duka lara. Tidak akan sentiasa mudah tetapi akan berhadapan dengan pelbagai pancaroba. Itulah namanya kehidupan.

Aku kemudian cuba membuat refleksi diri daripada kata-kata tersebut. Aku juga punya ujian yang dihadapi. Namun, ujian biasa sebagai seorang anak muda ataupun seorang pelajar universiti. Bagiku aku belum lagi melalui kehidupan sebenar... Memandangkan kakak yang baru sahaja memasuki dunia pekerjaan terus-menerus menadapat ujian yang bagiku agak berat juga. Dan bapa berkata lagi, selamat menempuhi kehidupan.

Berdasarkan kata-kata bapa, aku cuba menafsirkan sendiri. Maksudnya, kakak sudah berada di alam kehidupan yang sebenar, realiti kehidupan yang sebenar... Itulah kiasan peringatan seorang tua yang terlbih dahulu melalui dan sudah masak tentang kehidupan...

Hatiku tertanya-tanya, dan mindaku turut berfikir... adakah aku mampu melayari bahtera kehidupan sebenar? adakah jiwaku sudah cukup kuat untuk berhadapan dengan kehidupan nanti? seolah-olah merasakan aku belum cukup matang untuk melalui sebuah kehidupan... Allah...

”Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepadaMu daripada kebaikan seluruhnya pada masa kini dan akan datang, kebaikan apa yang aku tahu dan aku tidak ketahui, dan aku mohon kepadaMu syurga dan apa yang endekatkan kepadanya daripada perkataan atau perbuatan, dan aku berlindung dengan Mu daripada api neraka dan apa yang mendekatkanku kepadanya daripada perkataan atau perbuatan, dan aku mohon kepada Mu kebaikan apa yang dimohon kepadaMu oelh HambaMu dan Rasulmu Muhammad s.a.w, dan aku berlindung denganMu daripada kejahatan apa yang berlindung denganMu oleh HambaMu dan RasulMu Muhammad s.a.w, dan aku mohon kepadaMu apa yang telah Engkau tentukan untukku daripada perkara yang Engkau jadikan hasilnya petunjuk ke jalan MU.” Amiin ya Rabb...[Riwayat Al-Imam Ahmad dan Ibnu Majah]

Sekadar bicara hati insan biasa...