Sunday, August 28, 2011

SeDaNg MeLalui KeHiDuPaN…4

Mom: Aya's disease... slowly she won't be able to talk, won't be able to walk straight and won't be able to hold heavy object... Please do not abandon Aya... I want you to help her out.

Ako: Can it be cured?... It can be cured, right?

Aya: They said it can't be cured.

Ako: Suddenly... You suddenly saying things like this, I don't know what to do.

Dad : It's easy. When someone is facing difficulties, you should lend them a helping hand. When a friend is crying, you should ask them what happened, right? that's exactly how it is. Take the gentleness you have in your heart, express it out, and that'll be fine.

Ako: Gentleness?...

Dad : Ahhh... you're gentle too.

Ako: I don't like this.


Sebuah cerita yang diadaptasi daripada sebuah kisah benar. Aku sangat suka tengok cerita ni. Dan ni babak paling menyentuh jiwa ku. Setiap kali aku tengok part ni gerenti nangis isk...

Sebuah kisah yang memberi teladan tentang kemanusiaan serta ilmu kehidupan...

Dalam cerita ni, Ako, adik kepada Aya seorang yang agak egois. Bilamana dia mendapat tahu kakaknya punya penyakit, she said she didn't know what to do. Don't know how to express her gentleness even like her dad said the gentleness you have in your heart.

Hmmm... same goes to me! Isk... Aku juga punya kisah kehidupanku yang sedikit sebanyak menyamai kisah kehidupan keluarga Aya ataupun Ako. Dan aku, mungkin seorang yang memegang watak seperti Ako. Egois! ataupun, lebih lembut lagi, aku tidak tahu how to express my gentleness terhadap orang di sekeliling ku... ingin tapi tidak terkeluar arghhh... cakap bab ni jiwa mula sakit...

Jiwaku lebih sakit lagi bila aku memikirkan aku adalah seorang pelajar yang menuntut ilmu kejiwaan, ilmu kemanusiaan. Atau, term orang putih kata Psychology. Namun, aku gagal dalam kehidupanku. Aku tidak mampu mempraktikkan sepenuhnya apa yang aku pelajari. Di hati ya, perasaan altruistic itu ada namun, sukar bagiku menunjukkannya... Aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan langkah! Allah adakah aku belum cukup ikhlas dalam beramal??? Allah...

Sejak aku form 1 sehingga kini aku selalu berjauhan dengan keluarga sebab duduk hostel menyebabkan aku jadi kekok dengan saudara mara ku. Dan selalu ketinggalan dengan progress kehidupan bersama saudara-mara. Aku tidak bersama-sama mereka. Mungkin sedikit-sebanyak itu menjadi faktor. Dan selama aku tidak bersama mereka banyak perkara yang telah berlaku dalam keluarga besar ku. Ujian yang Allah beri tanda kasihNya...

Bila telah lama jauh, dan ujian yang menduga itu menuntut aku mempraktikkan ilmu kemnusiaan itu. Namun, seperti kata ku tadi aku tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Mungkin juga disebabkan personalitiku. I am quite demure person!!! ataupun benar aku seorang yang egois! Astaghfirullahalazim... Allah bantu aku... sedarkan aku...

I'm not a perfect person, there's many things I wish I didn't, but I continue learning... Ya, aku tidak akan mengalah. Bagiku Allah sedang mentarbiah aku. Sebagai seorang pelajar psychology, aku sepatutnya mempunyai sikap altruist ataupun pro social behavior yang tinggi. Aku kena belajar. Kerjaku bakal berkhidmat kepada manusia. Allah beri aku kekuatan... amin ya Rabb...

Apa yang boleh kita ambil iktibar bersama pada entry kali ini iaitu tentang sikap pedulisme kita terhadap orang sekeliling. Itulah kelemahanku !!! Tidak dinafikan dunia moden sekarang menjadi faktor manusia menjadi self centered. Namun, maksud kehidupan itu bukan saja kita perlu menjaga hablu minallah tetapi juga hablu minannas... So, peringatan buat aku dan kamu membentuk sikap pedulisme itu adalah satu kewajipan bukan pilihan... Allah bantu aku...

Sekadar bicara hati insan biasa...






Friday, August 26, 2011

Move On...

Lirik Langkah Tercipta - Unic

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah...
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah...
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie

Wednesday, August 24, 2011

I'm a dreamer...



Jika aku ditanya apa hobi kamu...

Maka jawabku:. [observing, understand, thinking &... DREAMING=p]

Ya, berangan adalah kegemaranku. But, because i'm a dreamer there's many things I wish i didn't do! huh! why? but, then i got the answer...

maksud angan ialah menggambarkan sesuatu dalam fikiran, mengalamun dan berkhayal. Hmm... sape yang tak suka kan. Kadang-kadang boleh sampai termimpi-mimpi. Ish bahaya...bahaya. jangan sampai mengigau sudah=p.

Kalau kita terlalu ikutkan hati asyik berangan, ia akan menjadi igauan kita dan sentiasa bermain-main di benak fikiran. Jadi, apatah lagi jika angan-angan yang sia-sia tidak berfaedah ataupun anagn-angan yang kita tahu yang memang takkan tercapai. Maka benarlah ia perbuatan sia-sia.

Sebenarnya, orang yang suka berangan macam tu adalah orang yang memiliki jiwa yang lemah dan kurang berkeyakinan serta kurang semangat perjuangan (tak isah la perjuangan ape, cita-cita pun boleh). Bila kita kurang yakin untuk melakukan sesuatu, so, jawabnya berangan je lah. sesuatu yang tak mampu direalisasikan kita berangan je lah. Tapi cuba kita refleksi diri semula. Apakah yang kita angankan itu dan berhasrat untuk melakukannya walaupun tidak tercapai adalah sesuatu yang benar berfaedah dan semata-mata kerana Allah? adakah apa yang diangankan itu boleh menyelamatkan kita dari azab allah ataupun meraih keredhaanNya jika ia direalisasikan sekali pun? Jika tidak abaikan saja. Istighfarlah... kadang-kadang angan-anagn seperti itu hanyalah janji-janji syaitan atau khayalan yang tidak mungkin wujud dan ia merupakan satu pembohongan.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan punya semangat perjuangan yang teguh, angan-angan adalah ilmu dan iman bagi mereka. Sesiapa yang punya angan-anagn yang bermanfaat iaitu angan-anagn jika ia direalisasikan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah, Rasulullah sentiasa menggalakkannya. Angan-anagn yang baik, boleh mendatangkan pahala kerana rasullullah juga pernah berangan-angan ketika baginda menunaikan haji.

Sama-sama kita mengambil iktibar dan introspeksi diri...

Sources: Buku Bahagiakan Hatimu (Tulisan Ibn Qaiyyim)

Sekadar bicara hati insan biasa... wallahua'lam...









Wahai jiwa...


"Sebenarnya, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri korang, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka, pada waktu itu “hidayat” terpaksa ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat korang jadi gelisah.., menang kalah, pilihan korang yang menentukan dengan izin Allah..." (Hamka- http://keretamayat.blogspot.com/2011/08/kenapa-hati-gelisah.htm)

Subhanallh... bila aku membaca entry hamba Allah ini, ia seolah-olah sedang memberikan jawapan kepadaku... hati yg sentiasa gelisah rupanya disebabkan hidayah dan penyakit hati sedang bertarung di dalam jiwa manusia... Dan kemenangan itu bergantung pada tuan punya badan ingin memilih jalan yang mana...

Ibn Qaiyyim kata, di dalam sekeping hati kita sebenarnya terletaknya antara nafsu dan Allah. kadang-kadang kita cenderung mengikut hawa nafsu namun kadang-kadang kita mencari-cari Tuhan dan ingin melakukan kebaikan... dan perkara inilah yg menguji keimanan kita

Ibn qaiyyim juga ada menceritakan dalam tulisannya tentang sejarah nafsu. sebenarnya nafsu diciptakan dalam keadaan ia bodoh dan gelap. sebab tu nafsu suka ajak manusia buat benda tak baik kerana kebodohan dan kegelapannya....

Namun, harus diingat sesungguhnya setiap manusia tu Allah anugerahkan iman dan Allah bg petunjuk hidayah kepada sesiapa yg menginginkannya. Maka beruntunglah orang-orang yg memburu hidayah Allah serta menjaga imannya...

sebab tu dalam hati ada nafsu dan Allah yang menjadi rebutan. sepertimana yang dikatakan oleh hamba Allah Hamka dalam blognya. Hati gelisah kerana penyakit hati yang berpunca daripada kebodohan dan kegelapan nafsu di dalam jiwa sedang berperang dengan hidayah Allah yang ingin masuk ke dalam jiwa.

Dan, ingatlah manusia sebagai hamba sangat memerlukan TuhanNya... so, muhasabah buat diriku sendiri dan semua, sama-samalah kita cuba untuk tidak putus asa dan sentiasa mengharap petunjuk Allah dan memohon kekuatan iman... Agar hati terus memilih hidayahNya bukan membiarkan nafsu jahat terus-menerus membiakkan penyakit hati di dalam jiwa kita... Nau'dhubillah...

Sekadar bicara hati insan biasa... wallahua'lam...




Monday, August 8, 2011

Campur Tangan Tuhan dalam Kehidupan



“Sesungguhnya urusanNya bilamana Dia menghendaki sesuatu Dia berkata: Jadilah! Maka terjadilah.” [Yaasin:82]

Bilamana Allah menghendaki sesuatu itu, maka sekelip mata saja akan terjadi. Begitu juga dalam sebuah kehidupan. Allah mampu merubah hidup seseorang sekelip mata. Jika seseorang itu dulunya miskin siapa sangka esok dia menjadi kaya. Jika seseorang itu sentiasa berjaya siapa sangka lusa dia menemui kegagalan.

Sungguh setiap apa yang telah Allah rencanakan untuk kita pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitulah Lisa cuba meyakinkan dirinya lantaran menngenangkan kisah hidupnya sebelum bergelar seorang isteri.

Lisa merupakan seorang gadis yang periang dan ramah. Namun, di sebalik keramahannya dia juga merupakan seorang yang tegas dan agak panas baran. Itulah diri Lisa sebenarnya.

Dalam persahabatan, ya Lisa seorang yang punya banyak kawan. Tidak kira siapa saja dan pelbagai lapisan dan golongan. Tua, muda, muslim mahupun non-muslim. Mungkin lantaran sikapnya yang mudah mesra. Ada juga rakan-rakanya menjadikan dia sebagai tempat mengadu masalah.

Walaubagaimanapun, disebalik keceriaan yang terpancar di wajahnya siapa sangka dia menyimpan saribu satu duka kisah sedih di dalam hatinya. Di pagi hari dia sibuk menggembirakan orang di malam hari dia bertemankan air mata kesedihan.

Apa yang membuatkan Lisa selalu kesedihan lantaran mengenangkan sikapnya yang baran sebenarnya menyebabkan ramai jugak yang terasa dengannya termasuklah mama dan papanya.

Tiada siapa yang ingin menjadi seorang derhaka. Tiada siapa yag ingin hidup tanpa keredhaan sang manusia dan Illahi. Tidak ada...

Lisa mengadu kepada ku bahawa dia pernah membuatkan mama terasa sehinga menangis. Dan selepas itu mama sentiasa dingin dengan Lisa. Lisa juga pernah buat papa terluka sehingga papa kata ’papa ingat sampai bila-bila apa yang kamu buat pada papa!’.

Lisa sedih tidak terhingga. Dia mengadu kepadaku bahawa dia menyedari sikapnya yang baran dan kadang-kadang cakap lepas menyebabkan ada yang terasa. Sungguh dia benar ingin berubah dan mengawal sikapnya. Tapi ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Adakalanya Lisa akan pulang semula pada sikap barannya di saat proses perubahannya.

”kau tahu, bila kita tak dapat keberkatan daripada orang sekeliling, semua kerja akan jadi tak menentu. Hati kita sentiasa tak tenang. Ada saja ujian yang menimpa kita. Itulah yang aku rasa saat ini. sungguh perit. Aku benar-benar ingin menebus segala kesilapanku...” Dengan tangisan Lisa meluah lagi kepadaku.

Dan yang paling memilukan apabila Lisa diuji dengan pertunangannya yang hampir diputuskan oleh tunangnya sendiri. Saat Lisa mengadu kepadaku, aku juga turut menangis menahan sebak hati. Sungguh berat ujian yang menimpa dirinya.

Perkahwinannya yang hanya tinggal beberapa bulan saja lagi membuatkan dia buntu bagaimana untuk memberitahu kedua orang tuanya. Seisi keluarga, sanak saudara serta orang kampung sudah mengetahui akan hal perkahwinannya...

Aku cuba memberi semangat kepada Lisa dan menyuruh agar dia bersabar. Lisa cuba untuk tabah menerima hakikat ini. Sekali lagi baginya semua ini terjadi disebabkan tiada keberkatan daripada orang-orang yang disakitinya barangkali... Sesungguhnya redha Illahi itu menuntut redha seorang manusia....

Lisa cuba bangkit dari kelemahan jiwanya. Baginya tiada penawar mujarab selain dari Allah. Jalan terbaik adalah mengadu dan merintih kepada yang maha Mendengar, maha Pemurah dan maha Penyayang. Lisa meletakkan keyakinan bahawa Allah akan memberikan sinar semula kepada kehidupannya…

Apa yang kita selama ini kurang sedari bahawa mungkin bantuan Allah itu berupa kekuatan jiwa yang kita miliki. Setiap bait doa, zikir, taubat dan munajat kita Allah gantikan dengan kekentalan iman.

Walaupun Lisa dilayan dingin ibunya dia cuba meminta maaf dengan penuh tulus dan rendah hati. begitunya juga terhadap papanya. Setiap kali dia menyakiti orang lain namun, Lisa merendahkan hatinya untuk memujuk dan melafazkan kata maaf, Bagi Lisa itulah yang terbaik. Menuntut redha seorang manusia...

Dan akhirnya masalah pertunangannya itu juga telah selesai bilamana yang sebenarnya tunangnya bukan benar-benar berniat untuk membatalkan pertunangan atau perkahwinan mereka. Tetapi itu sebagai satu pengajaran dan hukuman untuk menundukkan ego Lisa membuang sikap barannya... Saat itu dia menyedari bahwa jodoh yang Allah tentukan kepadanya benar-benar sebaik-baik ketentuan lantaran tunangnya juga adalah orang yang tinggi agamanya. Mana bisa dia memutuskan perkahwinan mereka hanya kerana perkara kecil iaitu sikap baran Lisa. Dan begitulah juga segala rentetan kehidupan serta ujian-ujian yang dilaluinya adalah untuk mendidik dirinya sendiri.

Dengan berkat ketabahan Lisa, kebergantungannya kepda sang Pencipta, usahanya untuk berubah, ketelusan dan kerendahan hatinya, akhirnya Allah telah menggantikan mendung kehidupannya dengan sinar cahaya... Subhanallah...

Setelah hampir dua bulan perkahwinan Lisa, dia cuba menceritakan perjalanan hidupnya kini. Alhamdulillah. Hidupnya sudah bersinar dihiasi warna kebahagiaan. Hubungan Lisa dengan mama dan papanya semakin pulih. Segala luka di hati masing-masing semakin sembuh. Lisa pula semakin matang dalam menguruskan kehidupannya.

”Kau tahu, aku sangat bersyukur kehidupan aku dah berubah. Mak mertua aku sangat-sangat baik dan sayang sangat kat aku. Aku sangat bersyukur dan terharu. Erm... kau nak tahu lagi lepas raya ni suami aku suruh pakai tudung labuh da dan berita paling gembira sekali aku dah mengandung. Baru nak masuk sebulan”

”Alhamdulillah Lisa. Lihat, betapa adilnya Allah. Segala keperitan yang kau tanggung dulu Allah dah ganti balik dengan sebuah kehidupan yang lagi baik kan." Balasku kepada Lisa.

Lisa diam dan hanya tersenyum menyedari hakikat itu. Aku turut menumpang gembira dengan kebahagiaan Lisa di samping cuba merungkai hikmah sebuah kehidupan yang mana di situ ada campur tangan Illahi...

"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita..." [At-Taubah:40]

Berbekalkan kisah kehidupan Lisa aku turut menanam keyakinan bahawa Allah ada dalam kehidupan kita. Biar susah dan derita yang kita tanggung yakinlah Allah bakal gantikan dengan nikmat bahagia kelak. Walaupun, kesusahan yang ditanggung itu disebabkan kelemahan atau kesilapan kita sendiri namun yakinlah bahawa Allah sentiasa memberi peluang untuk kita memeperbaiki serta merasa kebahagiaan dan nikmat sebuah kehidupan. Apa yang perlu adalah sebuah usaha, ketabahan dan kebergantungan kepadaNya... Wallahua’lam...

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat..." [Al-Baqarah:45]

*Kisah ini diadaptasi daripada sebuah kisah kehidupan seorang hamba Allah iaitu Lisa (bukan nama sebenar). Wallahua’lam...


Monday, August 1, 2011

SeDaNg MeLalui KeHiDuPaN…3



Checklist kehidupan:-

1. Waktu solat
2. Waktu kerja/bisnes/belajar/appointment/task
3. Waktu mengurus soal rutin (diri sendiri/rumah/family/anak)
4. Waktu membaca info berfaedah
5. Waktu membuat eksperimen/kajian/hobi
6. Waktu rehat/santai
7. Waktu ziarah/bersosial/aktiviti masyarakat
8. Lain-lain yang dirasakan sesuai

Sources: http://bicarabuatdiri.blogspot.com/2011/01/pengurusan-masa.html

SeDaNg MeLalui KeHiDuPaN…2



Ya Allah, bersihkan hati hamba, jadikan hamba seorang yang sentiasa merintih dan bertaubat kepada Mu...

Ku hanya ingin berjaya dalam sebuah 'kehidupan'...
iaitu berjaya menjadi seorang 'manusia' [sebaik-baik ciptaan]. serta berjaya dalam hablu minallah wa hablu minannas...

kadang-kadang apa yang kita impikan itulah kelemahan kita
serta ujian yang kita lalui kadang-kadang juga di skitar apa yg kita impikan, apa yang kita lemah...kerana itulah namanya KEHIDUPAN...

Ya Allah kuatkn diri hamba untuk terus memperbaiki diri, terus sabar dalam mujahadah, terus tabah dengan dugaan dan cabaran...

Ramadhan bulan pengampunan, doa dimakbulkan, bulan tarbiah...