Tuesday, December 4, 2012

10 Muwasofat Tarbiyyah- Jom cek diri



Setiap seorang itu sememangnya tidak sempurna. Pasti ada kelemahan dan kelebihan. Namun, kita ada kayu ukur dalam mendidik diri ke arah kesempurnaan diri. Mari kita muhasabah diri, adakah kita sudah lulus pada 10 perkara ini? Let's check it out...

1. Qawiyul jism @ kuat tubuh badan [   ]
- Sejauh mana kita menjaga kesihatan, bersenam dan sebagainya.

2. Salimul Aqidah @ akidah yang sejahtera [   ]
-Erm... benda ni paling penting. Sekiranya akidah mantap senang nak mendidik diri. Jaga agama dalam diri.

3. Matinul khuluq @ Akhlak yang mantap [   ]
-Ya, tak kisah wajah tak cantik. Tapi ia akan jadi cantik dengan akhlaknya. Rahsia kejayaan dakwah nabi adalah kerana keperibadian baginda yang mulia.

4. Qadiran ala kasbi @ mampu berdikari [   ]
-Benda ni sangat perlu. Tak boleh asyik nak bergantung harap dengan orang lain saja. Diri sendiri yang kena belajar banyak benda dan buat sendiri. Kehidupan yang dilalui akan jadi mudah.

5. Mutsaqqatal fikri @ berpengetahuan luas [   ]
-Kita akan dihormati jika berpengetahuan luas. Boleh berkongsi dengan orang. Ada ilmu kita tidak akan sesat. InsyaAllah.

6. Mujahadah ala nafsi @ mampu melawan nafsu [   ]
-Untuk mendidik diri kita kena pandai mengawal dan mengekang nafsu (Ust. Mohd Noor Omar)

7. Munazzamun fi syuunihi @ tersusun dalam urusan [   ]
-Supaya kepala tak serabut. Amanah dan peranan diri dapat dilaksanakan dengan baik.

8. Sahibul ibadah @ Ibadah yang baik
-InsyaAllah hati akan terdidik jika jaga ibadah [   ]

9. Haarithun ala waqtihi @ menjaga waktu [   ]
-Seorang ustaz juga kata kalau nak urus masa dengan baik, listkan semua peranan-peranan kita. Jaga waktu memang sangat penting. Sangat tidak dinafikan. Semua orang pun tahu kan.

10. Nafiun li ghairi @ berguna untuk orang lain [   ]
-Biarlah hidup kita ini banyak berbakti pada orang lain. Hidup akan menjadi mulia.

Inilah 10 muwasofat tarbiyyah. Haa... bagaimana dengan diri kita? Adakah kita sudah lulus pada 10 perkara ini? Jadi, sama--samalah kita memperbaiki diri demi mencari redhaNya...

Sekadar bicara hati insan biasa

Wednesday, November 28, 2012

Kenali Difficult People



Kenali jenis-jenis Difficult People. Kebiasaannya kita akan jumpa orang-orang sebegini bila bekerja dalam organisasi ataupun di pejabat-pejabat dan sebagainya. Ataupun mari muhasabah diri, adakah kita tergolong dalam kalangan Difficult People??? Uhhh! Let's check it out...

1)know-it-alls: orang yang serba tahu (walaupun sebenarnya tak tahu huh!), serba expert on everything kononnya. Tapi bila dia salah they will pass the buck (menyalahkan orang lain).

2)Blamers: orang yang tak pandai menyelesaikan masalah sendiri. Jika ada masalah terjadi bagi dia orang ataslah atau orang lainlah punya sal
ah. Dia orang lah yang kena bertanggungjawab bukan aku. Hermm.....

3)Gossips: spread negative rumours

4)Bullies: constantly make demands on workmate. Use harsh.

5)Repulsive: pengotor! ish.... beware!

6)YES people: Agree to any commitment. At the end menyusahkan org lain ataupun diri sendiri

7)NO people: Bila diberi kerja asyik TAK NAK! dah la tak nak complain pulak... hermmm! Org mcm ni orang yang pesimistik...

8)Whiner: orang yang beralasan. suka mengeluh itu dan ini tak kena.

9)Jekyll & Hydes: Talam dua muka

10)Backstabbers: Tikam dari belakang

11)High- maintenance: Demand terlebih. ekslusif.

12)Clods: master procrastinators

13)Minimalist: Buat kerja ala kadar. Asal buat

14)Office cheat: claim for the ideas of other people

Wednesday, August 15, 2012

Make it light & easy...



Salam malam Ramadhan ke 27 wahai MadahQalbi...

Erm... malam ini aku ingin berbicara sesuatu. Ia berkaitan denagn diri yang sedang melalui kehidupan. ya, benarlah hidup ini indah bukan? Sebenarnya ujian lah yang membuatkan kehidupan itu akan jadi indah selepas itu. Selepas ujian Allah sudah janji kabar gembira akan menyusul. Jadi saat kita nikmati kabar gembira dari Tuhan kita pasti terkenang-kenang saat pahit melalui kehidupan.

Bila kita melalui kehidupan seharian, dalam masa yang sama sebebnarnya kita sedang melalui proses mengenal diri dan membina diri. Erm... inilah yang ingin aku cerita kepada mu MadahQalbi...

Tahukah kamu MadahQalbi aku baru menyedari sesuatu tentang diriku. "Make it light and easy" itu adalah kata-kata seorang sahabat kepadaku. Dia berkata begitu usai perbincangan kami berkenaan sistem usrah yang perlu ditetapkan. Usrah yang perlu kami laksanakan kepada adik-adik di sebuah sekolah.

Dalam kami berbincang itu, akulah yang paling banyak persoalan-persoalan. Paling banayak membenagkitkan itu dan ini. Finally I found my self... aku ni agak complcated person rupanya. semuanya kena detail. semuanya kena particular. Orang semua pening oleh aku. Uh...uh...

Orang sebegini dari satu sudut ada baiknya. Mungkin dia akan menyedarkan orang perkara-perkara yang orang lain tidak nampak. tapi dari satu sudut pula mungkin agak annoying hihi... maafkan aku ya kawan-kawan. Mungkin kelemahan aku aku tidak dapat bergerak atau tidak dapat memahami apa yang perlu dilakukan sekiranya sesuatu itu tidak aku nampak secara particular. Adoii... memang aku seorang yang complicated...

Tapi... bila seorang sahabat ni kata "Make it light and easy", ia membuatkan aku berfikir... emm... ada benarnya. Kadang-kadang kita perlu memandang sesuatu itu simple dan mudah saja. Janagn memberat-beratkan. jangan menyusah-nyusahkan. Apa yang penting kerja kita berjalan lancar. Apa-apa sajalah perkara yang kita lakukan. So, I learnt something today. Terima kasih Allah.

memang benar! Selama aku berfikiran yang agak rumit maksudnya semuanya kena detail, memang aku merasakan segalanya yang mahu dibuat itu rumit. Sebenarnya it's all about mind setting. Kalau kita set dalam minda sesuatu itu mudah dan simple. Dan kita cuba ubah cara berfikir pun mudah dan simple segalanya akan jadi senang. yang penting kita jelas dengan objektif dan apa hasil yang kita ingin capai. Yah, mulai saat ini aku akan cuba berpegang pada kata-kata "Make it light and easy". Terima kasih Allah kerana kurniakan aku sahabat-sahabat yang membawa aku kepada kebaikan. Aku mendoakan semoga sahabat-sahabat juga dipermudahkan urusan dan berjaya dunia akhirat ameen=)

Semoga diri ini terus matang dan terus tabah belajar tentang kehidupan serta kuat untuk bangkit menjadi hebat... Allahumma ameen...

Thursday, June 21, 2012

I LoVe LiViNG LifE



Nick Vujicic


"When I was 10 years old I tried to commit suicide. I had lost my hope. I tried to drawn my self but i couldn't do it. God had plan for my life, to give hope to other people through my story." -Nick Vujicic- 


Benar... setiap ciptaan Allah itu ada fungsinya. Mengapa kita yang terpilih untuk hidup di dunia ada hikmahnya. Mengapa kita terpilih untuk  menerima ujian Nya pasti ada hikmahnya. Apa yang perlu kita ingat jangan sesekali putus asa!!!

Subhanallah... menakjubkan sungguh ciptaan Allah ini. Insan yang bernama Nick Vujicic. Terdetik rasa kagum di hati ini dengan ketabahan serta kebijaksanaannya merungkai hikmah kehidupan. Merungkai hikmah di sebalik ketentuan hidupnya. Ketentuan hidup bahawa dia seorang yang tidak punya tangan dan kaki yang tidak sempurna. Dia insan yang kurang sempurna sifat fizikal tapi mampu bersyukur dengan apa yang ada padanya...

Berkata tentang SYUKUR... ya, manusia selalu saja lupa diri dengan nikmat yang ada. Sentiasa tidak rasa cukup. Maka bermuhasabahlah, berbicaralah dengan jiwa sendiri bahawa ada yang lebih kasihan kehidupannya tapi mereka gembira. Hanya satu jawapannya, maka bersyukurlah.

Apa yang menarik perhatian diri ini pabila pemuda ini mengungkap kata "... God had plan for my life, to give hope to other people through my story". Sungguh diri ini benar-benar tersentuh dengan kata-kata itu.


Kata-kata itu ingin sekali ku kaitkan dengan mereka yang hampir berputus asa dengan hidup sendiri. Disebabkan kegagalan mungkin. Ataupun musibah yang menimpa. Jika kita fikir-fikirkan, bila tiada ujian kesusahan itu, mana mungkin manusia faham erti menghargai. Menghargai nikmat yang ada.

Bila kita gagal, itu sebenarnya burning desire untuk kita bangun dan berjaya. Bila kita sedang tertekan itu bererti sudah tiba masanya kita menenangkan diri. Bila musibah menimpa itu didikan langsung supaya kita menjadi seorang yang tabah. Bila kita takut itu juga turning point untuk jadi berani. Biarpun satu saat diuji dengan mempunyai attitude buruk sekalipun itu juga peringatan bahawa perlunya berubah to be a better person.  


Ya, mari kita mengambil iktibar dari kata-kata si pemuda istimewa ini. Jika kamu menghadapi kegagalan lantas suatu hari kamu berjaya. Selepas kejayaan itu mungkin kamu juga bakal mengatakan kepada yang lain "... God had plan for my life, to give hope to other people through my story".


Jika kamu menghadapi musibah dan hampir berputus asa dalam hidup. Namun, tetap bertahan dan bersabar. Akhirnya, Allah gantikan kehidupan kelam itu kepada cahaya. Dan saat itu kamu juga mengungkap kata "... God had plan for my life, to give hope to other people through my story".


 Indah bukan kehidupan ini... Ingatlah bahawa setiap apa yang kita hadapi, apa yang ditentukan Allah untuk kita lalui segalanya punya hikmah dan pengajaran. Itulah namanya kamu sedang melalui kehidupan. Apa yang penting jangan sesekali berputus asa. Serta bijaklah merungkai hikmah kehidupan. Dan janagn lupa sentiasa mohon petunjuk dari Nya agar tidak sesat mentafsir kehidupan... Wallahua'lam...


"I love living life, I am happy" -Nick Vujicic-
Mendoakan agar si pemuda istimewa ini Nick Vujicic mendapat Hidayah dan Taufiq terbesar dari Nya iaitu Islam. Semoga dia mampu merungkai hikmah kehidupan yang paling bermakna ini. Allahumma Ameen...

Sekadar bicara hati insan biasa

Wednesday, May 23, 2012

Dosa vs Taubat


Tahu tak apa hikmah di sebalik Allah ciptakan dosa dan taubat?

Ibn Qayyim (adalah tokoh psikologi Islam) kata dosa itu boleh jadi rahmat.

Manusia itu lemah dan tidak lari dari melakukan dosa. Tapi Allah juga ciptakan taubat yg membuatkan dosa itu menjadi rahmat.

Ibn Qayyim kata lagi, jika manusia itu benar-benar berfikir dan positif, ketahuilah dosa yang dilakukannya boleh mendatangkan kesedaran. Tersedar hinanya diri di hadapan Tuhan, tersedar rendahnya martabat diri, tersedar bahawa betapa manusia itu benar-benar memerlukan pemeliharaan dan perlindungan Allah...

kita selalu meminta dalam solat agar Allah meninggikan darjat kita. Tapi fahamkah kita bagaimana Allah akan meninggikan darjat seorang manusia?

Dan Ibn Qayyim berkata lagi, Allah akan meninggikan darjat seorang manusia itu bergantung pada kualiti taubatnya...

Subhanallah- pelajaranku hari ini...Asykuru Ya Allah..


Wallahua'lam...

Sekadar bicara hati insan biasa...

Dandan dirimu dengan Akhlakul Karimah...

Sebelum mula bicara inginku madahkan padamu MadahQalbi... Aduhai... engkau sudah berhabuk dan usang. Tega benar tuanmu ini membiarkan laman MadahQalbi kosong tanpa pengisian jiwa... Maaf ya MadahQalbi. Hari ini tuan MadahQalbi tergerak hati ingin berbicara denganmu. Dengarkan ya...

 Nabi berkata:
"Aku tidak diutus melainkan bagi menyempurnakan akhlak manusia"

Maksudnya Rasulullah itu berdakwah melalui akhlaknya. Bukankah Islam itu cara hidup? Salah satu cara hidup juga ialah berkelaluan baik atau akhlakul karimah.

Ada sebuah kisah di mana rasulullah saw menegur seorang lelaki yang berpakaian tidak terurus. Kata baginda kepada lelaki tersebut "Adakah kamu mempunyai duit"...

Mungkin pertanyaan Rasulullah sedemikian kerana ingin memastikan kedudukan lelaki yang berpakaian tidak terurus itu. Dan mungkin jika benar dia seorang miskin mungkin baginda berniat mahu membantunya.

Dan lelaki itu berkata "Ya Rasulullah. Aku ada segalanya. aku juga mempunyai harta. Aku berpakaian begini sekadar ingin mensyukuri nikmat yang telah Allah anugerahkan.

Subhanallah betapa mulia keperibadian lelaki ini. Sungguh dia seorang yang merendah diri.

Zaman sekarang biasanya situasi sebegini MUNGKIN berlaku:

Jika kita tahu yang berpakaian selekeh itu sebenarnya seorang yang kaya kita mungkin berkata di dalam hati, "Emmm... orang kaya saja tapi selekeh haha!" dengan nada sinis atau mempersenda.

Jika kita yang memegang watak lelaki kaya yang tidak terurus itu dan ada seseorang bertanyakan kita  seperti mana persoalan yang diajukan baginda saw mungkin beginilah reaksi kita, "Mentang-mentang aku pakai macam ni kau ingat aku tak da harta???? aku banyak duit la!".

Kisah ini sebenarnya dipetik daripada rancangan Fattabiouni (Tv AlHijrah). Dan apa yang ingin disampaikan sebenarnya susahnya untuk melihat manusia yang benar-benar berkhlak mulia, merendah diri dan berlapang dada. Dan termasuklah diri yang menulis. Ada! tapi sedikit. Manusia sekarang banyak dijangkiti virus penyakit hati. Bukan semua tapi tidak dinafikan ada. Termasuklah diri yang menulis.

Berkata soal keperibadian diri, pemilik MadahQalbi terkesan dengan skrip yang dilakonkan dalam sebuah drama cina. Kata si pelakon, "Penampilan itu tanggapan pertama tapi apa yang dilihat orang terhadap diri kita ialah bagaimana cara kita bergaul".

Skrip yang dipetik ialah babak lakonan di mana si adik cuba menggoda lelaki idamannya dengan berpakaian yang mengghairahkan dan mekap yang tebal sedangkan selama ini dia seorang yang sopan dan menjaga pemakaiannya. Namun, apa yang terjadi selepas itu lelaki itu tidak menghiraukannya pun. Si adik mengadu rasa sedih dan malunya kepada kakaknya. Lantas si kakak pun menasihati dengan petikan kata-kata tadi.

Benar... Penampilan kita hanyalah first impression sahaja. Ia memang penting. Namun, akhlak yang baik mampu mengubah persepsi manusia terhadap seseorang walaupun pada mulanya kita melihat dia selekeh tapi rupanya seorang yang bijak pandai dan baik hati. Siapa sangka...

Ingin berakhlak baik itu perlunya dada yang lapang, jiwa yang besar dan rendahnya hati... Bukan mudah sebenarnya. Sebab manusia sentiasa ditiupkan penyakit-penyakit hati seperti takbur, dengki, marah dan banyak lagi. Sebab syaitan tidak akan diam menyesatkan manusia. Perasaan-perasaan ini akan membuatkan kita bermasam muka, bertindak kasar dan membenci orang lain.

Wawan Susetya, (2001) mengatakan bahawa puncak akhlak yang baik itu adalah taqwa. Taqwa kepadaNya mendorong kita sedaya mungkin mendidik hati menjadi lapang dada, rendah hati dan berjiwa besar sekalipun mengambil masa yang lama.

Wahai MadahQalbi, bicara ini sebenarnya untuk menegur tuanmu ini. Sekadar untuk introspeksi diri yang menulis. Kerana diri ini juga manusia biasa dan tidak lari diuji dengan segala penyakit hati. namun diri ini sentiasa mengimpikan akhlak yang sempurna...

"Allahumma kama hassanti khalqi fa hassin khuluqi"
Ya Allah sepertimana Engkau memperelokkan kejadianku maka perelokkan juga akhlakku. Allahumma Amiin...

Wallahua'lam...

Sekadar bicara hati insan biasa...

Wednesday, February 15, 2012

Biar sampai ke bintang...[2]

Tuhan, jadikanlah aku alat kasih mu. Di mana ada benci – biarkan aku menebarkan cinta. Di mana ada hati-hati terluka – biarkan aku menjadi penghibur. Dimana ada keraguan – biarkan aku menebarkan keyakinan. Di mana ada putus asa – biarkan aku menebarkan harapan. Di mana ada kesedihan – biarkan aku berkongsi bahagia. Di mana ada kegelapan – biarkan aku memberi cahaya. - Sulaiman al-Kumawi-

Wahai MadahQalbi hari ini aku ingin berkongsi sesuatu padamu. Rahsia hati...Hmm.. lihat kata-kata itu sangat indah kan. Kata-kata di atas sangat bermakna buat pemilik MadahQalbi. Kerana ia sangat berkaitan dengan impian pemilik MadahQalbi...

ketahuilah olehmu wahai hati impian hanya kecil tapi nilainya sangat bermakna bagiku. Mungkin kelakar di pandangan orang tapi tidak aku... Mungkin ianya mudah bagi sesetengah pihak namun sukar bagi diri pemilik MadahQalbi.

Impianku hanya ingin menjadi seorang yang ceria=]... mampu menggembirakan hati-hati yang sedih. Mampu membuatkan bibir-bibir tersenyum dikala mereka kedukaan. Hanya itu...

Namun untuk menjadi seperti itu kena ada hati yang bersih. Kena buang segala penyakit hati dalam diri. Kena kuat hubungan dengan Allah. Baru terjamin hubungan sesam manusia kan..=]

Erm... juga kena banyak ilmu... kena belajar ilmu ikhlas, ilmu redha, serta rendah hati...

Selamat berjaya wahai tuan MadahQalbi...

Wednesday, February 8, 2012

Biar Sampai ke Bintang...



Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Jangan pernah remehkan impian wahai diri... Tuhan sungguh maha mendengar...
Berusahalah selagi terdaya mencapai impian...

Sekadar bicara hati insan biasa...

Thursday, February 2, 2012

SeDaNg MeLalui KeHiDuPaN…7


Maka Bersyukurlah...

“Akak macamana dengan akademik akak ok tak?  Mesti ok kan! Saya sedih la akak sebab prestasi akademik makin jatuh. diri saya sendiri pun dah rasa jatuh sangat. Tak tau camne nak bangun. Akak macamana?” . Tanyaku kepada seorang kakak senior.

Dia tersenyum lalu menjawab, ”Akak ni dik, dapat masuk  U ni pun akak dah syukur sangat dah.”

Kata-kata yang cukup simple tapi cukup membuatkan hati ini terkesan dengan kata-katanya. Ibrah dari perbualan ku bersama kakak senior ku ini adalah sejauh mana kita bersyukur dan redha dengan setiap ketentuan Illahi...

’Alhamdulillah... selepas ini bakal melalui dunia baru... Dunia orang dewasa, the world of work... takut rasanya........... (^_^)v vs (T_T)...’

Kata-kata di atas adalah kata-kata yang ku post kan sebaik sahaja aku menyemak result exam terakhirku. Kemudian seorang sahabat memberi komen ’mesti dapat result gempak kan...’. Hmm... mungkin disebabkan aku menulis perkataan Alhamdulillah. Sebenarnya itu hanyalah ucapan syukur kerana lulus pepriksaan exam terakhirku. Result tidaklah gempak mana. Hanya cukup makan... Namun, aku cuba mendidik hati serta mengajar diri ini erti meredhai erti mensyukuri...

Jika diikutkan hati, diri ini cukup kecewa kerana result meleset dari target. Jika diikutkan perasaan, mahu saja diri ini mepersoalkan bahawa aku cukup berusaha, sehinggakan sebelum result keluar aku sangat-sangat yakin bahawa aku mampu mencapai target yang ku tetapkan pada diri. Ya, sangat yakin.

Tapi, aku cuba mengingatkan diri sendiri, wahai diri dan hati bukankah kau ingin mendidik diri untuk sentiasa redha dan syukur. Bukankah itu mampu melahirkan positif pada minda bukan... Benar...

Maka bersyukurlah. Itulah yang terbaik. Walau nikmat itu hanya sedikit, hanya secebis. Sekurang-kurangnya diri ini merasa kekuasaanNya. Diri ini semakin yakin bahawa ada Dia di dalam kehidupan kita. Kita berusaha tetapi Dialah yang berkuasa memberi rezeki.

Bersyukur walau secebis nikmat sekurangnya mampu mendidik kerendahan hati.

Alhamdulillah syukur... walau nikmat akademik kian ditarik namun Dia memberi Nikmat lain yang lebih berharga. Iaitu nikmat kesedaran dan kerendahan hati, erti redha dan erti syukur, erti menghargai...

Namun, ku percaya nikmat itu hanya ditarik buat sementara waktu, Dia pasti menyimpannya hanya untuk mentrabiah diri ini lebih hebat kelak. Agar diri ini tidak lalai dan sombong jika asyik diulit kejayaan saja. Sedangkan merasai kepayahan dalam menuntut ilmu itu lagi indah berbanding mendapatkannya sekejap mata. Yakinlah wahai diri... Allah tidak akan mensia-siakan ketabahan mu...


Diuji dengan kejatuhan...

”Kak, mengapa aku diuji macam ni, akademik makin jatuh, self esteem semakinjatuh. Interperonal skill dengan orang sekeliling pun semakin merosot. I lost my self I lost everything. Kenapa aku jadi macam ni? Camna aku nak jadi seorang kaunselor? sedang diri semakin bermasalah!” Luah ku kepada kak Safra. kakak kandung yang sentiasa menjadi tempat mencurah hati.

Saat ujian dengan kejatuhan bermula ku akui agak sukar menerima ujian ini. Susah untuk mempositifkan diri. Terasa hidup menjadi gelap. Mana tidaknya, kejatuhan yang mendadak dari segala aspek membuatkan aku benar-benar bungkam. Tidak tahu bagaimana untuk menenangkan diri.

Jika pada mulanya akulah yang paling baik dari segi akademik dalam adik-beradik. Akulah yang berpeluang bersekolah di sekolah yang di list kan antara yang terunggul di negeri ku. Dalam kalangan kawan-kawanku, aku juga antara yang dapat result paling baik sewaktu di bangku sekolah dahulu. Namun, tidak lagi sekarang bila diriku berada di dunia kampus.

Jika dulu, aku seorang ramah, namun, kejatuhan akademik memberi efek yang besar. diri ini merasakan semua orang tahu aku telah jatuh. Hubungan sosial ku terganggu.

 Aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa ujian seberat ini menimpaku. Aku masih menafikan kegagalanku. Aku masih tercari-cari diriku yang dulu... mana mindaku yang cekap dan cerdik itu? Mana diriku yang ramah dulu? Ke mana hilangnya keyakinan diri ku?

Lalu kak safra memujukku, ”Sabarlah, jatuh tak semestinya tak pandai. tak semestinya bodoh. Bukankah cita-cita kau nak jadi seorang kaunselor. Mungkin Allah saja uji dengan pelbagai masalah supaya satu hari nati kau akan jadi kaunselor yang mampu menjiwai masalah-masalah client kau nanti...”

Mendengar kata-kata itu, butiran air jernih menitis-nitis dari kelopak mata. Bibir mengungkap istighfar. Dalam masa yang sama cuba bertasbih dan bertahmid pada yang Esa...

Allah... rupanya Engkau sedang mentarbiah diri ini... Benar... seorang kaunselor perlu menanam sifat empati pada diri. Agar lebih mudah menjiwai hati-hati mereka yang bermasalah yang datang menuntut pertolongan dariku kelak...

Kerana ujian ini aku mempelajari ilmu hikmah yang lebih lumayan nilainya. Kata Hasan Al-Basri lambang kehebatan seorang manusia adalah ilmu hikmah. Hikmah diuji dengn kejtuhan mungkin Allah ingin mendidik diri ini agar tidak sombong. Aku sudah puas diberi nikmat kejayaan suatu ketika dulu. Takut-takut aku lupa diri dan bermegah-megah lalu Allah menurunkan ujian kejatuhan buat diriku. Maka bermuhasabahlah wahai diri...

 Allah sebenarnya mendengar keinginanku ingin bergelar seorang kaunselor. Maka Dia datangkan tarbiah langsung dariNya buat diri ini. Diuji dengan pelbagai masalah agar aku mudah memahami dan berempati mereka-mereka yang bermasalah.

 Jadi, wahai diri. janganlah engkau melayan kekecewaanmu, teruskan kehidupan, tabahlah... jangan berputus asa. Allah masih simpan rezeki kejayaan itu. Ilmu di dada bukan saja diukur dengan keputusan yang cemerlang. Tetapi learning process adalah continuous. Yakinlah, ketabahan dan usahamau bakal digantikan dengan berita gembira kelak yakinlah... Amiiin...

Dalam satu kajian psychology berkenaan maksud intelligence para scholar telah mengkelaskan maksud intelligence dan salah satunya adalah crystallized intelligece. Ia bermaksud kebijaksanaan yang diperolehi dan terbentuk melalui segala pengalaman yang dilaluinya. Bukankah kegagalan itu juga suatu pengalaman?


Cita-citaku di mercu...

Jangan pernah remehkan impian mu wahai pemilik MadahQalbi... Sungguh Tuhan maha mendengar...

Ya Allah... kuatkan hati ini ntuk terus tabah dan berusaha menggapai kejayaan hidup dan cita-citaku...

 Perjalanan menuju kejayaan itu masih panjang. Tabahlah wahai diri, cekallah wahai hati... Hanya Allah sebaik penilai, sbaik penolong...

Sekadar bicara hati insan biasa...

Saturday, January 14, 2012

Kaulah WANITA...



Bila ditanya sekalian insan yang bernama Hawa... tiada siapa yang tidak ingin menjadi wanita solehah, yang menjaga dirinya, maruahnya, perilakunya, tutur katanya...Cuma mungkin ada yang jahil serta angkuh mencari jalan... dan ada jua yang lemah tersungkur oleh nafsu dan perekitaran. Kaulah WANITA... penuh dengan fitanh... Peliharalah dirimu duhai Wanita...


"Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:" Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami". " - maksud ayat 25 Surah al-Qashash. Tersipu-sipu dan malu ialah sifat asas bagi wanita Islam...


Hatiku tersentak bila membaca post seorang sahabat di wall FB berkenaan kalam Illahi ini. Hati ini sedikit bergetar MadahQalbi. Serasa semacam di lubuk hati... Mungkin sedikit terkesan kerana yang dimaksudkan dalam kalam itu antaranya akulah orangnya... Kaulah WANITA... Cuba melakukan introspeksi diri... Benarlah kata seorang hamba Allah di laman blognya... "Apabila membicarakan tentang wanita solehah, tiada yang lebih indah melainkan firman Allah Taala yang secara jelas menerangkan tentang nilai dan erti solehah seorang wanita."... Kaulah WANITA...

Siapa aku ingin membicarakan soal Wanita Solehah... seakan tidak layak rasanya... namun seperti kataku sebelum ini wanita mana yang tidak ingin dimartabatkan sebagai wanita Solehah. Wahai pemilik MadahQalbi, tenangkan mindamu dan ingatlah Tuhanmu. Mengadulah, merintihlah, memohonlah, memintalah, hanya kepadaNya. Serahkan diri dan hatimu kepadaNya. Dia ada jawapannya untuk Kaulah WANITA...

MadahQalbi... sedikit penawar hati ku kongsikan sebuah cerita padamu... cerita yang dipetik dari blog seorang hamba Allah... 


Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)


“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)


Allah izinkanlah... izinkanlah... izinkalah hamba... 

Tabahkanlah... tabahkanlah... tabahkanlah... diri hamba melalui kehidupan
hidup yng dikelilingi dengan fitnah... tatkala diri lemah
Di mana iman seringkali bertarung dengan nafsu
Kadang-kadang iman itu menjadi juara namun seringkali jua ditewaskan sang nafsu... Allah
Peliharalah daku dunia dan akhirat..... Amin ya Rabbal A'lamiin
Kaulah WANITA...

"Allahumma inni as alukal huda wat tuqa wal a'afaf wal ghina"
Ya Allah aku mohon pimpinan Mu, sifat Taqwa, pelihara kehormatanku dan kurniakan aku rasa cukup
Allahumma ameen...

Sekadar bicara hati insan biasa...