Wednesday, May 23, 2012

Dosa vs Taubat


Tahu tak apa hikmah di sebalik Allah ciptakan dosa dan taubat?

Ibn Qayyim (adalah tokoh psikologi Islam) kata dosa itu boleh jadi rahmat.

Manusia itu lemah dan tidak lari dari melakukan dosa. Tapi Allah juga ciptakan taubat yg membuatkan dosa itu menjadi rahmat.

Ibn Qayyim kata lagi, jika manusia itu benar-benar berfikir dan positif, ketahuilah dosa yang dilakukannya boleh mendatangkan kesedaran. Tersedar hinanya diri di hadapan Tuhan, tersedar rendahnya martabat diri, tersedar bahawa betapa manusia itu benar-benar memerlukan pemeliharaan dan perlindungan Allah...

kita selalu meminta dalam solat agar Allah meninggikan darjat kita. Tapi fahamkah kita bagaimana Allah akan meninggikan darjat seorang manusia?

Dan Ibn Qayyim berkata lagi, Allah akan meninggikan darjat seorang manusia itu bergantung pada kualiti taubatnya...

Subhanallah- pelajaranku hari ini...Asykuru Ya Allah..


Wallahua'lam...

Sekadar bicara hati insan biasa...

Dandan dirimu dengan Akhlakul Karimah...

Sebelum mula bicara inginku madahkan padamu MadahQalbi... Aduhai... engkau sudah berhabuk dan usang. Tega benar tuanmu ini membiarkan laman MadahQalbi kosong tanpa pengisian jiwa... Maaf ya MadahQalbi. Hari ini tuan MadahQalbi tergerak hati ingin berbicara denganmu. Dengarkan ya...

 Nabi berkata:
"Aku tidak diutus melainkan bagi menyempurnakan akhlak manusia"

Maksudnya Rasulullah itu berdakwah melalui akhlaknya. Bukankah Islam itu cara hidup? Salah satu cara hidup juga ialah berkelaluan baik atau akhlakul karimah.

Ada sebuah kisah di mana rasulullah saw menegur seorang lelaki yang berpakaian tidak terurus. Kata baginda kepada lelaki tersebut "Adakah kamu mempunyai duit"...

Mungkin pertanyaan Rasulullah sedemikian kerana ingin memastikan kedudukan lelaki yang berpakaian tidak terurus itu. Dan mungkin jika benar dia seorang miskin mungkin baginda berniat mahu membantunya.

Dan lelaki itu berkata "Ya Rasulullah. Aku ada segalanya. aku juga mempunyai harta. Aku berpakaian begini sekadar ingin mensyukuri nikmat yang telah Allah anugerahkan.

Subhanallah betapa mulia keperibadian lelaki ini. Sungguh dia seorang yang merendah diri.

Zaman sekarang biasanya situasi sebegini MUNGKIN berlaku:

Jika kita tahu yang berpakaian selekeh itu sebenarnya seorang yang kaya kita mungkin berkata di dalam hati, "Emmm... orang kaya saja tapi selekeh haha!" dengan nada sinis atau mempersenda.

Jika kita yang memegang watak lelaki kaya yang tidak terurus itu dan ada seseorang bertanyakan kita  seperti mana persoalan yang diajukan baginda saw mungkin beginilah reaksi kita, "Mentang-mentang aku pakai macam ni kau ingat aku tak da harta???? aku banyak duit la!".

Kisah ini sebenarnya dipetik daripada rancangan Fattabiouni (Tv AlHijrah). Dan apa yang ingin disampaikan sebenarnya susahnya untuk melihat manusia yang benar-benar berkhlak mulia, merendah diri dan berlapang dada. Dan termasuklah diri yang menulis. Ada! tapi sedikit. Manusia sekarang banyak dijangkiti virus penyakit hati. Bukan semua tapi tidak dinafikan ada. Termasuklah diri yang menulis.

Berkata soal keperibadian diri, pemilik MadahQalbi terkesan dengan skrip yang dilakonkan dalam sebuah drama cina. Kata si pelakon, "Penampilan itu tanggapan pertama tapi apa yang dilihat orang terhadap diri kita ialah bagaimana cara kita bergaul".

Skrip yang dipetik ialah babak lakonan di mana si adik cuba menggoda lelaki idamannya dengan berpakaian yang mengghairahkan dan mekap yang tebal sedangkan selama ini dia seorang yang sopan dan menjaga pemakaiannya. Namun, apa yang terjadi selepas itu lelaki itu tidak menghiraukannya pun. Si adik mengadu rasa sedih dan malunya kepada kakaknya. Lantas si kakak pun menasihati dengan petikan kata-kata tadi.

Benar... Penampilan kita hanyalah first impression sahaja. Ia memang penting. Namun, akhlak yang baik mampu mengubah persepsi manusia terhadap seseorang walaupun pada mulanya kita melihat dia selekeh tapi rupanya seorang yang bijak pandai dan baik hati. Siapa sangka...

Ingin berakhlak baik itu perlunya dada yang lapang, jiwa yang besar dan rendahnya hati... Bukan mudah sebenarnya. Sebab manusia sentiasa ditiupkan penyakit-penyakit hati seperti takbur, dengki, marah dan banyak lagi. Sebab syaitan tidak akan diam menyesatkan manusia. Perasaan-perasaan ini akan membuatkan kita bermasam muka, bertindak kasar dan membenci orang lain.

Wawan Susetya, (2001) mengatakan bahawa puncak akhlak yang baik itu adalah taqwa. Taqwa kepadaNya mendorong kita sedaya mungkin mendidik hati menjadi lapang dada, rendah hati dan berjiwa besar sekalipun mengambil masa yang lama.

Wahai MadahQalbi, bicara ini sebenarnya untuk menegur tuanmu ini. Sekadar untuk introspeksi diri yang menulis. Kerana diri ini juga manusia biasa dan tidak lari diuji dengan segala penyakit hati. namun diri ini sentiasa mengimpikan akhlak yang sempurna...

"Allahumma kama hassanti khalqi fa hassin khuluqi"
Ya Allah sepertimana Engkau memperelokkan kejadianku maka perelokkan juga akhlakku. Allahumma Amiin...

Wallahua'lam...

Sekadar bicara hati insan biasa...