Friday, August 26, 2011

Move On...

Lirik Langkah Tercipta - Unic

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah...
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah...
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie

Wednesday, August 24, 2011

I'm a dreamer...



Jika aku ditanya apa hobi kamu...

Maka jawabku:. [observing, understand, thinking &... DREAMING=p]

Ya, berangan adalah kegemaranku. But, because i'm a dreamer there's many things I wish i didn't do! huh! why? but, then i got the answer...

maksud angan ialah menggambarkan sesuatu dalam fikiran, mengalamun dan berkhayal. Hmm... sape yang tak suka kan. Kadang-kadang boleh sampai termimpi-mimpi. Ish bahaya...bahaya. jangan sampai mengigau sudah=p.

Kalau kita terlalu ikutkan hati asyik berangan, ia akan menjadi igauan kita dan sentiasa bermain-main di benak fikiran. Jadi, apatah lagi jika angan-angan yang sia-sia tidak berfaedah ataupun anagn-angan yang kita tahu yang memang takkan tercapai. Maka benarlah ia perbuatan sia-sia.

Sebenarnya, orang yang suka berangan macam tu adalah orang yang memiliki jiwa yang lemah dan kurang berkeyakinan serta kurang semangat perjuangan (tak isah la perjuangan ape, cita-cita pun boleh). Bila kita kurang yakin untuk melakukan sesuatu, so, jawabnya berangan je lah. sesuatu yang tak mampu direalisasikan kita berangan je lah. Tapi cuba kita refleksi diri semula. Apakah yang kita angankan itu dan berhasrat untuk melakukannya walaupun tidak tercapai adalah sesuatu yang benar berfaedah dan semata-mata kerana Allah? adakah apa yang diangankan itu boleh menyelamatkan kita dari azab allah ataupun meraih keredhaanNya jika ia direalisasikan sekali pun? Jika tidak abaikan saja. Istighfarlah... kadang-kadang angan-anagn seperti itu hanyalah janji-janji syaitan atau khayalan yang tidak mungkin wujud dan ia merupakan satu pembohongan.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan punya semangat perjuangan yang teguh, angan-angan adalah ilmu dan iman bagi mereka. Sesiapa yang punya angan-anagn yang bermanfaat iaitu angan-anagn jika ia direalisasikan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah, Rasulullah sentiasa menggalakkannya. Angan-anagn yang baik, boleh mendatangkan pahala kerana rasullullah juga pernah berangan-angan ketika baginda menunaikan haji.

Sama-sama kita mengambil iktibar dan introspeksi diri...

Sources: Buku Bahagiakan Hatimu (Tulisan Ibn Qaiyyim)

Sekadar bicara hati insan biasa... wallahua'lam...









Wahai jiwa...


"Sebenarnya, bila hati kita rasa gelisah, itu tandanya hidayat nak datang ke dalam diri korang, hidayat ni bila nak bertakhta dalam hati kita, dia tak boleh masuk terus ke dalam hati yang ada banyak penyakit hati, hati yang ada cinta dunia, hati yang yakin dengan makhluk, maka, pada waktu itu “hidayat” terpaksa ‘berperang’ dengan penyakit hati yang buat korang jadi gelisah.., menang kalah, pilihan korang yang menentukan dengan izin Allah..." (Hamka- http://keretamayat.blogspot.com/2011/08/kenapa-hati-gelisah.htm)

Subhanallh... bila aku membaca entry hamba Allah ini, ia seolah-olah sedang memberikan jawapan kepadaku... hati yg sentiasa gelisah rupanya disebabkan hidayah dan penyakit hati sedang bertarung di dalam jiwa manusia... Dan kemenangan itu bergantung pada tuan punya badan ingin memilih jalan yang mana...

Ibn Qaiyyim kata, di dalam sekeping hati kita sebenarnya terletaknya antara nafsu dan Allah. kadang-kadang kita cenderung mengikut hawa nafsu namun kadang-kadang kita mencari-cari Tuhan dan ingin melakukan kebaikan... dan perkara inilah yg menguji keimanan kita

Ibn qaiyyim juga ada menceritakan dalam tulisannya tentang sejarah nafsu. sebenarnya nafsu diciptakan dalam keadaan ia bodoh dan gelap. sebab tu nafsu suka ajak manusia buat benda tak baik kerana kebodohan dan kegelapannya....

Namun, harus diingat sesungguhnya setiap manusia tu Allah anugerahkan iman dan Allah bg petunjuk hidayah kepada sesiapa yg menginginkannya. Maka beruntunglah orang-orang yg memburu hidayah Allah serta menjaga imannya...

sebab tu dalam hati ada nafsu dan Allah yang menjadi rebutan. sepertimana yang dikatakan oleh hamba Allah Hamka dalam blognya. Hati gelisah kerana penyakit hati yang berpunca daripada kebodohan dan kegelapan nafsu di dalam jiwa sedang berperang dengan hidayah Allah yang ingin masuk ke dalam jiwa.

Dan, ingatlah manusia sebagai hamba sangat memerlukan TuhanNya... so, muhasabah buat diriku sendiri dan semua, sama-samalah kita cuba untuk tidak putus asa dan sentiasa mengharap petunjuk Allah dan memohon kekuatan iman... Agar hati terus memilih hidayahNya bukan membiarkan nafsu jahat terus-menerus membiakkan penyakit hati di dalam jiwa kita... Nau'dhubillah...

Sekadar bicara hati insan biasa... wallahua'lam...




Monday, August 8, 2011

Campur Tangan Tuhan dalam Kehidupan



“Sesungguhnya urusanNya bilamana Dia menghendaki sesuatu Dia berkata: Jadilah! Maka terjadilah.” [Yaasin:82]

Bilamana Allah menghendaki sesuatu itu, maka sekelip mata saja akan terjadi. Begitu juga dalam sebuah kehidupan. Allah mampu merubah hidup seseorang sekelip mata. Jika seseorang itu dulunya miskin siapa sangka esok dia menjadi kaya. Jika seseorang itu sentiasa berjaya siapa sangka lusa dia menemui kegagalan.

Sungguh setiap apa yang telah Allah rencanakan untuk kita pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitulah Lisa cuba meyakinkan dirinya lantaran menngenangkan kisah hidupnya sebelum bergelar seorang isteri.

Lisa merupakan seorang gadis yang periang dan ramah. Namun, di sebalik keramahannya dia juga merupakan seorang yang tegas dan agak panas baran. Itulah diri Lisa sebenarnya.

Dalam persahabatan, ya Lisa seorang yang punya banyak kawan. Tidak kira siapa saja dan pelbagai lapisan dan golongan. Tua, muda, muslim mahupun non-muslim. Mungkin lantaran sikapnya yang mudah mesra. Ada juga rakan-rakanya menjadikan dia sebagai tempat mengadu masalah.

Walaubagaimanapun, disebalik keceriaan yang terpancar di wajahnya siapa sangka dia menyimpan saribu satu duka kisah sedih di dalam hatinya. Di pagi hari dia sibuk menggembirakan orang di malam hari dia bertemankan air mata kesedihan.

Apa yang membuatkan Lisa selalu kesedihan lantaran mengenangkan sikapnya yang baran sebenarnya menyebabkan ramai jugak yang terasa dengannya termasuklah mama dan papanya.

Tiada siapa yang ingin menjadi seorang derhaka. Tiada siapa yag ingin hidup tanpa keredhaan sang manusia dan Illahi. Tidak ada...

Lisa mengadu kepada ku bahawa dia pernah membuatkan mama terasa sehinga menangis. Dan selepas itu mama sentiasa dingin dengan Lisa. Lisa juga pernah buat papa terluka sehingga papa kata ’papa ingat sampai bila-bila apa yang kamu buat pada papa!’.

Lisa sedih tidak terhingga. Dia mengadu kepadaku bahawa dia menyedari sikapnya yang baran dan kadang-kadang cakap lepas menyebabkan ada yang terasa. Sungguh dia benar ingin berubah dan mengawal sikapnya. Tapi ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Adakalanya Lisa akan pulang semula pada sikap barannya di saat proses perubahannya.

”kau tahu, bila kita tak dapat keberkatan daripada orang sekeliling, semua kerja akan jadi tak menentu. Hati kita sentiasa tak tenang. Ada saja ujian yang menimpa kita. Itulah yang aku rasa saat ini. sungguh perit. Aku benar-benar ingin menebus segala kesilapanku...” Dengan tangisan Lisa meluah lagi kepadaku.

Dan yang paling memilukan apabila Lisa diuji dengan pertunangannya yang hampir diputuskan oleh tunangnya sendiri. Saat Lisa mengadu kepadaku, aku juga turut menangis menahan sebak hati. Sungguh berat ujian yang menimpa dirinya.

Perkahwinannya yang hanya tinggal beberapa bulan saja lagi membuatkan dia buntu bagaimana untuk memberitahu kedua orang tuanya. Seisi keluarga, sanak saudara serta orang kampung sudah mengetahui akan hal perkahwinannya...

Aku cuba memberi semangat kepada Lisa dan menyuruh agar dia bersabar. Lisa cuba untuk tabah menerima hakikat ini. Sekali lagi baginya semua ini terjadi disebabkan tiada keberkatan daripada orang-orang yang disakitinya barangkali... Sesungguhnya redha Illahi itu menuntut redha seorang manusia....

Lisa cuba bangkit dari kelemahan jiwanya. Baginya tiada penawar mujarab selain dari Allah. Jalan terbaik adalah mengadu dan merintih kepada yang maha Mendengar, maha Pemurah dan maha Penyayang. Lisa meletakkan keyakinan bahawa Allah akan memberikan sinar semula kepada kehidupannya…

Apa yang kita selama ini kurang sedari bahawa mungkin bantuan Allah itu berupa kekuatan jiwa yang kita miliki. Setiap bait doa, zikir, taubat dan munajat kita Allah gantikan dengan kekentalan iman.

Walaupun Lisa dilayan dingin ibunya dia cuba meminta maaf dengan penuh tulus dan rendah hati. begitunya juga terhadap papanya. Setiap kali dia menyakiti orang lain namun, Lisa merendahkan hatinya untuk memujuk dan melafazkan kata maaf, Bagi Lisa itulah yang terbaik. Menuntut redha seorang manusia...

Dan akhirnya masalah pertunangannya itu juga telah selesai bilamana yang sebenarnya tunangnya bukan benar-benar berniat untuk membatalkan pertunangan atau perkahwinan mereka. Tetapi itu sebagai satu pengajaran dan hukuman untuk menundukkan ego Lisa membuang sikap barannya... Saat itu dia menyedari bahwa jodoh yang Allah tentukan kepadanya benar-benar sebaik-baik ketentuan lantaran tunangnya juga adalah orang yang tinggi agamanya. Mana bisa dia memutuskan perkahwinan mereka hanya kerana perkara kecil iaitu sikap baran Lisa. Dan begitulah juga segala rentetan kehidupan serta ujian-ujian yang dilaluinya adalah untuk mendidik dirinya sendiri.

Dengan berkat ketabahan Lisa, kebergantungannya kepda sang Pencipta, usahanya untuk berubah, ketelusan dan kerendahan hatinya, akhirnya Allah telah menggantikan mendung kehidupannya dengan sinar cahaya... Subhanallah...

Setelah hampir dua bulan perkahwinan Lisa, dia cuba menceritakan perjalanan hidupnya kini. Alhamdulillah. Hidupnya sudah bersinar dihiasi warna kebahagiaan. Hubungan Lisa dengan mama dan papanya semakin pulih. Segala luka di hati masing-masing semakin sembuh. Lisa pula semakin matang dalam menguruskan kehidupannya.

”Kau tahu, aku sangat bersyukur kehidupan aku dah berubah. Mak mertua aku sangat-sangat baik dan sayang sangat kat aku. Aku sangat bersyukur dan terharu. Erm... kau nak tahu lagi lepas raya ni suami aku suruh pakai tudung labuh da dan berita paling gembira sekali aku dah mengandung. Baru nak masuk sebulan”

”Alhamdulillah Lisa. Lihat, betapa adilnya Allah. Segala keperitan yang kau tanggung dulu Allah dah ganti balik dengan sebuah kehidupan yang lagi baik kan." Balasku kepada Lisa.

Lisa diam dan hanya tersenyum menyedari hakikat itu. Aku turut menumpang gembira dengan kebahagiaan Lisa di samping cuba merungkai hikmah sebuah kehidupan yang mana di situ ada campur tangan Illahi...

"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita..." [At-Taubah:40]

Berbekalkan kisah kehidupan Lisa aku turut menanam keyakinan bahawa Allah ada dalam kehidupan kita. Biar susah dan derita yang kita tanggung yakinlah Allah bakal gantikan dengan nikmat bahagia kelak. Walaupun, kesusahan yang ditanggung itu disebabkan kelemahan atau kesilapan kita sendiri namun yakinlah bahawa Allah sentiasa memberi peluang untuk kita memeperbaiki serta merasa kebahagiaan dan nikmat sebuah kehidupan. Apa yang perlu adalah sebuah usaha, ketabahan dan kebergantungan kepadaNya... Wallahua’lam...

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat..." [Al-Baqarah:45]

*Kisah ini diadaptasi daripada sebuah kisah kehidupan seorang hamba Allah iaitu Lisa (bukan nama sebenar). Wallahua’lam...


Monday, August 1, 2011

SeDaNg MeLalui KeHiDuPaN…3



Checklist kehidupan:-

1. Waktu solat
2. Waktu kerja/bisnes/belajar/appointment/task
3. Waktu mengurus soal rutin (diri sendiri/rumah/family/anak)
4. Waktu membaca info berfaedah
5. Waktu membuat eksperimen/kajian/hobi
6. Waktu rehat/santai
7. Waktu ziarah/bersosial/aktiviti masyarakat
8. Lain-lain yang dirasakan sesuai

Sources: http://bicarabuatdiri.blogspot.com/2011/01/pengurusan-masa.html

SeDaNg MeLalui KeHiDuPaN…2



Ya Allah, bersihkan hati hamba, jadikan hamba seorang yang sentiasa merintih dan bertaubat kepada Mu...

Ku hanya ingin berjaya dalam sebuah 'kehidupan'...
iaitu berjaya menjadi seorang 'manusia' [sebaik-baik ciptaan]. serta berjaya dalam hablu minallah wa hablu minannas...

kadang-kadang apa yang kita impikan itulah kelemahan kita
serta ujian yang kita lalui kadang-kadang juga di skitar apa yg kita impikan, apa yang kita lemah...kerana itulah namanya KEHIDUPAN...

Ya Allah kuatkn diri hamba untuk terus memperbaiki diri, terus sabar dalam mujahadah, terus tabah dengan dugaan dan cabaran...

Ramadhan bulan pengampunan, doa dimakbulkan, bulan tarbiah...

Friday, July 22, 2011

SeDaNg MeLalui KeHiDuPaN…


My Dad Said, bila kita berhadapan dengan sebuah ujian maknanya kita sedang melalui kehidupan.

Itulah muqaddimah ayahanda bila kakak kedua mencritakan permasalahannya. kakak seorang ustazah di sebuah sekolah menengah dan baru saja ‘posting’ beberapa bulan yang lalu. Bila mendengar kata-kata sang bapa membuatkan aku tersentak. Kata-kata yang cukup ’simple’ tetapi penuh makna.

Ya, ada benarnya! Hidup itu mana mungkin sentiasa indah. Pasti akan dihiasi dengan duka lara. Tidak akan sentiasa mudah tetapi akan berhadapan dengan pelbagai pancaroba. Itulah namanya kehidupan.

Aku kemudian cuba membuat refleksi diri daripada kata-kata tersebut. Aku juga punya ujian yang dihadapi. Namun, ujian biasa sebagai seorang anak muda ataupun seorang pelajar universiti. Bagiku aku belum lagi melalui kehidupan sebenar... Memandangkan kakak yang baru sahaja memasuki dunia pekerjaan terus-menerus menadapat ujian yang bagiku agak berat juga. Dan bapa berkata lagi, selamat menempuhi kehidupan.

Berdasarkan kata-kata bapa, aku cuba menafsirkan sendiri. Maksudnya, kakak sudah berada di alam kehidupan yang sebenar, realiti kehidupan yang sebenar... Itulah kiasan peringatan seorang tua yang terlbih dahulu melalui dan sudah masak tentang kehidupan...

Hatiku tertanya-tanya, dan mindaku turut berfikir... adakah aku mampu melayari bahtera kehidupan sebenar? adakah jiwaku sudah cukup kuat untuk berhadapan dengan kehidupan nanti? seolah-olah merasakan aku belum cukup matang untuk melalui sebuah kehidupan... Allah...

”Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepadaMu daripada kebaikan seluruhnya pada masa kini dan akan datang, kebaikan apa yang aku tahu dan aku tidak ketahui, dan aku mohon kepadaMu syurga dan apa yang endekatkan kepadanya daripada perkataan atau perbuatan, dan aku berlindung dengan Mu daripada api neraka dan apa yang mendekatkanku kepadanya daripada perkataan atau perbuatan, dan aku mohon kepada Mu kebaikan apa yang dimohon kepadaMu oelh HambaMu dan Rasulmu Muhammad s.a.w, dan aku berlindung denganMu daripada kejahatan apa yang berlindung denganMu oleh HambaMu dan RasulMu Muhammad s.a.w, dan aku mohon kepadaMu apa yang telah Engkau tentukan untukku daripada perkara yang Engkau jadikan hasilnya petunjuk ke jalan MU.” Amiin ya Rabb...[Riwayat Al-Imam Ahmad dan Ibnu Majah]

Sekadar bicara hati insan biasa...