Wednesday, February 15, 2012

Biar sampai ke bintang...[2]

Tuhan, jadikanlah aku alat kasih mu. Di mana ada benci – biarkan aku menebarkan cinta. Di mana ada hati-hati terluka – biarkan aku menjadi penghibur. Dimana ada keraguan – biarkan aku menebarkan keyakinan. Di mana ada putus asa – biarkan aku menebarkan harapan. Di mana ada kesedihan – biarkan aku berkongsi bahagia. Di mana ada kegelapan – biarkan aku memberi cahaya. - Sulaiman al-Kumawi-

Wahai MadahQalbi hari ini aku ingin berkongsi sesuatu padamu. Rahsia hati...Hmm.. lihat kata-kata itu sangat indah kan. Kata-kata di atas sangat bermakna buat pemilik MadahQalbi. Kerana ia sangat berkaitan dengan impian pemilik MadahQalbi...

ketahuilah olehmu wahai hati impian hanya kecil tapi nilainya sangat bermakna bagiku. Mungkin kelakar di pandangan orang tapi tidak aku... Mungkin ianya mudah bagi sesetengah pihak namun sukar bagi diri pemilik MadahQalbi.

Impianku hanya ingin menjadi seorang yang ceria=]... mampu menggembirakan hati-hati yang sedih. Mampu membuatkan bibir-bibir tersenyum dikala mereka kedukaan. Hanya itu...

Namun untuk menjadi seperti itu kena ada hati yang bersih. Kena buang segala penyakit hati dalam diri. Kena kuat hubungan dengan Allah. Baru terjamin hubungan sesam manusia kan..=]

Erm... juga kena banyak ilmu... kena belajar ilmu ikhlas, ilmu redha, serta rendah hati...

Selamat berjaya wahai tuan MadahQalbi...

Wednesday, February 8, 2012

Biar Sampai ke Bintang...



Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Jangan pernah remehkan impian wahai diri... Tuhan sungguh maha mendengar...
Berusahalah selagi terdaya mencapai impian...

Sekadar bicara hati insan biasa...

Thursday, February 2, 2012

SeDaNg MeLalui KeHiDuPaN…7


Maka Bersyukurlah...

“Akak macamana dengan akademik akak ok tak?  Mesti ok kan! Saya sedih la akak sebab prestasi akademik makin jatuh. diri saya sendiri pun dah rasa jatuh sangat. Tak tau camne nak bangun. Akak macamana?” . Tanyaku kepada seorang kakak senior.

Dia tersenyum lalu menjawab, ”Akak ni dik, dapat masuk  U ni pun akak dah syukur sangat dah.”

Kata-kata yang cukup simple tapi cukup membuatkan hati ini terkesan dengan kata-katanya. Ibrah dari perbualan ku bersama kakak senior ku ini adalah sejauh mana kita bersyukur dan redha dengan setiap ketentuan Illahi...

’Alhamdulillah... selepas ini bakal melalui dunia baru... Dunia orang dewasa, the world of work... takut rasanya........... (^_^)v vs (T_T)...’

Kata-kata di atas adalah kata-kata yang ku post kan sebaik sahaja aku menyemak result exam terakhirku. Kemudian seorang sahabat memberi komen ’mesti dapat result gempak kan...’. Hmm... mungkin disebabkan aku menulis perkataan Alhamdulillah. Sebenarnya itu hanyalah ucapan syukur kerana lulus pepriksaan exam terakhirku. Result tidaklah gempak mana. Hanya cukup makan... Namun, aku cuba mendidik hati serta mengajar diri ini erti meredhai erti mensyukuri...

Jika diikutkan hati, diri ini cukup kecewa kerana result meleset dari target. Jika diikutkan perasaan, mahu saja diri ini mepersoalkan bahawa aku cukup berusaha, sehinggakan sebelum result keluar aku sangat-sangat yakin bahawa aku mampu mencapai target yang ku tetapkan pada diri. Ya, sangat yakin.

Tapi, aku cuba mengingatkan diri sendiri, wahai diri dan hati bukankah kau ingin mendidik diri untuk sentiasa redha dan syukur. Bukankah itu mampu melahirkan positif pada minda bukan... Benar...

Maka bersyukurlah. Itulah yang terbaik. Walau nikmat itu hanya sedikit, hanya secebis. Sekurang-kurangnya diri ini merasa kekuasaanNya. Diri ini semakin yakin bahawa ada Dia di dalam kehidupan kita. Kita berusaha tetapi Dialah yang berkuasa memberi rezeki.

Bersyukur walau secebis nikmat sekurangnya mampu mendidik kerendahan hati.

Alhamdulillah syukur... walau nikmat akademik kian ditarik namun Dia memberi Nikmat lain yang lebih berharga. Iaitu nikmat kesedaran dan kerendahan hati, erti redha dan erti syukur, erti menghargai...

Namun, ku percaya nikmat itu hanya ditarik buat sementara waktu, Dia pasti menyimpannya hanya untuk mentrabiah diri ini lebih hebat kelak. Agar diri ini tidak lalai dan sombong jika asyik diulit kejayaan saja. Sedangkan merasai kepayahan dalam menuntut ilmu itu lagi indah berbanding mendapatkannya sekejap mata. Yakinlah wahai diri... Allah tidak akan mensia-siakan ketabahan mu...


Diuji dengan kejatuhan...

”Kak, mengapa aku diuji macam ni, akademik makin jatuh, self esteem semakinjatuh. Interperonal skill dengan orang sekeliling pun semakin merosot. I lost my self I lost everything. Kenapa aku jadi macam ni? Camna aku nak jadi seorang kaunselor? sedang diri semakin bermasalah!” Luah ku kepada kak Safra. kakak kandung yang sentiasa menjadi tempat mencurah hati.

Saat ujian dengan kejatuhan bermula ku akui agak sukar menerima ujian ini. Susah untuk mempositifkan diri. Terasa hidup menjadi gelap. Mana tidaknya, kejatuhan yang mendadak dari segala aspek membuatkan aku benar-benar bungkam. Tidak tahu bagaimana untuk menenangkan diri.

Jika pada mulanya akulah yang paling baik dari segi akademik dalam adik-beradik. Akulah yang berpeluang bersekolah di sekolah yang di list kan antara yang terunggul di negeri ku. Dalam kalangan kawan-kawanku, aku juga antara yang dapat result paling baik sewaktu di bangku sekolah dahulu. Namun, tidak lagi sekarang bila diriku berada di dunia kampus.

Jika dulu, aku seorang ramah, namun, kejatuhan akademik memberi efek yang besar. diri ini merasakan semua orang tahu aku telah jatuh. Hubungan sosial ku terganggu.

 Aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa ujian seberat ini menimpaku. Aku masih menafikan kegagalanku. Aku masih tercari-cari diriku yang dulu... mana mindaku yang cekap dan cerdik itu? Mana diriku yang ramah dulu? Ke mana hilangnya keyakinan diri ku?

Lalu kak safra memujukku, ”Sabarlah, jatuh tak semestinya tak pandai. tak semestinya bodoh. Bukankah cita-cita kau nak jadi seorang kaunselor. Mungkin Allah saja uji dengan pelbagai masalah supaya satu hari nati kau akan jadi kaunselor yang mampu menjiwai masalah-masalah client kau nanti...”

Mendengar kata-kata itu, butiran air jernih menitis-nitis dari kelopak mata. Bibir mengungkap istighfar. Dalam masa yang sama cuba bertasbih dan bertahmid pada yang Esa...

Allah... rupanya Engkau sedang mentarbiah diri ini... Benar... seorang kaunselor perlu menanam sifat empati pada diri. Agar lebih mudah menjiwai hati-hati mereka yang bermasalah yang datang menuntut pertolongan dariku kelak...

Kerana ujian ini aku mempelajari ilmu hikmah yang lebih lumayan nilainya. Kata Hasan Al-Basri lambang kehebatan seorang manusia adalah ilmu hikmah. Hikmah diuji dengn kejtuhan mungkin Allah ingin mendidik diri ini agar tidak sombong. Aku sudah puas diberi nikmat kejayaan suatu ketika dulu. Takut-takut aku lupa diri dan bermegah-megah lalu Allah menurunkan ujian kejatuhan buat diriku. Maka bermuhasabahlah wahai diri...

 Allah sebenarnya mendengar keinginanku ingin bergelar seorang kaunselor. Maka Dia datangkan tarbiah langsung dariNya buat diri ini. Diuji dengan pelbagai masalah agar aku mudah memahami dan berempati mereka-mereka yang bermasalah.

 Jadi, wahai diri. janganlah engkau melayan kekecewaanmu, teruskan kehidupan, tabahlah... jangan berputus asa. Allah masih simpan rezeki kejayaan itu. Ilmu di dada bukan saja diukur dengan keputusan yang cemerlang. Tetapi learning process adalah continuous. Yakinlah, ketabahan dan usahamau bakal digantikan dengan berita gembira kelak yakinlah... Amiiin...

Dalam satu kajian psychology berkenaan maksud intelligence para scholar telah mengkelaskan maksud intelligence dan salah satunya adalah crystallized intelligece. Ia bermaksud kebijaksanaan yang diperolehi dan terbentuk melalui segala pengalaman yang dilaluinya. Bukankah kegagalan itu juga suatu pengalaman?


Cita-citaku di mercu...

Jangan pernah remehkan impian mu wahai pemilik MadahQalbi... Sungguh Tuhan maha mendengar...

Ya Allah... kuatkan hati ini ntuk terus tabah dan berusaha menggapai kejayaan hidup dan cita-citaku...

 Perjalanan menuju kejayaan itu masih panjang. Tabahlah wahai diri, cekallah wahai hati... Hanya Allah sebaik penilai, sbaik penolong...

Sekadar bicara hati insan biasa...

Saturday, January 14, 2012

Kaulah WANITA...



Bila ditanya sekalian insan yang bernama Hawa... tiada siapa yang tidak ingin menjadi wanita solehah, yang menjaga dirinya, maruahnya, perilakunya, tutur katanya...Cuma mungkin ada yang jahil serta angkuh mencari jalan... dan ada jua yang lemah tersungkur oleh nafsu dan perekitaran. Kaulah WANITA... penuh dengan fitanh... Peliharalah dirimu duhai Wanita...


"Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:" Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami". " - maksud ayat 25 Surah al-Qashash. Tersipu-sipu dan malu ialah sifat asas bagi wanita Islam...


Hatiku tersentak bila membaca post seorang sahabat di wall FB berkenaan kalam Illahi ini. Hati ini sedikit bergetar MadahQalbi. Serasa semacam di lubuk hati... Mungkin sedikit terkesan kerana yang dimaksudkan dalam kalam itu antaranya akulah orangnya... Kaulah WANITA... Cuba melakukan introspeksi diri... Benarlah kata seorang hamba Allah di laman blognya... "Apabila membicarakan tentang wanita solehah, tiada yang lebih indah melainkan firman Allah Taala yang secara jelas menerangkan tentang nilai dan erti solehah seorang wanita."... Kaulah WANITA...

Siapa aku ingin membicarakan soal Wanita Solehah... seakan tidak layak rasanya... namun seperti kataku sebelum ini wanita mana yang tidak ingin dimartabatkan sebagai wanita Solehah. Wahai pemilik MadahQalbi, tenangkan mindamu dan ingatlah Tuhanmu. Mengadulah, merintihlah, memohonlah, memintalah, hanya kepadaNya. Serahkan diri dan hatimu kepadaNya. Dia ada jawapannya untuk Kaulah WANITA...

MadahQalbi... sedikit penawar hati ku kongsikan sebuah cerita padamu... cerita yang dipetik dari blog seorang hamba Allah... 


Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.

Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)


“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)


Allah izinkanlah... izinkanlah... izinkalah hamba... 

Tabahkanlah... tabahkanlah... tabahkanlah... diri hamba melalui kehidupan
hidup yng dikelilingi dengan fitnah... tatkala diri lemah
Di mana iman seringkali bertarung dengan nafsu
Kadang-kadang iman itu menjadi juara namun seringkali jua ditewaskan sang nafsu... Allah
Peliharalah daku dunia dan akhirat..... Amin ya Rabbal A'lamiin
Kaulah WANITA...

"Allahumma inni as alukal huda wat tuqa wal a'afaf wal ghina"
Ya Allah aku mohon pimpinan Mu, sifat Taqwa, pelihara kehormatanku dan kurniakan aku rasa cukup
Allahumma ameen...

Sekadar bicara hati insan biasa...

Thursday, November 3, 2011

SeDaNg MeLalui KeHiDuPaN…6

MadahQalbi... insan biasa ini ingin berbicara lagi...

Decision is in your hand!!!


Tahukah kamu MadahQalbi selama ini aku kurang diuji degan seperkara ini. Adapun, aku sentiasa mengelak dan melarikan diri. Tapi kali ini aku tiada jalan keluar. Kerana by hook by crook, itu adalah tanggungjawabku iaitu menjadi decision maker. Allahu Rabbi.... ya satu cabaran buat diriku. Namun, ujian ini aku cuba menerima dengan positif. Maknanya Allah sedang mendidik diri ini. Allah sedang melatih aku pada perkara yang aku lemah supaya aku mampu bangkit dari kelemahan ini. Dan untuk aku membina diri ke arah lebih baik...

Bila menjadi seorang setiausaha ibarat kita seolah-olah menjadi personal assistant kepada seseorang. Kita kena jadi reminder, kena set up meeting dan secara tak langsung kena buat keputusan. Bila nak buat meeting, nak buat meeting kat mana, kena survey kehadiran, kena pastikan korum kehadiran meeting cukup. Satu benda yang mencabar buatku. Sungguh aku sangat lemah dalam memutuskan sesuatu perkara. even untuk diri sendiri pun agak susah. Aku sentiasa tersilap langkah. So, apatah lagi nak buat keputusan untuk orang... huh... takut tak mampu nak mmeuaskan hati orang, takut-takut keputusan yang dibuat memberi kesan yang negatif.

But I try to be positive. Its my learning process. Dalam learning process takkan lari dari buat silap. So, apa yang perlu dibuat kita belajar dari kesilapan. Dan seperkara yag aku pelajari jugak bagaimana kita nak melayan karenah manusia, segala permintaan dan penolakan suatu keputusan yang kita buat... Hmm... allah tahu kan bahawa aku bercita-cita menjadi seorang kaunselor ataupu motivator. Seorang yang bergelar kaunselor ataupun motivator kenalah yakin diri dan pandai membuat keputusan samada untuk diri sendiri mahupun untu orang lain. Believe in yourselg wahai diri... yes you can=]

Cita-citaku di mercu...


Semalam aku dan group members untuk subjek counseling pergi buat consultation dengan seorang kaunselor. Alhamdulillah sangat banyak input yang me and my members dapat. Asalnya nak tanya tentang teori person centered therapy because its our topic for presentation. But, so many input yang kitorang dapat from that counselor. At first, he asked us after this nak sambung master terus ke nak kerja. Both of my friends said nak further master dulu. But me??? i think i want to work first. Gain experiences. He said, I think so. He just giving advise to us. kalau belajar psychology ni better keja dulu dalam dua tahun cari pengalaman. Sebab kat kampus we just belajar teori. kalau nak apply belum tentu kita mampu. Apatah lagi kalau terus sambung master keluar nanti mesti blur... But terpulanglah just advise. Hmm... ya in Uia we just learn theory and not really exposed practically. Terima kasih Allah, sebab bagi jalan untuk aku membuat keputusan for my future... Alhamdulillah... erm.. regarding person centered therapy I tell you later ya Madahqalbi=]

Dendang perantau

Hmmm... untuk akli keduanya aku akan menyambut raya haji di bumi kampus. Agak sedih sebab tak dapat balik kampung. Just move on wahai diri... ertinya aku sedang melalui kehidupan. Subhanallah... hanya Engkau saja yang mampu memberikan nikmat pengalaman yang indah-indah buat buat hambaMu...  Terima kasih Ya Allah...

Ada terbaca sinopsis sebuah buku orang yang hebat itu bilamana dia mampu merungkai hikmah sebuah kehidupan ataupun ketentuan... Allah ajarkan aku... supaya diri ini sentiasa positif dengan apa saja ketentuan Illahi akan kehidupan yang ku lalui...

Okeylah MadahQalbi... thats all=]

Wallahua'lam... sekadar bicara hati insan biasa... 

Friday, October 28, 2011

Wahai Jiwa [2]


Wahai MadahQalbi, Seperti yang ku katakan akan bicara hatiku sebagai pngisian buat mu. Sudah semestinya perkara yang menyentuh tentang hati atau kejiwaan. Kadang-kadang bila kita mengetahui hakikat jiwa kita akan membantu diri seseorang untuk bermuhasabah dan memahami diri sendiri. Hal ini, termsuklah memahami psikologi diri iaitu memahami mental proses dan kelakuan diri. Atau, istilah bahasa arabnya pula ialah ’Ilmu Al-Nafs [ilmu jiwa]. Kerana hati memainkan peranan penting dalam membentuk mental proses dan kelakuan manusia.

Daripada Nu’man bin Bashir r.a., daripda Nabi s.a.w:

“Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Jika baik (daging tersebut) maka baiklah seluruh tubuh. Jika rosak (daging tersebut) maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah ia adaah HATI” (Riwayat Muslim no. 1599)  

Menurut Ibn Qayyim Al-Jauziah, di dalam hati seorang manusia terdapat dua jenis potensi:-

  1. Potensi untuk mengetahui (quwwatl i’lmi) dan membezakan
  2. Potensi untuk berkehendak dan mencintai (quwwatul iradah wal mahabbah)

Ketahuilah wahai MadahQalbi bahawa hati kita akan menjadi sempurna bila mana kita menggunakan kemampuan kita untuk mengetahui, memahami, mengenali serta membezakan sesuatu kebenaran dari kebatilan. Dalam masa yang sama kita juga menggunakan kemampuan hati kita untuk berkehendak dan mencintai, mencari serta mengutamakan suatu kebenaran.

Ibn Qayyim juga mengatakan bahawa orang yang tidak mengetahui kebenaran itu adalah sesat. Manakala orang yang tahu akan kebenaran namun lebih menyukai yang lain daripadanya, maka ia dikira maghdub ’alaih (dimurkai). Sedang orang yang mengetahui kebenaran lalu mengikutinya, maka ia mun’am ’alaih (dikurniai nikmat).

Perlu juga diketahui bahawa kedua potensi hati ini tidak akan pernah lenyap. Sebagai hamba Allah yang berharap hidup sentiasa dalam RedhaNya seharusnya menggunakan ilmunya untuk mengetahui kebenaran. Setiap apa yang kita pelajari dan ketahui atas sebab menginginkan kebenaran. Selain itu, manusia juga perlu menggunakan potensi berkehendaknya hanya untuk mengamalkan kebenaran. Jangan sesekali kita menggunakan potensi ilmu serta potensi berkehendak itu pada jalan yang salah ataupun sekadar untuk memuaskan kehendak sendiri. Sedang kehidupan kita hanyalah demi redha Illahi serta menegakkan kalimahNya...

Tambahan pula, manusia itu sesungguhnya memiliki naluri untuk bekerja dan berkehnedak seperti mana sabda nabi saw:

”Sebenar-benar nama adalah Al-Harith (berusaha dan bekerja) dan Hammam (berkeinginan)”

Jadi... ketahuilah bahwa manusia itu punya potensi mengetahu serta membezakan sesuatu kebenaran dari kebatilan. suatu kebaikan dari keburukan serta mempunyai naluri untuk berkehendak kepada kebenaran. Jadi, seharusnya kita gunakanlah sebaiknya potensi ini untuk mencari jalan lurus. Sesungguhnya amat rugilah jika kita mengetahu sesuatu kebenaran dan kebaikan namun, menolak untuk berkehendak kepadanya. Wallahua’lam....

Sekadar bicara hati insan biasa...


Source:
Ibnu Qayyim Al-Jauziah. (2011). Panduan merawat hati & tipu daya syaitan. Selangor: Jasmin Publication.

SeDaNg MeLalui KeHiDuPaN…5


Wahai MadahQalbi… hsmpir selalu aku menjengukmu tanpa sapaan. Kerna aku kehilangan ilham untuk berbicara denganmu… Banyak perkara yang bersarang di lubuk hati.namun sukar untuk diluahkan...

Hampir dua bulan melalui kehidupan di bumi kampus, seperti biasa segala rasa kita alami. Gembira, suka, duka, sedih, kecewa, menangis... Itulah seri kehidupan. kalaulah semua rasa itu tidak dirasai bukan kehidupan namanya...

Common sense

Satu pelajaran baru buatku bila mana aku serta sahabat-sahabatku ditegur tentang common sense. Ya perkara-perkara basic yang kita prlu jaga terutamanya dalam hubungan kita sesama manusia. Sebagai contoh, ziarah-menziarahi, bertnya khabar, mrujuk pada orang yang lebih arif dan banyak lagi. Hmmm.... anak muda zaman ini banyak benar berubah. Hinggakan perkara-perkara basic seperti common sense ini masih perlu diingatkan lagi. Mungkin factor kemodenan dunia yang menyebabkn anak muda semakin menjadi self cntered… Muhasabah buat diri ini...

Final year student vs secretary

Wahai MadahQalbi, semester kali ini adalah sangat penting bagi diriku. Di mana aku perlu membuat pecutan terakhir pada dua perkara. Saat ini aku berada di tahun akhir juga semester akhir. Sudah tentu aku ingin struggle for my study. Dalam masa yang sama aku perlu menunaikan amanahku sebagai seorag setiausaha sebuah kelab. Kedua-duanya amat penting kerana kedua-duanya adalah amanah bagi ku. Allah permudahkanlah jalan dan kejayaan bagiku....

Berhenti berharap

Kisah hati... sungguh aku tidak ada tempat meluah... aku juga manusia biasa yang tidak lari diuji dengan ujian hati. Istikharah yang konsisten dilakukan berhasil dengan sebuah tunjukan. Mulanya aku tidak percaya dan tidak menghiraukan tunjukan itu. Namun kebetulan demi kebetulan membuatkan aku keliru. Allah campakkan perasaan itu sedang aku tidak meminta perasaan seperti ini. Semuanya secara tiba-tiba. Bila difikir-fikir semula, mungkin kerna Allah mendengar doa istikharah itu. Maka benar-benar ditunjukkanNya. Jawabnya hanya redha saja dengan ujian hati yang Allah berikan ini. 4 tahun memendam,  perkhabaran ku terima dia sudah ada pilihan lain. Allah...

Seorang kakak senior berkata yang mana dia juga punya cerita sama seperti ku. Diberi petunjuk namun orang yang ditunjukkan punya pilhan lain. Katanya, tabahlah, anggap saja ini ujian Allah kepada kita. Mungkin juga ini adalah kifarah dosa-dosa lalu kita. Dan kini, Kakak senior ku itu sudahpun berkahwin. Berkat kesabaran dan kebergantungan kepada Allah, allah gantikan ujian hati itu dengan seorang suami yang soleh kepadanya. Mendengar penjelasan itu, aku akur dengan ujian hati ini.  Allah pelihara diri dan hati ini. Doaku Engkau kurniakanlah aku yang terbaik bagi agamaku, urusanku masa kini dan akan datang. Redhai dan permudahkannya untukku... Amiin ya Rabb... 

Maka... aku berhenti berharap pada sesuatu yang tiada kepastian....

Setakat ini saja dulu kisah kehidupanku... akan datang, akan ku coretkan lagi pengisian bermanfaat buatmu MadahQalbi... entry kaliini sekadar saja-saja meluah apa yang terbuku di lubuk hati. Bukanlah suatu pengisian jiwa.  Wassalam...

Sekadar bicara hati insan biasa..