Monday, March 21, 2011

SEDARKAN AKU...

Wahai MadahQalbi... pemilikmu ini ingin mencari kekuatan diri. Merasakan sangat lemah menghadapi dugaan hidup. Astaghfirullah... mana perginya minda mu yg positif wahai pemilik MAdahQalbi... jangan berasa jatuh... Allah ada... Allah ada...

Erm... ku tertanya-tanya sendirian... mampukah aku pergi jauh dalam bidang PSychology ini? kawan-kawan sering menggelar diriku miss psychology. Arghh.... duhai madahqalbi, Label itu hanya membuatkan aku tertekan...


Di saat prestasi akademik yang kian jatuh dan terus jatuh... di saat diriku yang sentiasa hilang fokus... kadang-kadang aku merasakan aku tidak tahu apa pencapaian yg ada pada diriku...
yang hanya aku tahu aku adalah 'tin kosong'...

Astaghfirullah... mengapa jauh benar aku menghukum diri... Tuhan aku hanya manusia... Tuhan aku takut jatuh dan tidak boleh bangun... Ya Allah...

Tika jiwaku bertarung dengan bisikan-bisikan yang hanya membuatkan aku lemas dengan kekecewaan, kesedihan, kerisauan... Tuhan hadiahkan aku mutiara kata buat peneguh jiwa. Ilham itu datang bila aku membaca sebuah novel...

Nasihat seorang kiai kepada anak didiknya:

"Menuntut ilmu kerana Tuhan semata. Beruntunglah kalian sebagai penuntut ilmu kerana Tuhan memudahkan jalan kalian ke syurga. Malaikat membentangkan sayap buat kalian. Bahkan penghuni langit dan bumi, sampai ikan di lautan meminta ampun bagi orang yang berilmu... reguklah ilmu dengan membuka fikiran dan mata hati..." **

Subhanallah... nikmat Allah itu tidak terhitung nilainya. begitu juga nilai menuntut ilmu. Hanya aku yang kufur nikmat dalam menuntut ilmu. Ya Allah izinkan aku menjadi si pencinta Ilmu. izinkan jiwaku merasa indahnya...nikmatnya mereguk ilmu itu Ya Allah...

Setiap insan itu punya cita-cita punya harapan dan punya impian. Dalam meniti hari-hari ke arah merealisasikan mimpi itu bergantung usaha diri kita sendiri menghadapi mehnah ujian. Bergantung pada keuatan diri ataupun putus asa di tengah jalan. Nau'dhubillah ya Allah...

'JANGAN PERNAH REMEHKAN IMPIAN, WALAU SETINGGI APA PUN, TUHAN SUNGGUH MAHA MENDENGAR' **

Yakinlah...yakinlah... Allah tahu, Allah dengar, Allah lihat, Allah ada di sisi...

*Akhirnya MadahQalbi menjadi medan self disclosure ku... hermmm...

** sources: dipetik daripada novel Negeri 5 Menara

Saturday, February 26, 2011

Tuhan... Aku ingin BeRubaH...

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu

Terus aku pulang pada sikap sebelum ku berubah

Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu

Jarang ku terendap dalam sikap dimana ku berubah

Tuhan aku hanya manusia

Mudah berubah lagi dalam sekejap

Tuhan aku ingin berubah

Dan ku bertahan dalam perubahanku

By: Edcoustic

Mendengarkan bait lagu ini hatiku berbicara sendirian…

Cuba melakukan introspeksi diri…

Tuhan aku hanya manusia, mudah berubah,

Tuhan...

aku ibarat lalang yg bila ditiup ke kiri ke kiri, ke kanan ke kanan

Tuhan...

jadikan aku seperti karang dilautan...

yg tidak goyah dilanda badai...

Tuhan aku ingin berubah

dan ku bertahan dalam perubahanku...

Wahai diri... gantikanlah keluhanmu itu dengan istighfar padaNYa..

Sesungguhnya Dia Amat tahu apa yang ada dalam hati mu...

yakinlah dengan sifap Ar-Rahman Nya…

Yakinlah…setiap kesulitan itu bakal diganti dengan kesenangan

Setiap kesedihan itu akan beralih dengan khabar yang gembira..

Cuma sedikit masa lagi…

Allah ingin melihat usahamu, kesungguhanmu…

Ya Allah kepada MU aku berserah segalanya….

Yakinlah… yakinlah…yakinlah dengan Allah

Redhalah… redhalah… redhalah dengan Ujian Nya…

Kilaskan senyuman dibibirmu

tanda redhamu menempuh ketentuanNya

tanda ikhlasnya dirimu bermujahadah...

Allah....

Monday, January 17, 2011

Nota Alam Maya 2: INTERPERSONAL COMMUNICATION

Interpersonal Communication: Form of communication occurs when we interact simultaneously with another person and mutually influence each other.

Semasa lecture untuk subjek Psychology of Human Relation iaitu berkenaan tajuk interpersonal communication (satu komunikasi dua hala antara dua orang), madam kata interpersonal communication berperanan as a tool to forge of maintain relationship, as we as friend, sister, mother, and so on. Dari interpersonal communication sebenarnya it shaping our personal identity. Yup! Kadang-kadang org di sekeliling kita melhat siapa kita based on cara kita berbicara…hmmm…

Oleh itu wahai MadahQalbiku, inginku kongsikan tentang basic model of communication yang ku pelajari di dalam kelas. May be ia boleh jadi tips kepada kita dalam berkomunikasi. Juga membantu kita memahami seseorang dan situasi. Sebab kadang-kadang dalam proses komunikasi sdang berlaku boleh timbulnya salah faham, tak puas hati, serkap jarang, salah dengar, dan sebagainya. Kadang-kadang sebab macam ni kita jadi bengang pada orang yang sedang bercakap dengan kita dan sebgainya.

Basic model of communication terdiri daripada beberapa model seperti berikut:

Sender
- kiranya orang yang memulakan sesuatu perbualan. Boleh jadi kitalah orang tu eheh… atau sape-sapelah…
- apa yang penting bila kita bercakap kenalah jelas
- satu lagi take note for the complexity dalam bercakap. Maksudnya the length of your words. Cakap kena ada fulstop dan nada yang btul. Takut orang slah tafsir apa yang kita nak sampaikan…

Receiver
- kawan kita lah yg sedag bercakap dengan kita. Takkan berckap dengan dinding hihihi…
- sebgai orang yang mendengar kita kena alert, dengar betul-betul, faham apa yang disampaikan oleh sender.
- Biasa terjadi kepada receiver iaitu perceptual distortion iaitu kita dah ada satu mental block e.g. who are defensive person. Hmm…kadang-kadang ada orang bila kita bercakap dengan dia sebenarnya dalam hati dan minda dia dah set dah nak tembak kita. Aduh, bahaya orang camni… takut kalo dakwah kat dia terhijab hidayah eheh.
- Jadi kalo orang nak sampaikan sesuatu kat kita kena tawaduk hati bukan dengan keangkuhan. Walaupun mungkin kita tak setuju dengan kata-kata orang yang bercakap dengan kita atleast terima dan dengar dengan rendah hati sekadar meraikan…

Feedback
- message that receiver sent back to the sender
- satu tips kita boleh buat paraphrase. Maksudnya selepas dengar apa yang kawan kita nak kata, kita cuba cakap semula tp guna ayat kita sendiri. Ini menandakan kita pay attention dan memahami apa yang sedang diluahkan oleh kawan kita kepada kita

Environment
- lebih kepada bagaimana keadaan sekeliling tempat kita berbual atau berbincang. Suasana kematian ke, tempat formal ke…
- emm environment ni will make the message can be accepted or rejected.
- dalam konteks ni, kita kena faham apa perasaan at that time orang yang kita nak bawa bercakap ni. Apa condition at that time and sesuai ke tak kita nak bagitahu apa yang kita nak sampaikan kat dia waktu tu…perlu diambil kira ye…
- lagi satu, melihat kepada situasi semasa proses komunikasi ini berlaku perlu diingat bilamana kita mendapat negative feedback dari kawan kita bercakap ni, so how we accept or respond that –ve message ni? Kena check environment tu sesuai ke tak kita nak bagi respond macam ni… macam ni atau macam ni….

Noise
- is about something that distract our concerntration in communication
- boleh berlaku dalam dua keadaan: internal dan external
- i) internal biasanya in terms of thought, emotion, biological cotohnya tiba-tiba sakit perut, lapar ke
- dalam internal termasuk juga kes ada orang ni punya excessive shyness membuatkan proses komunikasi failed
- ada pulak excessive extrovert (talkative person) sampai block other people chance to speak)
- ii) in terms of external bisanya disebabkan our sight, orang cakap kita tengok benda lain, tiba2 ada smell yang tak menyenangkan, kedaan yang bising macam tu la…
-
Erm… madam pesan, kita belajar teori komunikasi ni bukan setakat teori je but look it as we as a human nature yang mana kita perlu berinteraksi dalam kehidupan seharian kita. Dalam berkomunikasi ita kenalah jaga percakapan, jaga perasaan orang, memahami situasi dan sebagainya….

Look it (communication) as we as a human nature??? Ada something came across in y mind… renungan bersama…

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik…” [An-Nahl, 14:125]

“Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang ruh. Katakanlah, “Ruh itu termasuk urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit.”
[Al-Isra, 15: 85]

Jika dilihat kedua-dua ayat di atas sememangnya kita mengetahui terdapat maksud tersirat dan tersurat dalam ayat tersebut. Walau bagaimanpun, apa yang ingin ku sampaikan sebenarnya tentang kepentingan komunikasi. Bila diteliti kalam Illahi di atas ini menyebut perkataan ‘serulah’, ‘berdebatlah’, ‘bertanya’ dan ‘katakanlah’. Berdasarkan perkataan-perkataan ini menujukkan peranan komunikasi dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, di dalam quran banyak menyebut fi’il amar ‘qul’ yang bermaksud katakanlah termasuklah ayat ke 85 Al-Isra di atas ini menandakan Allah menyuruh nabi berdakwah juga dengan lisannya, salah satu cara berkomunikasi. Nak katanya kepentingan komunikasi ini juga ada disebut di dalam Quran. That’s the point!

Berdakwah dengan lisan, bermusyawarah dengan lisan, bergurau senda dengn lisan, mengadu masalh dengan lisan, bergaduh dengan lisan, mempertahankan diri dengan lisan, dan banyak lagi. Sebab tu kena lihat who are the sender, who are the receiver, bagaimana feedback yang kita dapat dan kita akan respond, apa environment and noise at that time yang kemungkinan boleh menyebabkan suasana menjadi dingin, suram, tegang dan sebagainya….


Wallahua’lam….

Wednesday, January 12, 2011

Kesinambungan Telefon Rosak…

SalamAlaik MadahQalbi…

Kali ni aku ingin menyambung cerita berkaitan dengan entry sebelum ni.=P Firstly, I would like to explain regarding apa yg kami dapat masa buat game ala-ala telefon rosak tempoh hari in terms of cognitive distortion yg berlaku bilamana mesej disampaikan dari sorang ke sorang and at last mesej tu jadi tak betul.

Antara barrier yang menyebabkan semua tu berlaku yang pertama mungkin sebab memory. Ya lah manusia ada yg ingatan dia kuat ada yang susah nak ingat (individual differences). Yang kedua attention. Masa mesej disampaikan ada yang tanya dua tiga kali suruh ulang balik. Nak katanya sebenarnya kita kurang bagi tumpuan ketika member yang menyampaikan tu sedang bercakap. Yang ketiga disebabkan language. Ye lah dah guna bahasa orang putih bukan bahasa seharian kita guna kan, untuk informal aktiviti. Tu yg jadi lambat and susah nak ingat. Ayat and words yang tak familiar diguna seharian dalam perckapan. Kita kan orang malayu mestilah guna bahasa ibunda nak bercakap...

Dan yang last sekali ialah complexity. Maksudnya the length of the message. Message tu agak panjang jgak la untuk diingat dan difahami dalam masa yang singkat dan perlu disampaikan segera. Kadang-kadang kalau kita nak menyampaikan sesuatu kena susun ayat dengan betul dna teratur. Dan kena ada ful stop. Cakap panjang tak berhenti orang pun tak layan eheh=p

Ok, setakat tu ja lah lesson game telefon rosak tempoh hari. Alhamdulillah… I got something weee=P

Tuesday, January 11, 2011

Telefon rosak...

Azlin want to watch Harry Potter Movie with her friends Nina, Nana and zafri. After movie, they took a taxi to the LRT station where they met another friend Sofia
Isnin lalu sewaktu kelas Psychology of Human relation madam buat satu game. kira macam telefon rosak la. At first, 1st person kena hafal text yg madam bagi. Then, dia kena pass mesej tu kat setiap orang. Sampai kepada orang yang terakhir, dia kena tulis balik mesej yg dia dapat. the original message is yg tertera kat atas ni. Dan... tahu tak mesej tu jadi pe eheh:
Adi want to watch a movie with Nana, Lina and Zafri. After movie, they took a taxi to pick up Sofia
Aduih... sangat kelakar. madam pun tak tahan gelak. dalam game ni aku jadi org yang kedua pass mesej. Masa turn aku nak sampaikan kat orang ketiga pun dah ada salah. Tapi sikit ja. yang salah time my part, Lina and Nana tu sepatutnya Nana and Nina. Adeh...
Sebenarnya, madam nak ajar tentang communication process. Hmm... mungkin boleh kaitkan dengan Basic Model of Communication process. Basic Model Communication process kena ada sender, message, receiver, feedback, channel, environment, dan noise. Tapi tak belajar sepenuhnya lagi... to be continued rabu ni weee=P insyaAllah akan ku konngsikan padamu MadahQalbi=P
Apa hikmahnya aku nak tulis di laman madahqalbi ni? hmmm... saja menghibur hati yang lara dan stress kut.... kadang-kadang benda humor ni sedikit-sebanyak buat kita tersenyum. Satu lagi, berhati-hatilah dan telitilah dalam menyampaikan maklumat. jika silap takut jadi fitnah, takut huru-hara boleh berlaku kan... tu ja lah... wallahua'lam...

Hatiku berbunga...

SalamAlaik MadahQalbi...

wah, engkau sudah dihias molek...baru lah nampak berseri. sebelum ni suram dan muram saja eheh... thanks a lot to my bloved sister kak Safraa weee=P. dia yg tolong hiaskan blog ni. tuan madahqalbi hanya tahu mengukir bicara saja tapi tidak tahu menghiaskan laman madahqalbi...

terkejut dan berbunga hati bila buka madahqalbi kelihatan sedikit warna-warni... thanks my dearest sister=p

Wednesday, December 29, 2010

Nota Alam Maya: 01

Salam Alaik wahai MadahQalbi... hmm...tiada kata lain yg ingin ku ungkapkan sebagai pemula bicara. seperti kebiasaan, 'lama benar engkau ditinggalkan sepi...'

hampir dua minggu semester baru berlalu. seperti biasa proses kehidupan di awal semester ini agak stabil. emm... ya lah assiggnment kurang banyak. namun, sedikit perubahan rutin kehidupan yang perlu ku adaptasikan dalam diri [fizikal dan mental]. komitmen dan tanggungjawab yang sedikit bertambah. kerisauan dan ketakutan sentiasa menjadi teman diri. well, apapun yang terjadi ingatlah Allah ada!... Allah itu ada! dan Allah tetap ada bersama kita. peringatan buat semua...

Apa yang ingin ku kongsikan sebenarnya ilmu yang ku pelajari sepanjang hmpir dua minggu berkuliah. banyak yang memberi manfaat kepada ku dan aku teringin sekali berkongsi dengan kalian.

History and Philosopy of Psychology

1st class hari tu prof. Malik Badri (teruja msk kelas seorang psychologist wee=P) cerita tentang sumbangan Muslim scholar iaitu Abu Zayd Al-Bakhi. katanya, jika kita merungkai sejarah Islam yg sebenarnya Al-Bakhi merupakan seorang psychtrist yang banyak menyumbangkan perspective tentang psychological disorder. Subhanallah, hebatnya para ilmuan terdahulu...

Political Psychology

Juga sangat teruja masuk kelas ni. subjek yang diajar oleh prof. Dan Christie. actually, dia bukanlah seorang lecturer. He just visiting professor of IIUM. He is from Ohio State University. Wah, bertuahnya! ahamdulillah. very supporting teacher. cuma kadang-kadang susah nak tangkap dia kata apa uhuhu sebab cara ckap memang lidah orang putih betol. Aish...susah nak tangkap eheh.

Apapun ilmu yg disampaikan lebih menarik =] Political psychology is about the influence of psychology (behavior & mental process) on politics. lebih mudah faham, bagaimana cognition (mental process), attitudes, values, personality, identity dan emotion of individual berhadapan dgn any situation (in term of political in groups and out groups) kemudian menghasilkan the best political behavior...

Psychology of Human Relation

Biasa dipanggil subjek HR. Human relation lebih fokus tentang interpersonal and organisational skill. maksudnya bagaimana kita beromunikasi dan bina hubungan dengan org di sekeliling dan bagaimana kita urus diri or teamwork, buat keputusan dan dealing with others. I think it parallel with Islamic teaching. Dalam Islam sangat menuntut hubungan silaturrahim dan kerjasama sesama manusia. For the 1st lecture, we learn about understanding individual differences. really enjoyed weee=P. yalah kita nak bina hubungan, nak kenal diri, nakbuat keputusan dan sebagainya kena saling mengenali dan memahami setiap manusia yang punya pelbagai ragam kan... Subhanallah...

Exprimental Psychology

wah, juga sangat teruja! ingatkan selama ni benda yang konkrit saja boleh dibuat experiment tp yang construct juga pun boleh. masyaAllah... buat experiment tentang behavior dan cara berfikir manusia. takjub. kalo dgr perkataan experiment mesti terlintas di fikiran tabung uji la, penunu bunsen, dan pape la... tp camne nak uji perlakuan, pemikiran, deria etc manusia ya? hmm...

Ya Allah doaku kurniakan daku perasaan indahnya, nikmatnya dan manisnya menuntut ilmu. sebenarnya aku bukanlah seorang yg bijak pandai dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Tapi teringin menjadi sedemikian rupa. kadang-kadang kemalasan dan ke'stress'an mengganggu diriku. apapun, ia bergantung pada usaha, kesungguhan dan kebergantungan kepada Allah. kuatkan diri ini ya Rabb...... Amiin...

Semoga, tulisan ini menjadi pembakar semangat untuk diri menuntut ilmu...