Monday, January 17, 2011

Nota Alam Maya 2: INTERPERSONAL COMMUNICATION

Interpersonal Communication: Form of communication occurs when we interact simultaneously with another person and mutually influence each other.

Semasa lecture untuk subjek Psychology of Human Relation iaitu berkenaan tajuk interpersonal communication (satu komunikasi dua hala antara dua orang), madam kata interpersonal communication berperanan as a tool to forge of maintain relationship, as we as friend, sister, mother, and so on. Dari interpersonal communication sebenarnya it shaping our personal identity. Yup! Kadang-kadang org di sekeliling kita melhat siapa kita based on cara kita berbicara…hmmm…

Oleh itu wahai MadahQalbiku, inginku kongsikan tentang basic model of communication yang ku pelajari di dalam kelas. May be ia boleh jadi tips kepada kita dalam berkomunikasi. Juga membantu kita memahami seseorang dan situasi. Sebab kadang-kadang dalam proses komunikasi sdang berlaku boleh timbulnya salah faham, tak puas hati, serkap jarang, salah dengar, dan sebagainya. Kadang-kadang sebab macam ni kita jadi bengang pada orang yang sedang bercakap dengan kita dan sebgainya.

Basic model of communication terdiri daripada beberapa model seperti berikut:

Sender
- kiranya orang yang memulakan sesuatu perbualan. Boleh jadi kitalah orang tu eheh… atau sape-sapelah…
- apa yang penting bila kita bercakap kenalah jelas
- satu lagi take note for the complexity dalam bercakap. Maksudnya the length of your words. Cakap kena ada fulstop dan nada yang btul. Takut orang slah tafsir apa yang kita nak sampaikan…

Receiver
- kawan kita lah yg sedag bercakap dengan kita. Takkan berckap dengan dinding hihihi…
- sebgai orang yang mendengar kita kena alert, dengar betul-betul, faham apa yang disampaikan oleh sender.
- Biasa terjadi kepada receiver iaitu perceptual distortion iaitu kita dah ada satu mental block e.g. who are defensive person. Hmm…kadang-kadang ada orang bila kita bercakap dengan dia sebenarnya dalam hati dan minda dia dah set dah nak tembak kita. Aduh, bahaya orang camni… takut kalo dakwah kat dia terhijab hidayah eheh.
- Jadi kalo orang nak sampaikan sesuatu kat kita kena tawaduk hati bukan dengan keangkuhan. Walaupun mungkin kita tak setuju dengan kata-kata orang yang bercakap dengan kita atleast terima dan dengar dengan rendah hati sekadar meraikan…

Feedback
- message that receiver sent back to the sender
- satu tips kita boleh buat paraphrase. Maksudnya selepas dengar apa yang kawan kita nak kata, kita cuba cakap semula tp guna ayat kita sendiri. Ini menandakan kita pay attention dan memahami apa yang sedang diluahkan oleh kawan kita kepada kita

Environment
- lebih kepada bagaimana keadaan sekeliling tempat kita berbual atau berbincang. Suasana kematian ke, tempat formal ke…
- emm environment ni will make the message can be accepted or rejected.
- dalam konteks ni, kita kena faham apa perasaan at that time orang yang kita nak bawa bercakap ni. Apa condition at that time and sesuai ke tak kita nak bagitahu apa yang kita nak sampaikan kat dia waktu tu…perlu diambil kira ye…
- lagi satu, melihat kepada situasi semasa proses komunikasi ini berlaku perlu diingat bilamana kita mendapat negative feedback dari kawan kita bercakap ni, so how we accept or respond that –ve message ni? Kena check environment tu sesuai ke tak kita nak bagi respond macam ni… macam ni atau macam ni….

Noise
- is about something that distract our concerntration in communication
- boleh berlaku dalam dua keadaan: internal dan external
- i) internal biasanya in terms of thought, emotion, biological cotohnya tiba-tiba sakit perut, lapar ke
- dalam internal termasuk juga kes ada orang ni punya excessive shyness membuatkan proses komunikasi failed
- ada pulak excessive extrovert (talkative person) sampai block other people chance to speak)
- ii) in terms of external bisanya disebabkan our sight, orang cakap kita tengok benda lain, tiba2 ada smell yang tak menyenangkan, kedaan yang bising macam tu la…
-
Erm… madam pesan, kita belajar teori komunikasi ni bukan setakat teori je but look it as we as a human nature yang mana kita perlu berinteraksi dalam kehidupan seharian kita. Dalam berkomunikasi ita kenalah jaga percakapan, jaga perasaan orang, memahami situasi dan sebagainya….

Look it (communication) as we as a human nature??? Ada something came across in y mind… renungan bersama…

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik…” [An-Nahl, 14:125]

“Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang ruh. Katakanlah, “Ruh itu termasuk urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit.”
[Al-Isra, 15: 85]

Jika dilihat kedua-dua ayat di atas sememangnya kita mengetahui terdapat maksud tersirat dan tersurat dalam ayat tersebut. Walau bagaimanpun, apa yang ingin ku sampaikan sebenarnya tentang kepentingan komunikasi. Bila diteliti kalam Illahi di atas ini menyebut perkataan ‘serulah’, ‘berdebatlah’, ‘bertanya’ dan ‘katakanlah’. Berdasarkan perkataan-perkataan ini menujukkan peranan komunikasi dalam kehidupan seharian kita. Selain itu, di dalam quran banyak menyebut fi’il amar ‘qul’ yang bermaksud katakanlah termasuklah ayat ke 85 Al-Isra di atas ini menandakan Allah menyuruh nabi berdakwah juga dengan lisannya, salah satu cara berkomunikasi. Nak katanya kepentingan komunikasi ini juga ada disebut di dalam Quran. That’s the point!

Berdakwah dengan lisan, bermusyawarah dengan lisan, bergurau senda dengn lisan, mengadu masalh dengan lisan, bergaduh dengan lisan, mempertahankan diri dengan lisan, dan banyak lagi. Sebab tu kena lihat who are the sender, who are the receiver, bagaimana feedback yang kita dapat dan kita akan respond, apa environment and noise at that time yang kemungkinan boleh menyebabkan suasana menjadi dingin, suram, tegang dan sebagainya….


Wallahua’lam….

Wednesday, January 12, 2011

Kesinambungan Telefon Rosak…

SalamAlaik MadahQalbi…

Kali ni aku ingin menyambung cerita berkaitan dengan entry sebelum ni.=P Firstly, I would like to explain regarding apa yg kami dapat masa buat game ala-ala telefon rosak tempoh hari in terms of cognitive distortion yg berlaku bilamana mesej disampaikan dari sorang ke sorang and at last mesej tu jadi tak betul.

Antara barrier yang menyebabkan semua tu berlaku yang pertama mungkin sebab memory. Ya lah manusia ada yg ingatan dia kuat ada yang susah nak ingat (individual differences). Yang kedua attention. Masa mesej disampaikan ada yang tanya dua tiga kali suruh ulang balik. Nak katanya sebenarnya kita kurang bagi tumpuan ketika member yang menyampaikan tu sedang bercakap. Yang ketiga disebabkan language. Ye lah dah guna bahasa orang putih bukan bahasa seharian kita guna kan, untuk informal aktiviti. Tu yg jadi lambat and susah nak ingat. Ayat and words yang tak familiar diguna seharian dalam perckapan. Kita kan orang malayu mestilah guna bahasa ibunda nak bercakap...

Dan yang last sekali ialah complexity. Maksudnya the length of the message. Message tu agak panjang jgak la untuk diingat dan difahami dalam masa yang singkat dan perlu disampaikan segera. Kadang-kadang kalau kita nak menyampaikan sesuatu kena susun ayat dengan betul dna teratur. Dan kena ada ful stop. Cakap panjang tak berhenti orang pun tak layan eheh=p

Ok, setakat tu ja lah lesson game telefon rosak tempoh hari. Alhamdulillah… I got something weee=P

Tuesday, January 11, 2011

Telefon rosak...

Azlin want to watch Harry Potter Movie with her friends Nina, Nana and zafri. After movie, they took a taxi to the LRT station where they met another friend Sofia
Isnin lalu sewaktu kelas Psychology of Human relation madam buat satu game. kira macam telefon rosak la. At first, 1st person kena hafal text yg madam bagi. Then, dia kena pass mesej tu kat setiap orang. Sampai kepada orang yang terakhir, dia kena tulis balik mesej yg dia dapat. the original message is yg tertera kat atas ni. Dan... tahu tak mesej tu jadi pe eheh:
Adi want to watch a movie with Nana, Lina and Zafri. After movie, they took a taxi to pick up Sofia
Aduih... sangat kelakar. madam pun tak tahan gelak. dalam game ni aku jadi org yang kedua pass mesej. Masa turn aku nak sampaikan kat orang ketiga pun dah ada salah. Tapi sikit ja. yang salah time my part, Lina and Nana tu sepatutnya Nana and Nina. Adeh...
Sebenarnya, madam nak ajar tentang communication process. Hmm... mungkin boleh kaitkan dengan Basic Model of Communication process. Basic Model Communication process kena ada sender, message, receiver, feedback, channel, environment, dan noise. Tapi tak belajar sepenuhnya lagi... to be continued rabu ni weee=P insyaAllah akan ku konngsikan padamu MadahQalbi=P
Apa hikmahnya aku nak tulis di laman madahqalbi ni? hmmm... saja menghibur hati yang lara dan stress kut.... kadang-kadang benda humor ni sedikit-sebanyak buat kita tersenyum. Satu lagi, berhati-hatilah dan telitilah dalam menyampaikan maklumat. jika silap takut jadi fitnah, takut huru-hara boleh berlaku kan... tu ja lah... wallahua'lam...

Hatiku berbunga...

SalamAlaik MadahQalbi...

wah, engkau sudah dihias molek...baru lah nampak berseri. sebelum ni suram dan muram saja eheh... thanks a lot to my bloved sister kak Safraa weee=P. dia yg tolong hiaskan blog ni. tuan madahqalbi hanya tahu mengukir bicara saja tapi tidak tahu menghiaskan laman madahqalbi...

terkejut dan berbunga hati bila buka madahqalbi kelihatan sedikit warna-warni... thanks my dearest sister=p