Friday, October 28, 2011

Wahai Jiwa [2]


Wahai MadahQalbi, Seperti yang ku katakan akan bicara hatiku sebagai pngisian buat mu. Sudah semestinya perkara yang menyentuh tentang hati atau kejiwaan. Kadang-kadang bila kita mengetahui hakikat jiwa kita akan membantu diri seseorang untuk bermuhasabah dan memahami diri sendiri. Hal ini, termsuklah memahami psikologi diri iaitu memahami mental proses dan kelakuan diri. Atau, istilah bahasa arabnya pula ialah ’Ilmu Al-Nafs [ilmu jiwa]. Kerana hati memainkan peranan penting dalam membentuk mental proses dan kelakuan manusia.

Daripada Nu’man bin Bashir r.a., daripda Nabi s.a.w:

“Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Jika baik (daging tersebut) maka baiklah seluruh tubuh. Jika rosak (daging tersebut) maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah ia adaah HATI” (Riwayat Muslim no. 1599)  

Menurut Ibn Qayyim Al-Jauziah, di dalam hati seorang manusia terdapat dua jenis potensi:-

  1. Potensi untuk mengetahui (quwwatl i’lmi) dan membezakan
  2. Potensi untuk berkehendak dan mencintai (quwwatul iradah wal mahabbah)

Ketahuilah wahai MadahQalbi bahawa hati kita akan menjadi sempurna bila mana kita menggunakan kemampuan kita untuk mengetahui, memahami, mengenali serta membezakan sesuatu kebenaran dari kebatilan. Dalam masa yang sama kita juga menggunakan kemampuan hati kita untuk berkehendak dan mencintai, mencari serta mengutamakan suatu kebenaran.

Ibn Qayyim juga mengatakan bahawa orang yang tidak mengetahui kebenaran itu adalah sesat. Manakala orang yang tahu akan kebenaran namun lebih menyukai yang lain daripadanya, maka ia dikira maghdub ’alaih (dimurkai). Sedang orang yang mengetahui kebenaran lalu mengikutinya, maka ia mun’am ’alaih (dikurniai nikmat).

Perlu juga diketahui bahawa kedua potensi hati ini tidak akan pernah lenyap. Sebagai hamba Allah yang berharap hidup sentiasa dalam RedhaNya seharusnya menggunakan ilmunya untuk mengetahui kebenaran. Setiap apa yang kita pelajari dan ketahui atas sebab menginginkan kebenaran. Selain itu, manusia juga perlu menggunakan potensi berkehendaknya hanya untuk mengamalkan kebenaran. Jangan sesekali kita menggunakan potensi ilmu serta potensi berkehendak itu pada jalan yang salah ataupun sekadar untuk memuaskan kehendak sendiri. Sedang kehidupan kita hanyalah demi redha Illahi serta menegakkan kalimahNya...

Tambahan pula, manusia itu sesungguhnya memiliki naluri untuk bekerja dan berkehnedak seperti mana sabda nabi saw:

”Sebenar-benar nama adalah Al-Harith (berusaha dan bekerja) dan Hammam (berkeinginan)”

Jadi... ketahuilah bahwa manusia itu punya potensi mengetahu serta membezakan sesuatu kebenaran dari kebatilan. suatu kebaikan dari keburukan serta mempunyai naluri untuk berkehendak kepada kebenaran. Jadi, seharusnya kita gunakanlah sebaiknya potensi ini untuk mencari jalan lurus. Sesungguhnya amat rugilah jika kita mengetahu sesuatu kebenaran dan kebaikan namun, menolak untuk berkehendak kepadanya. Wallahua’lam....

Sekadar bicara hati insan biasa...


Source:
Ibnu Qayyim Al-Jauziah. (2011). Panduan merawat hati & tipu daya syaitan. Selangor: Jasmin Publication.

No comments:

Post a Comment