Thursday, June 21, 2012

I LoVe LiViNG LifE



Nick Vujicic


"When I was 10 years old I tried to commit suicide. I had lost my hope. I tried to drawn my self but i couldn't do it. God had plan for my life, to give hope to other people through my story." -Nick Vujicic- 


Benar... setiap ciptaan Allah itu ada fungsinya. Mengapa kita yang terpilih untuk hidup di dunia ada hikmahnya. Mengapa kita terpilih untuk  menerima ujian Nya pasti ada hikmahnya. Apa yang perlu kita ingat jangan sesekali putus asa!!!

Subhanallah... menakjubkan sungguh ciptaan Allah ini. Insan yang bernama Nick Vujicic. Terdetik rasa kagum di hati ini dengan ketabahan serta kebijaksanaannya merungkai hikmah kehidupan. Merungkai hikmah di sebalik ketentuan hidupnya. Ketentuan hidup bahawa dia seorang yang tidak punya tangan dan kaki yang tidak sempurna. Dia insan yang kurang sempurna sifat fizikal tapi mampu bersyukur dengan apa yang ada padanya...

Berkata tentang SYUKUR... ya, manusia selalu saja lupa diri dengan nikmat yang ada. Sentiasa tidak rasa cukup. Maka bermuhasabahlah, berbicaralah dengan jiwa sendiri bahawa ada yang lebih kasihan kehidupannya tapi mereka gembira. Hanya satu jawapannya, maka bersyukurlah.

Apa yang menarik perhatian diri ini pabila pemuda ini mengungkap kata "... God had plan for my life, to give hope to other people through my story". Sungguh diri ini benar-benar tersentuh dengan kata-kata itu.


Kata-kata itu ingin sekali ku kaitkan dengan mereka yang hampir berputus asa dengan hidup sendiri. Disebabkan kegagalan mungkin. Ataupun musibah yang menimpa. Jika kita fikir-fikirkan, bila tiada ujian kesusahan itu, mana mungkin manusia faham erti menghargai. Menghargai nikmat yang ada.

Bila kita gagal, itu sebenarnya burning desire untuk kita bangun dan berjaya. Bila kita sedang tertekan itu bererti sudah tiba masanya kita menenangkan diri. Bila musibah menimpa itu didikan langsung supaya kita menjadi seorang yang tabah. Bila kita takut itu juga turning point untuk jadi berani. Biarpun satu saat diuji dengan mempunyai attitude buruk sekalipun itu juga peringatan bahawa perlunya berubah to be a better person.  


Ya, mari kita mengambil iktibar dari kata-kata si pemuda istimewa ini. Jika kamu menghadapi kegagalan lantas suatu hari kamu berjaya. Selepas kejayaan itu mungkin kamu juga bakal mengatakan kepada yang lain "... God had plan for my life, to give hope to other people through my story".


Jika kamu menghadapi musibah dan hampir berputus asa dalam hidup. Namun, tetap bertahan dan bersabar. Akhirnya, Allah gantikan kehidupan kelam itu kepada cahaya. Dan saat itu kamu juga mengungkap kata "... God had plan for my life, to give hope to other people through my story".


 Indah bukan kehidupan ini... Ingatlah bahawa setiap apa yang kita hadapi, apa yang ditentukan Allah untuk kita lalui segalanya punya hikmah dan pengajaran. Itulah namanya kamu sedang melalui kehidupan. Apa yang penting jangan sesekali berputus asa. Serta bijaklah merungkai hikmah kehidupan. Dan janagn lupa sentiasa mohon petunjuk dari Nya agar tidak sesat mentafsir kehidupan... Wallahua'lam...


"I love living life, I am happy" -Nick Vujicic-
Mendoakan agar si pemuda istimewa ini Nick Vujicic mendapat Hidayah dan Taufiq terbesar dari Nya iaitu Islam. Semoga dia mampu merungkai hikmah kehidupan yang paling bermakna ini. Allahumma Ameen...

Sekadar bicara hati insan biasa

No comments:

Post a Comment