Wednesday, September 29, 2010

Group Counseling Session 3

Wahai madahqalbi dsebabkan aku tidak dapat meghadirkan diri untuk group counseling for 2nd session, jadi tidak ada apa-apa yang boleh ku kongsikan kepada mu. Saat group member melaksanakan sesi kunseling tersebut malang tidak berbau kaki ku telah terseliuh. Namun, akan ku kongsikan pengalaman daripada sesi group counseling yang ke 3.

2 september 2010 (Khamis) bertempat HS LR11. Sesi group counseling kali ke-3. Kali ini our leader ataupun kaunselor kepada kami cuba membawa isu tentang subjek group counseling (PSYC 4340) sendiri. Bagaimana penerimaan kami sepanjang lecture yang telah berlangsung.sebelum itu leader cuba memastikan semua bersetuju untuk membincangkan tentang topik tersebut.

Dalam sesi ini kami sebagai client cuba berkongsi pendapat dan perasaan apabila belajar subjek group counseling PSYC 4340. Dan aku tidak ketinggalan meluahkan isi hatiku.

Sebelum itu aku tertarik dengan kata-kata our leader for this group counseling as our counselor. Katanya ‘group counseling akan terjadi jika ada nya voluntary’. Dalam konteks melaksanakan assignment ini iaitu praktikal group counseling session perlunya ada sikap voluntary. Maksudnya, seorang leader kena voluntary untuk memulakan bicara, voluntary untuk menetapkan waktu untuk mengadakan group counseling session, voluntary berlagak seorang ketua ataupun kaunselor dan sebagainya. Sebagai client pula perlu menjdi voluntary untuk meluahkan masalah, pandangan dan sebgainya. Jika tiada kerjasama dan komunikasi dua hala ini sesi group kaunseling jadi suram. Walaubagaimanapun, seorang kaunselor itulah yang kena pandai mengatur bicara dan membina suasana agar client mampu menanam kepercayaan.

Bila bercakap tentang voluntary, aku terkenang dengan satu perkataan iaitu ‘pemula’. Aku selalu mengatakan ‘I’m just a trigger not a starter’. Kadangakala banyak benda yang ingin ku lakukan dan ingin menyumbang sesuatu. Tapi aku hanya mampu menjadi pencetus sesuatu tetapi bukan aku sebagai pemula langkah melaksanakan sesuatu. Sebenarnya kata-kataku ini sangat menunjukkan aku tidak berkeyainan menjadi seorang ketua. Muhasabah untuk diriku. Itulah hikmah our leader memulakan bicara dengan menyentuh tentang voluntary. Seperti kata-kata hikmah yang baru saja terbaca oleh ku “Tanpa permulaan, anda tidak akan ke mana-mana”…

Kemudian seorang group member cuba pula mempersoalkan katanya ‘boleh ke semua orang jadi leader?’ gulp, soalan itu membuatkan aku turut tertanya-tanya pada diriku.

Kemudian, aku cuba meluahkan apa yang tertanam di hati (uhuk…). Sebenarnya aku sangat seronok belajar group kaunseling. Apatah lagi di dalam kelas kami banyak melakukan praktikal. Bagi silibus group kaunseling yang mengajar tentang skill-skill yang perlu ada pada seorang kaunselor serta stage-stage dalam mengendalikan sesi group counseling. Banyak manfaat yang telah ku perolehi. Malah skill-skill tersebut boleh diaplikasikan bila-bila masa. Contohnya, bilamana seorang kawan telah mengadu sesuatu kepada kita. Dalam pembelajaran subjek ini, fakta mengatakan bahawa seorang kaunselor itu adalah seorang leader. Oleh itu, kami turut belajar tentang cirri-ciri seorang leader.

Namun, apa yang menjadi bebanan difikiranku adalah berkenaan diriku sendiri. Walaupun merasakan seronoknya belajar ilmu kaunseling. Bestnya menjadi seorang kaunselor. Tapi ia sangat bertentangan dengan personality diriku. Menjadi seorang pemula, menjadi seorang yang ramah. Agak sukar bagiku. Tapi aku sangat berminat untuk menjadi seorang kaunselor, mengendalikan program-program motivasi, membantu orang sekeliling. Tapi…..mampukah aku???

Our leader bersuara lagi, sebab tu lah kita kena ada sel efficacy yang tinggi. Kita kena percaya dan yakin bahawa kita mampu untuk melakukan sesuatu. Ya memang benar! Dan…kita perlu sentiasa memperingati diri dan bermuhasabah untuk meyakinkan diri sendiri...

Leader kemudiannya cuba menggunakan skill feedback dan suggestion setelah mendengar luahan hatiku. Leader member pandangannya, ya setiap orang punya personality tersendiri. Ada yang introvert dan ada yang extravert. Tak semua kaunselor yang ada dari beginning lagi da jadi expert mengendalikan sesi kaunseling. Seperti yang kita belajar, kaunselor akan diberikan training untuk master segala skill dan theory kaunseling. Katanya-katanya sedikit membuka mindaku dan menenangkan keresahan hatiku.

Hmmmm…..cukup setakat ini saja ya madahqalbi perkongsianku untuk group counseling session. Satu lagi, bagi sesi yang ketiga ini aku sudah meraskan sense of belonging dalam kumpulan telah terbentuk. Aku menyedarinya bilamana seorang member tidak dapat hadir sesi kali ini. Masing-masing risau dan cuba mencari inisiatif agar dia tidak ketinggalan untuk menulis report jurnal nanti. Selain itu, aku yang penakut ini sudah mula berani bergurau senda dengan mereka yang lain. Satukan hati kami ya Rabb….

No comments:

Post a Comment