Wednesday, September 29, 2010

Public Relation VS Public Speaking- Which one you have to recover first?

Saat menaiki pesawat untuk pulang ke tanah airku ramadan lalu satu peristiwa telah berlaku yang mana peristiwa itu membuatkan aku berfikir dan berfikir. cuba memuhasabah atas kelemahan diri. Syukur ya Rabb kerana qada dan qadar Mu inilah yang memberi satu hikmah kehidupan kepadaku.

Menaiki pesawat kali ini aku mendapat seat paling belakang sekali. duduk sekali denganku seorang gadis yang juga sebaya ku lagaknya dan seorang uncle cina. Dua jam setengah perjalanan membuatkan aku tidak tahu untuk berbuat apa mengisi masa. Jika membaca buku akan membuatkan aku sakit kepala. Aku memerhatikan uncle cina yang duduk di sebelah gadis yang ku katakan tadi. Owh, dia sedang membaca bible. hmmm....biarkan saja. i made my assumption, may be uncle seorang yang pious in his religion. gadis disebelahku sedang tidur.

Bila saja gadis disebelahku terjaga uncle tadi cuba mengajak kami borak bersama. Huh, topik yang dibualkan bukanlah calang-calang topik. ia melibatkan isu aqidah dan maruah diri kita sebagai muslim. sebenarnya uncle tadi cuba berdakyah kepada kami. Lantas aku teringat saat uncle membaca bible tadi. patutlah....

Uncle cuba memuji kebesaran Allah swt. siap sebut Allah swt dengan lurus dan Allahuakbar. Dia mengakui bahawa Allah lah berkuasa ke atas manusia dan seluruh alam. Dia menciptakan kita dan alam semesta. Dia meniupkan ruh ke dalam diri manusia supaya manusia rasa kekuasaan tuhan dan kewujudannya. Saat dia berkata begitu aku jadi konfius. Ada benar kata-katanya. i think uncle ni sedang mencari kebenaran barangkali. dia membaca bible tadi mungkin untuk mengkaji. Cuba bersangka baik terhadap uncle.

Kemudian dia menyambung bicaranya. Uncle kata lagi bahawa agama mengajar kita buat baik. Tapi kebaikan yang diajar agama tidak menjamin masuk syurga. Sebab manusia sejak lahir memang berdosa…

Now aku faham. Dia bukan mencari kebenaran tapi sedang berdakyah. aku cuba memotong kata-katanya dan bertanya.

'Kenapa uncle kata manusia tu berdosa sejak kecil?'

uncle jawab macam ni, berdosa yang dimaksudkan sini bukanlah beerti berdosa buat jahat, tidak. Tapi berdosa dalam konteks ini bermaksud ingkar pada yang berkuasa. contohnya, bila seorang kanak-kanak ingkar kata-kata ibu bapanya beerti dia berdosa. kerana ibu bapa adalah orang yang berkuasa pada anak-anak.

Nak katanya kat sini walaupun seorang kanak-kanak yang masih tidak tahu memikirkan buruk dan baik masih tak berakal lagi tapi once dia ingkar kata ibu bapa dia berdosa. Sebab ibu bapa adalah orang yang berkuasa ke atas anak-anaknya. Then, barulah uncle sebut history bayi yang lahir itu berdosa disebabkan kisah nabi adam dan hawa.

aku cuba menerangkan kepada uncle tentang kepercayaan kita sebagai muslim. Bagi islam bayi yang lahir adalah suci daripada dosa. then, i suggested to him baca buku psychology of personality perspective in islamic perspective by Amber Haque & Yasien Mohamed. buku tu menerangkan tentang human nature (fitrah) in islamic perspective. kataku lagi kepada uncle bila aku memberikan pandangan tentang islam but i'm not to be bias. i just want to share what I've learnt and believed. dan, aku cuba menerangkan uncle, when i talk about islamic perspective don't see islam as religion but see it as the way of life and as one perspective. if we learn about western ideology why not we learn in islamic perspective as well.

uncle terima. then, he said he alreay read quran 2 times and lots of psychology books. uncle kata, dia ada hujah untuk mengakkan bahawa manusia itu berfitrahkan mempunyai dosa sejak azali.

sedang perbualan kami menjadi semakin hangat namun waktu tidak mengizinkan. pesawat telah pun selamat mendarat. setiap kali aku ingin berbicara uncle tak bagi chance untuk bersuara. bila semua orang sibuk untuk turun dari perut kapal terbang uncle juga bergegas turun dan meninggalkan perbicaraan kami tanpa noktah. walaubagaimanapun, uncle sempat berkata, '"im proud of you bacause you concern with your belief and your religion teaching. sekurang-kurangnya kamu ada pendirian kamu sendiri"

kata-katanya itu bukan menambah bangga kepada diriku. tetapi menyebabkan aku diselubungi rasa bersalah dan takut. aku takut kalau-kalau bicara ku tadi akan membuatkan uncle tadi menjadi lebih arrogant. dan aku takut bicaraku tadi hanya menampakkan aku seoarng muslim yang lemah. takut menjadi fitnah kepada islam. aku menginsafi kelemahan ku dalam berhujah. mungkin disebabkan kurangnya ilmu.

saat uncle memulakan dakyahnya. aku cuba meletakkan harapan agar uncle boleh mendapat sesuatu daripada kata-kataku. maksudku sesuatu yang mengesan jiwanya melihat kebenaran. tapi apa yang terjadi im speechless. tidak terkata aa-apa pun...

peristiwa ini telah ku ceritakan kepada family di rumah. kata bapa kepadaku, kadang-kadang bicara yang simple dan mudah difahami lebih mengesan jiwa. bila bapa mengatakan begitu satu idea terlintas difikiranku:

kalaulah manusia sejak lahir lagi berdosa. bayangkan bayi yang baru lahir itu telah meninggl dunia. kejam sangatkah tuhan untuk memasukkan bayi yang tidak tahu apa-apa itu ke dalam neraka?

Namun, sudah terlambat! aku hanya mampu berdoa agar uncle tadi dibukakan pintu hidayah. dan muhasabah untuk diri ku. kena bijak dalam berbicara mengikut situasi dan ragam manusia, kena ada ilmu dan keyakinan....ya Allah permudahkannya untukku dan tunjukkan aku jalan ya Rabb...


Sekadar bicara insan biasa...



No comments:

Post a Comment