Wednesday, April 6, 2011

YES… You’re! A LEADER… [Bahagian 2]

Jika di bawah title ini bahagian 1 agak menunjukkan negative things. Dan hanya dicounter kat part ibrah dan muhasabah saja yang positive. So, bahagian 2 ini aku akan muatkan dengan kata-kata yang membangun khusus buat diriku. Nak baiki diri kena ada minda yang positif kan. Then, jika ada yang membaca this secret blog apa yang aku ingin korang dapat from my words bahawa indahnya hidup ini jika kita benar-benar cuba untuk memahami hikmah kehidupan iaitu hikmah disebalik qada dan qadar Illahi. Secara tidak sedar apa yang kita lalui seharian sebenarnya suatu tarbiah secara langsung dari Allah yang membantu kita untuk memperbaiki diri. Subhanallah…

Antara harapan dan kenyataan letakkan keredhaanmu di hadapan…

“… boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahu.” [Al-Baqarah, 2:216]

Benar… Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. Ya mungkin pada mulanya memang diri ini tidak layak untuk menjadi seorang leader. Tapi Allah memberi peluang menjadi secretary dalam gerak kerja dakwah islam sebagai pemula untuk menjadi layak.

Bila mengimbau hari-hari,pengalaman-pengalman lalu ku… sewaktu sekolah menngah dahulu aku juga pernah dilantik menjadi setiausaha kelab. Bila masuk ‘u’ juga seringkali aku digandingkan dengan jawatan secretary. Malah pernah menjadi secretary Humanitarian Walk yang merupakan national event of IIUM. Secretary program untuk MISi Club dan Maaruf Club. Padahal aku sangat benci dan sangat lemah kerja-kerja menaip, mencatat, dokumentasi dan yang sewaktu dengannya. Tapi mengapa aku sering saja terlibat dalam kerja-kerja sedemikian rupa? Mengapa aku sering saja menerima kerja-kerja tersebut walau sebenarnya amat berat bagiku? Aku tidak punya jawapan… Mungkin itulah yang dimasudkan kita merancang untuk diri sendiri dan Allah juga turut merancang untuk kita.

Ada seorang kakak senior berkata kadang-kadang kita selalu diuji dengan perkara yang sama. Tahu sebab apa? Maknanya kita belum lagi berjaya mengatasi masalah tersebut. Sebab tu Allah uji lagi dengan perkara yang sama. Allah nak tarbiah kita dengan perkara yang kita lemah. Bila kita berjaya mengatasi kelemahan tersebut makananya itulah kejayaan dalam kehidupan. Ermm.. berfikir sejenak… benar! Seringkali diuji untuk memegang jawatan yang dibenci lantaran sebab kelemahan yang ada pada diri, maknanya Allah ingin aku berjaya mengatasi ujian memegang amanah sebagai seorang secretary. Ataupun Allah ingin memberi aku peluang memperbaiki kelemahan diri dengan menjadi seorang setiausaha.

Cognitive Behavioral Therapy

Bila difikir-fikir tarbiah Allah ini sama seperti salah satu therapy untuk pesakit yang mengalami psychological disorder iaitu cognitive behavioral therapy (CBT). CBT therapy kebiasaannya untuk orang yang fobia. Pesakit akan berhadapan dengan perkara yang ditakutinya. Gradually therapist cuba membantu pesakit menghilangkan rasa fobia dengan cara kita kena berhadapan dengan ketakutan itu. Bukan mengelak! By the way there are certain ways or procdures lagi dalam CBT ni untuk mengelakkan something unwanted brlaku terhadap pesakit. Cuma secara general CBT ialah as I said earlier. So, beruntunglah diri kita yang diterapikan secara langsung dari Allah. Allah nak kita berhadapan dengan perkara yang kita lemah dan tak suka bukan sebgai bebanan tapi untuk kebaikan masa depan. Mengelak bukan jalan penyelesaian. Sebab tu Allah tentukan kita kena berhadapan dengan perkara yang kita lemah sehinggalah kita berjaya melaluinya dan akhirnya kita akan merasakan satu kemenangan pada diri. Terima kasih Tuhan…

Counselor is a leader...

Aku punya cita-cita untuk menjadi seorang kaunselor. Aku teringin untuk membantu dan membimbing mereka-mereka yang memerlukan. Kegemaranku adalah handle program-program motivasi. yes, I like it! Tapi banyak lagi perkara-perkara yang perlu aku baiki dalam diri. Dan banyak lagi skills yang perlu aku improve dalam diriku. I will… and I can do it! Bila belajar subject group counseling, perkara yang pertama diajar oleh my lecturer ialah ciri-ciri seorang leader. Hmm… kenapa pula belajar pasal leadership ni? Sebab seorang counselor juga adalah seorang leader. kerana dia perlu memimpin his/her clients. So? Berfikir lagi…. Sungguh siapa aku untuk memepersoalkan takdir Illahi. Allah memilih diri ini bergelar seorang pimpinan adalah suatu nikmat. Sungguh Dia maha mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Lantaran cita-citaku yang ingin menjadi seorang counselor, maka Dia latih aku duluan, sebelum aku sendiri mengorak langkah. Tuhan…

Counselor as a Dai’e

Counselor itu juga berperanan untuk memberi nasihat dan membimbing manusia. Tidak kurang sama dengan tugas seorag dai’e. sama saja. Jika dalam quran mengatakan seorang dai’e perlu menyeru manusia dengan hikmah dan bijaksana (Al-Nahl: 125), dan ayat inilah juga digunakan dalam lecture ku menunjukkan tugas seorang kaunselor. Tugas seorang kaunselor dan dai’e itu adalah untuk menyentuh hati-hati manusia memberikn kesedrn kepda mereka. Dan lecturerku sendiri mengatakan, theraphy yang terbaik bilmana kita memasukan elemen-elemen islam dalam sesi kunseling ataupun therapy. Sebagai umat islam kita kena yakin dan percaya hanya Allah yang mampu menyelesaikan masalah-masalah hambaNya. Taqarrub billah dan mengharap pada Allah itulah yang penting. Dan itulah tugas seorang counselor dan dai’e menyedarkan perkara itu kepada manusia-manusia yang lain. Jadi, perlukah lagi kau mempersoalkan whether you deserve to be a leader or not? Gantikanlah persoalan itu dengan keredhaan dan syukur. Allah sedang melatih dan memberi peluang padamu wahai diri! Jangan lepaskannya. Grab it! Strive to do the best!

Reinforcement + Burning Desire

Jika menunggu diri sendiri yang bergerak mengorak langkah… entahlah kita tidak tahu bila akan tiba waktu itu. Jadi kerana sayangnya Tuhan dengan hambaNya maka Dia terlebih dahulu merencana sesuatu untuk diri kita. Takdir yang tertulis bahwa aku seorang pimpinan, aku seorang dai’e adalah satu reinforcement dan the best burning desire untuk kita mengubah kelemahan diri. meningkatkan skills pada diri. Tapisan Allah itu bersebab. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Yakinlah wahai diri..

I’timad ala nafsi

Well, Nikmat Allah itu tidak tertanding nilaiannya. Allah sudah beri kita peluang, Allah sudah beri banyak pertolongan. Dan Allah secara langsungnya memberi medan tarbiah dan latihan. Hanya bergantung pada diri sendiri selebihnya!

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..” [Ar-Ra’d, 13:11]

Kena bersungguh-sungguh, kena tanam niat dan azam yag kuat. Allah tidak akan sia-siakan kerja keras seorang hamba. Memetik sebuah kata-kata:

‘Man shabara zhafira. Siapa yang bersabar akan beruntung. Jangan risaukan penderitaan hari in, jalani sahaja dan lihatlah apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Sebab yang kita tuju bukan sekarang tetapi ada yang lebih besar dan asas, iaitu menjadi manusia yang menemukan misinya dalam hidup.’ [Dipetik dari Novel Negeri 5 Menara, p. 125-126]

Dan perlu diingat juga tujuan hidup kita yang sebenarnya. Kejayaan yang ingin kita perolehi, proses untuk pembaikan diri, segala usaha dan pencapaian kita hanyalah semata-mata untuk islam dan mardhatillah…

Muhasabah buat diri yang hina…

No comments:

Post a Comment