Maka
Bersyukurlah...
“Akak macamana
dengan akademik akak ok tak? Mesti ok
kan! Saya sedih la akak sebab prestasi akademik makin jatuh. diri saya sendiri
pun dah rasa jatuh sangat. Tak tau camne nak bangun. Akak macamana?” . Tanyaku
kepada seorang kakak senior.
Dia tersenyum
lalu menjawab, ”Akak ni dik, dapat masuk U ni pun akak dah syukur sangat dah.”
Kata-kata yang
cukup simple tapi cukup membuatkan
hati ini terkesan dengan kata-katanya. Ibrah dari perbualan ku bersama kakak
senior ku ini adalah sejauh mana kita bersyukur dan redha dengan setiap
ketentuan Illahi...
’Alhamdulillah... selepas ini bakal melalui dunia
baru... Dunia orang dewasa, the world of work... takut
rasanya........... (^_^)v vs (T_T)...’
Kata-kata di atas
adalah kata-kata yang ku post kan
sebaik sahaja aku menyemak result exam
terakhirku. Kemudian seorang sahabat memberi komen ’mesti dapat result gempak
kan...’. Hmm... mungkin disebabkan aku menulis perkataan Alhamdulillah.
Sebenarnya itu hanyalah ucapan syukur kerana lulus pepriksaan exam terakhirku.
Result tidaklah gempak mana. Hanya cukup makan... Namun, aku cuba mendidik hati serta mengajar
diri ini erti meredhai erti mensyukuri...
Jika diikutkan
hati, diri ini cukup kecewa kerana result meleset dari target. Jika diikutkan
perasaan, mahu saja diri ini mepersoalkan bahawa aku cukup berusaha,
sehinggakan sebelum result keluar aku sangat-sangat yakin bahawa aku mampu
mencapai target yang ku tetapkan pada diri. Ya, sangat yakin.
Tapi, aku cuba
mengingatkan diri sendiri, wahai diri dan hati bukankah kau ingin mendidik diri
untuk sentiasa redha dan syukur. Bukankah itu mampu melahirkan positif pada
minda bukan... Benar...
Maka
bersyukurlah. Itulah yang terbaik. Walau nikmat itu hanya sedikit, hanya
secebis. Sekurang-kurangnya diri ini merasa kekuasaanNya. Diri ini semakin
yakin bahawa ada Dia di dalam kehidupan kita. Kita berusaha tetapi Dialah yang
berkuasa memberi rezeki.
Bersyukur walau
secebis nikmat sekurangnya mampu mendidik kerendahan hati.
Alhamdulillah
syukur... walau nikmat akademik kian ditarik namun Dia memberi Nikmat lain yang
lebih berharga. Iaitu nikmat kesedaran dan kerendahan hati, erti redha dan erti
syukur, erti menghargai...
Namun, ku percaya
nikmat itu hanya ditarik buat sementara waktu, Dia pasti menyimpannya hanya
untuk mentrabiah diri ini lebih hebat kelak. Agar diri ini tidak lalai dan
sombong jika asyik diulit kejayaan saja. Sedangkan merasai kepayahan dalam
menuntut ilmu itu lagi indah berbanding mendapatkannya sekejap mata. Yakinlah
wahai diri... Allah tidak akan mensia-siakan ketabahan mu...
Diuji dengan
kejatuhan...
”Kak, mengapa aku
diuji macam ni, akademik makin jatuh, self esteem semakinjatuh. Interperonal
skill dengan orang sekeliling pun semakin merosot. I lost my self I lost
everything. Kenapa aku jadi macam ni? Camna aku nak jadi seorang kaunselor? sedang diri semakin bermasalah!” Luah
ku kepada kak Safra. kakak kandung yang sentiasa menjadi tempat mencurah hati.
Saat ujian dengan
kejatuhan bermula ku akui agak sukar menerima ujian ini. Susah untuk
mempositifkan diri. Terasa hidup menjadi gelap. Mana tidaknya, kejatuhan yang
mendadak dari segala aspek membuatkan aku benar-benar bungkam. Tidak tahu
bagaimana untuk menenangkan diri.
Jika pada mulanya
akulah yang paling baik dari segi akademik dalam adik-beradik. Akulah yang
berpeluang bersekolah di sekolah yang di list
kan antara yang terunggul di negeri ku. Dalam kalangan kawan-kawanku, aku
juga antara yang dapat result paling baik sewaktu di bangku sekolah dahulu. Namun,
tidak lagi sekarang bila diriku berada di dunia kampus.
Jika dulu, aku
seorang ramah, namun, kejatuhan akademik memberi efek yang besar. diri ini
merasakan semua orang tahu aku telah jatuh. Hubungan sosial ku terganggu.
Lalu kak safra
memujukku, ”Sabarlah, jatuh tak semestinya tak pandai. tak semestinya bodoh.
Bukankah cita-cita kau nak jadi seorang kaunselor. Mungkin Allah saja uji
dengan pelbagai masalah supaya satu hari nati kau akan jadi kaunselor yang
mampu menjiwai masalah-masalah client kau nanti...”
Mendengar
kata-kata itu, butiran air jernih menitis-nitis dari kelopak mata. Bibir
mengungkap istighfar. Dalam masa yang sama cuba bertasbih dan bertahmid pada
yang Esa...
Allah... rupanya
Engkau sedang mentarbiah diri ini... Benar... seorang kaunselor perlu menanam
sifat empati pada diri. Agar lebih mudah menjiwai hati-hati mereka yang
bermasalah yang datang menuntut pertolongan dariku kelak...
Kerana ujian ini
aku mempelajari ilmu hikmah yang lebih lumayan nilainya. Kata Hasan Al-Basri
lambang kehebatan seorang manusia adalah ilmu hikmah. Hikmah diuji dengn
kejtuhan mungkin Allah ingin mendidik diri ini agar tidak sombong. Aku sudah
puas diberi nikmat kejayaan suatu ketika dulu. Takut-takut aku lupa diri dan
bermegah-megah lalu Allah menurunkan ujian kejatuhan buat diriku. Maka
bermuhasabahlah wahai diri...
Dalam satu kajian
psychology berkenaan maksud intelligence
para scholar telah mengkelaskan maksud intelligence
dan salah satunya adalah crystallized
intelligece. Ia bermaksud kebijaksanaan yang diperolehi dan terbentuk
melalui segala pengalaman yang dilaluinya. Bukankah kegagalan itu juga suatu
pengalaman?
Cita-citaku di
mercu...
Jangan pernah
remehkan impian mu wahai pemilik MadahQalbi... Sungguh Tuhan maha mendengar...
Ya Allah... kuatkan hati ini ntuk terus tabah dan berusaha menggapai kejayaan hidup dan cita-citaku...
Sekadar bicara hati insan biasa...
jika kau ingin bermandikan kemuliaan
ReplyDeletejgn puas dgn apa yg ada di bawah bintang
sbb rasa kematian utk urusan kecil
seperti rasa kematian utk perkara besar
(AlMutannabi)
kata Iman Syahid, Impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. dan kenyataan hari ini adalah buah dari impian kita kemarin.
~jgn takut punya cita-cita~
"berlari mengejar bintang"