Monday, August 8, 2011

Campur Tangan Tuhan dalam Kehidupan



“Sesungguhnya urusanNya bilamana Dia menghendaki sesuatu Dia berkata: Jadilah! Maka terjadilah.” [Yaasin:82]

Bilamana Allah menghendaki sesuatu itu, maka sekelip mata saja akan terjadi. Begitu juga dalam sebuah kehidupan. Allah mampu merubah hidup seseorang sekelip mata. Jika seseorang itu dulunya miskin siapa sangka esok dia menjadi kaya. Jika seseorang itu sentiasa berjaya siapa sangka lusa dia menemui kegagalan.

Sungguh setiap apa yang telah Allah rencanakan untuk kita pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitulah Lisa cuba meyakinkan dirinya lantaran menngenangkan kisah hidupnya sebelum bergelar seorang isteri.

Lisa merupakan seorang gadis yang periang dan ramah. Namun, di sebalik keramahannya dia juga merupakan seorang yang tegas dan agak panas baran. Itulah diri Lisa sebenarnya.

Dalam persahabatan, ya Lisa seorang yang punya banyak kawan. Tidak kira siapa saja dan pelbagai lapisan dan golongan. Tua, muda, muslim mahupun non-muslim. Mungkin lantaran sikapnya yang mudah mesra. Ada juga rakan-rakanya menjadikan dia sebagai tempat mengadu masalah.

Walaubagaimanapun, disebalik keceriaan yang terpancar di wajahnya siapa sangka dia menyimpan saribu satu duka kisah sedih di dalam hatinya. Di pagi hari dia sibuk menggembirakan orang di malam hari dia bertemankan air mata kesedihan.

Apa yang membuatkan Lisa selalu kesedihan lantaran mengenangkan sikapnya yang baran sebenarnya menyebabkan ramai jugak yang terasa dengannya termasuklah mama dan papanya.

Tiada siapa yang ingin menjadi seorang derhaka. Tiada siapa yag ingin hidup tanpa keredhaan sang manusia dan Illahi. Tidak ada...

Lisa mengadu kepada ku bahawa dia pernah membuatkan mama terasa sehinga menangis. Dan selepas itu mama sentiasa dingin dengan Lisa. Lisa juga pernah buat papa terluka sehingga papa kata ’papa ingat sampai bila-bila apa yang kamu buat pada papa!’.

Lisa sedih tidak terhingga. Dia mengadu kepadaku bahawa dia menyedari sikapnya yang baran dan kadang-kadang cakap lepas menyebabkan ada yang terasa. Sungguh dia benar ingin berubah dan mengawal sikapnya. Tapi ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Adakalanya Lisa akan pulang semula pada sikap barannya di saat proses perubahannya.

”kau tahu, bila kita tak dapat keberkatan daripada orang sekeliling, semua kerja akan jadi tak menentu. Hati kita sentiasa tak tenang. Ada saja ujian yang menimpa kita. Itulah yang aku rasa saat ini. sungguh perit. Aku benar-benar ingin menebus segala kesilapanku...” Dengan tangisan Lisa meluah lagi kepadaku.

Dan yang paling memilukan apabila Lisa diuji dengan pertunangannya yang hampir diputuskan oleh tunangnya sendiri. Saat Lisa mengadu kepadaku, aku juga turut menangis menahan sebak hati. Sungguh berat ujian yang menimpa dirinya.

Perkahwinannya yang hanya tinggal beberapa bulan saja lagi membuatkan dia buntu bagaimana untuk memberitahu kedua orang tuanya. Seisi keluarga, sanak saudara serta orang kampung sudah mengetahui akan hal perkahwinannya...

Aku cuba memberi semangat kepada Lisa dan menyuruh agar dia bersabar. Lisa cuba untuk tabah menerima hakikat ini. Sekali lagi baginya semua ini terjadi disebabkan tiada keberkatan daripada orang-orang yang disakitinya barangkali... Sesungguhnya redha Illahi itu menuntut redha seorang manusia....

Lisa cuba bangkit dari kelemahan jiwanya. Baginya tiada penawar mujarab selain dari Allah. Jalan terbaik adalah mengadu dan merintih kepada yang maha Mendengar, maha Pemurah dan maha Penyayang. Lisa meletakkan keyakinan bahawa Allah akan memberikan sinar semula kepada kehidupannya…

Apa yang kita selama ini kurang sedari bahawa mungkin bantuan Allah itu berupa kekuatan jiwa yang kita miliki. Setiap bait doa, zikir, taubat dan munajat kita Allah gantikan dengan kekentalan iman.

Walaupun Lisa dilayan dingin ibunya dia cuba meminta maaf dengan penuh tulus dan rendah hati. begitunya juga terhadap papanya. Setiap kali dia menyakiti orang lain namun, Lisa merendahkan hatinya untuk memujuk dan melafazkan kata maaf, Bagi Lisa itulah yang terbaik. Menuntut redha seorang manusia...

Dan akhirnya masalah pertunangannya itu juga telah selesai bilamana yang sebenarnya tunangnya bukan benar-benar berniat untuk membatalkan pertunangan atau perkahwinan mereka. Tetapi itu sebagai satu pengajaran dan hukuman untuk menundukkan ego Lisa membuang sikap barannya... Saat itu dia menyedari bahwa jodoh yang Allah tentukan kepadanya benar-benar sebaik-baik ketentuan lantaran tunangnya juga adalah orang yang tinggi agamanya. Mana bisa dia memutuskan perkahwinan mereka hanya kerana perkara kecil iaitu sikap baran Lisa. Dan begitulah juga segala rentetan kehidupan serta ujian-ujian yang dilaluinya adalah untuk mendidik dirinya sendiri.

Dengan berkat ketabahan Lisa, kebergantungannya kepda sang Pencipta, usahanya untuk berubah, ketelusan dan kerendahan hatinya, akhirnya Allah telah menggantikan mendung kehidupannya dengan sinar cahaya... Subhanallah...

Setelah hampir dua bulan perkahwinan Lisa, dia cuba menceritakan perjalanan hidupnya kini. Alhamdulillah. Hidupnya sudah bersinar dihiasi warna kebahagiaan. Hubungan Lisa dengan mama dan papanya semakin pulih. Segala luka di hati masing-masing semakin sembuh. Lisa pula semakin matang dalam menguruskan kehidupannya.

”Kau tahu, aku sangat bersyukur kehidupan aku dah berubah. Mak mertua aku sangat-sangat baik dan sayang sangat kat aku. Aku sangat bersyukur dan terharu. Erm... kau nak tahu lagi lepas raya ni suami aku suruh pakai tudung labuh da dan berita paling gembira sekali aku dah mengandung. Baru nak masuk sebulan”

”Alhamdulillah Lisa. Lihat, betapa adilnya Allah. Segala keperitan yang kau tanggung dulu Allah dah ganti balik dengan sebuah kehidupan yang lagi baik kan." Balasku kepada Lisa.

Lisa diam dan hanya tersenyum menyedari hakikat itu. Aku turut menumpang gembira dengan kebahagiaan Lisa di samping cuba merungkai hikmah sebuah kehidupan yang mana di situ ada campur tangan Illahi...

"Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita..." [At-Taubah:40]

Berbekalkan kisah kehidupan Lisa aku turut menanam keyakinan bahawa Allah ada dalam kehidupan kita. Biar susah dan derita yang kita tanggung yakinlah Allah bakal gantikan dengan nikmat bahagia kelak. Walaupun, kesusahan yang ditanggung itu disebabkan kelemahan atau kesilapan kita sendiri namun yakinlah bahawa Allah sentiasa memberi peluang untuk kita memeperbaiki serta merasa kebahagiaan dan nikmat sebuah kehidupan. Apa yang perlu adalah sebuah usaha, ketabahan dan kebergantungan kepadaNya... Wallahua’lam...

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat..." [Al-Baqarah:45]

*Kisah ini diadaptasi daripada sebuah kisah kehidupan seorang hamba Allah iaitu Lisa (bukan nama sebenar). Wallahua’lam...


No comments:

Post a Comment