Thursday, July 1, 2010

bedah lagu 'Bisakah'


Bisakah


Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta kuungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

wahai madahqalbi...hati ku ingin berbicara mengenai lagu datuk siti nurhaliza ini. bagi ku setiap orang ada penilaian dan pemahaman sendiri tentang lagu ini. oh, ya bicara hatiku bukan untuk mempromosi lagu ini best ataupun suara emas datuk siti yabg merdu. tidak sama sekali. tetapi membawa diriku memahami lirik lagu ini.

*************************************************

cuba ambil kertas putih dan coretkan bentuk dot ataupun tanda noktah di tengah-tengah kertas putih itu. jangan buat besar.buat kecil saja asalkan boleh dilihat. aku cuba mengimbau semula apa yang telah disuruh oleh seorang ustazah ketika kelasku. kemudian, ustazah bertanya, dalam sehelai kertas tadi warna apa yang kamu nampak di dalamnya? dan ramailah pelajar yang menjawab titik hitam. termasuklah aku yang memberi jawapan demikian rupa.

ustazah menyambung bicara. ramai yang yang menjawab titik hitam. sedangkan ianya hanya kecil dicoretkan di dalam kertas ini. dan, rasanya tidak ada yang menjawab warna putih yang memenuhi ruang dalam kertas ini. hmm...itulah ibaratnya manusia.

bila seseorang melakukan kesilapan biar kesilapan itu hanya secalit bak titik noktah tapi mudah sangat diingat manusia. sedangkan kebaikan yang berlipat ganda yang dilakukan seseorang itu terlalu sedikit diingati. mungkin. bahkan kadang-kadang disebabkan hanya satu kesilapan seseorang itu kita melupakan kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukannya...

lirik bisakah ini aku menafsirkan adalah luahan hati seseorang yang telah melakukan kesilapan yang menagih kemaafan dan kasih daripada orang-orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakan...

'ya Allah adakah aku bisa dimaafi dan disayangi seperti dahulu? sungguh aku butuh kasih dan kemaafan mereka yang kusayangi...ibu, ayah, sahabat.....arrgghh!!! biar aku benar-benar mengatakan aku menyesal namun bisakah terbuka hati-hati mereka memaafkan ku?'

la tahzan..sesungguhnya Allah bersama kamu! bila engkau letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya. bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan airmata mu. Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah sentiasa di sisimu. Bila engkau telah mencuba segala tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian. bila tiada yang beerti buatmu, keliru dan kecewa, Allah adalah jawapannya. Redha Allah terlalu indah. sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong.

mengimbas semula silibus pelajaran Social Psychology ada menekankan tentang prejudice, stereotype dan discrimination. apa yang boleh ku simpulkan living in social world you cannot run from experiencing them. itulah fakta hasil daripada kajian para psychologist.

namun, Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. malah Dia amat tahu apa yang akan terjadi kepada hamba-hambaNya. kerana itu Allah telah memperingati dan memberi nasihat dari awal lagi kepada hamba-hambaNya.

bila membaca surat cinta Illahi dalam surah Al-Hujurat, Allah menyentuh tentang ukhwah sesama manusia. allah memperingati kita bahawa sesungguhnya mukmin itu bersaudara. Allah kata lagi menjaga ukhwah itu iaitu dengan berkenal-kenalanlah kamu dan jangan ada PRASANGKA yang boleh menyebabkan perpecahan...

ya Allah doaku, jika terdetik perasangka dan rasa benci dalam hatiku terhadap saudaraku maka sedarkan aku daripada penyakit hati itu ya Allah. sedarkan aku bahawa aku juga insan biasa yang punya kelemahan dan melakukan kesilapan. tidak seharusnya aku memandang serong kepada yang lain. dan jika aku yang dibenci kerana kesilapan ataupun kelemahanku, kejahilanku, kerana sikapku yang yang melampaui batas, maka sedarkan aku untuk segera bertaubat ya Allah. dan sedarkan aku bahawa Engkau sebaik-baik pelindungku....maka mohon daku petunjukmu sentiasa dan kurniakan aku hati yang bersih agar bisa memandu diri dan mindaku menjalin utuh habluminallah wa habluminannas...

Wallahua'lam sekadar bicara hati insan biasa…



No comments:

Post a Comment