Wednesday, July 21, 2010

Hikmah kehidupan

wahai madahqalbi.....aduh sudah lama aku tidak melawat mu. apatah lagi memberikan makanan jiwa untukmu. Adakah aku sudah memungkiri janjiku. maafkan aku ya rabb. nampaknya aku perlukan satu tekanan supaya diriku cepat bertindak melakukan sesuatu.

hampir dua minggu semester baruku telah bermula. dan banyak perkara yang telah dilalui. banyak juga hikmah-hikmah kehidupan yang ku perolehi sepanjang hampir dua minggu ini. proses mengenal diri dan mencari erti hidup berjalan dengan lancar. alhamdulillah.

semester ini aku mengambil subjek group counselling. di dalam kelas kami banyak melakukan praktikal group counselling ini. aku sangat teruja. dan banyak benda yang telah ku pelajari. sesuai sebagai kehidupan seorang dai'e.

salah satu assignment yang telah diberikan iaitu membentuk satu group counselling. setiap group akan mengadakan sendiri sesi group counseling mereka. dalam sesi counseling ini kami akan menggunakan skill-skill kaunseling yang ada.

salah satu skill yang dipelajari adalah attending skill. attending is giving all your physical attention to another person (Bolton, 1979). semasa melakukan practical di dalam kelas kami diarahkan membentuk kumpulan yang terdiri hanya dua orang yang masing-masing berperanan sebgai kaunselor dan client. menggunakan attending skill ini kaunselor hanya boleh mendengar dan menumpukan perhatian apa yang dikatakan oleh sang client tanpa mencelah. selain itu, dr. Meriam mengarahkan supaya si kaunselor hanya boleh menanyakan open ended question iaitu soalan yang agak general. contohnya 'would you like to share about your self to me?' rather than 'what is your name?, where do you live?' (quite close ended question). apa yang boleh aku simpulkan jika menggunakan close ended question kaunselor akan lebih banyak bertanya dan mencelah....

kemudian, kaunselor hanya akan mendengar dengan teliti dan hanya memberikan respon melalui body language like eye contact, nodding dan sebgainya. selepas client habis bercakap kaunselor perlu paraphrase apa yang telah dikatakan oleh si client tadi. paraphrase berbeza daripada summarize. paraphrase iaitu kita mengulangi atau menytakan satu persatu yang telah dikatakan oleh si client tetapi dengan menggunakan ayat kita sendiri. summarize kita cuba untuk menyimpulkan apa yang kita faham daripada apa yang dikatakan oleh client.

huh, agak susah kan! bukan senang sebenrnya untuk menjadi seorang kaunselor. memang bermain dengan psychology. lagi satu, agak susah menahan diri daripada mencelah semasa si client sedang bercakap.

walaubagaimanapun, outcome yang boleh ku simpulkan daripada lecture ini, seorang kaunselor kena jadi seorang pendengar yang baik. kena fokus dan dan menyelami apa yang diluahkan sang client. kena pandai paraphrase dan summarize. bukan senang nak paraphrase kalo kita tak fokus dan tak menghayati apa yang dikatakan oleh si client. wahai madahqlbi, sangat mencabar rupanya profesion ini. mampukah aku pergi jauh di bidang ini?....

apapun, sangat enjoy dengan subjek group counselling. doaku ya allah semoga cerah masa depanku di bidang psychology ini. izinkan aku merasa nikmat menuntut ilmu ini ya Allah...amiiiin. ya rabb...

No comments:

Post a Comment