Thursday, July 29, 2010

Berdoalah...

salam alaik buat pemilik madahqalbi...hmm...ada santapan rohani yang inginku muatkan dalam entry kali ini. khusus untuk si pemilk madahqalbi ini. agar dia tidak lalai untuk sentiasa berdoa kepada Illahi.

sebelum itu, ingin ku memetik kata-kata yang sangat mengesan jiwaku daripada majalah SOLUSI isu ke 22.

kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun kita sembunyikan. Tetapi itu ialah pengabdian seorang hamba kepada Tuhannya.

MasyaAllah semmangnya kata-kata yang memberi kesan kepada jiwa. keluaran SOLUSI terbaru isu nombor 22 menyentuh tentang berdoa. isu yang sememangnya menyentakkan lamunan manusia yang sentiasa lalai daripada mengingati Illahi sekaligus untuk berhubung denganNya. sedangkan kita tahu berdoa adalah salah satu cara kita berhubung dengan tuhan. benda yang mudah tapi berat untuk dilakukan sang manusia. kerana diri manusia itu diselubungi sifat sombong ataupun malas. yang mana satu kita? nau'dhubillah...jauhkan aku daripada sifat itu ya Allah. sungguh aku hambamu yang tidak lari daripada kelalaian...sedarkan aku sentiasa daripada terus menerus berada dalam keadaan alpa...

apa yang menarik perhatianku hasil daripada pembacaanku iaitu mengenai kepentingan berdoa. perkongsian ilmu dan tulisan daripada Ustaz pahrol Juoi yang menyatakan beberapa perkara mengapa doa itu penting:-

1] mengekalkan hubungan dengan allah setiap masa
- orang yang sering berdoa tidak akan dilanda stress yang melampau dan kemurungan dalam hidup. hal ini kerana talian hayatnya sentiasa bersambung dengan Allah, apatah lagi ketika dia memerlukan pertolongan.
- "yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati allah. ingatlah, hanya dengan mengingati allah hati menjadi tenang," [Al-Ra'd 13:28]

2] keupayaan melakukan perubahan
- bagiku point inilah benar-benar menyentuh jiwaku. kerana aku cuba untuk mengubah diri ataupun memeprbaiki kelemahan-kelemahan diriku namun agak sukar bagiku untuk mengubahnya. adakah hatiku masih belum ikhlas mengubahnya ataupun aku masih tidak bersungguh-sungguh?
- menurut ust. pahrol dalam tulisannya mengatakan bahawa doa itu adalah harapan. doa itu adalah satu kunci menggamit pertolongan Allah untuk melaksanakan perubahan diri yang dimaksudkan. Manakala usaha adalah langkah untuk merealisaikan harapan itu.
- dengan berdoa kita mengharapkan sebaik takdir. dengan berusaha kita melaksanakan sebaik tadbir. apabila bergabung tadbir dan takdir yang baik insyaAllah kita akan berubah ke arah yang lebih baik...
- bila membaca ulasan ini aku mengakui sikit sangat usaha ku untuk memperbaiki diri...ya allah kuatkanlah semangat ku...

Tidak patut seorang yang berdoa meminta hidayah, tetapi berat hati untuk menghadiri majlis tazkirah atau majlis ilmu. tidak patut orang yang memohon untuk mendapatkan rezeki halal, tetapi terus bermalas-malas bekerja atau berusaha. tidak patut setiap hari berdoa meminta kesihatan, tetapi tiada usaha berhenti merokok. jika demikian seolah-olah nya "memepermainkan" doa. ya allah ampunkan aku jika tanpa disedari aku pernah melakukan perbuatan seperti itu.

" doa diperkenankan bukan semasa kita meminta tetapi semasa kita berusaha!"

3] mengaktifkan diri untuk berusaha
- ada saintis menyatakan bahawa doa adalah sejenis tenaga.
- iaitu sejenis tenaga yang dihasilkan dari dalam diri seseorang hasil berhubung dengan yang maha Kuasa. inilah hikmah mengapa Allah menyuruh kita berdoa. kita bukan sahaja akan mendapat kekuatan daripada Allah, malah akan mendapat kekuatan daripada tenaga dalam diri yang telah dikurniakan oleh Allah secara tabii.


setakat 3 point penting ini ku titipkan di sini wahai madahqalbi. doaku semoga diri ini tidak jemu memohon dan mengahrap daripada Mu ya allah. agar diri ini sentiasa dalam lindungan Mu. moga aku lebih tabah, kuat dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri bagi meraih kerdhaan Mu. Amin ya Rabb....

Cited/ paraphrase from SOLUSI No. 22 p. 16-19

No comments:

Post a Comment