Wednesday, August 18, 2010

Engkau yang terpilih…

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang mempunyai berbagai taksiran
Segala takdir terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja
antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan
Bersyukur dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
maka bersyukurlah selalu

Jika kau rasa kau dah tak tahan dah katakanlah pada diri, AKU ORANG YANG TERPILIH!

Inilah prinsip seorang mujahidah. Tidak mudah menyerah kalah. Biarpun terpaksa menelan kepahitan sebuah dugaan. Dalam satu perjumpaan, seorang senior cuba berkongsi perasaannya bila memegang amanah menjadi seorang ketua.

Sungguh, kata-katanya membuka mataku. Mungkin bukan aku sahaja yang terkesan dengan kata-katanya. Malah rakan-rakan yang turut berada di dalam perjumpaan tersebut juga turut merasainya.

Teman-teman, aku tahu sudah tentu tiap-tiap seorang daripada kita pernah merasa derita, sakit, penat dan tertekan dengan apa yang dianggapnya payah. Ataupun baginya sesuatu itu sudah tidak mampu dipikul oleh tulang empat keratnya.

Si kakak meluah perasaannya yang kadang-kadang sudah menjadi exhausted berada di barisan pimpinan dek timbunan kerja,tanggungjawab dan amanah yang perlu dihadapi. Namun, disebabkan “rational soul combined with active intelligence” menghasilkan satu perasaan yang dipanggil ‘freedom’. Aplikasi daripada perspektif Ibn Bajjah dalam psikology.

Kakak senior cuba membuka hati, melapangkan dada serta cuba mem positive kan fikirannya. Lalu, Allah telah mengilhamkannya satu kata semangat khas buat dirinya. Dan pada malam itu dia telah berkongsi kata-kata keramat itu kepada kami. Engkau orang yang terpilih! Ya itulah kata-katanya yang meninggalkan kesan di hatiku. Kata-kata itulah yang merelakan hatinya terus istiqamah dengan mujahadahnya. Kata-kata itulah yang membebaskan perasaannya dari belenggu tekanan.

Mendengar kata-kata ini mengingatkan diriku lagu kumpulan nasyid Mestica. “Rahmat kehidupan”. Teman-temanku, jom kita hayati lagu ini. Sungguh bermakna!

Ingatlah diriku dan buat teman-teman, Allah membebani kita bukan untuk menyusahkan. Tapi ada rahmat yang bakal kita terima mungkin. Berbaik sangkalah pada Allah. Sesungguhnya Allah rindu mendengar rintihan hamba-hambanya. Subhanallah!

Maka bersyukurlah kamu yang dibebani. Kamu sedang diperhati sang Pencipta. Sedangkan ada mereka dibiarkan dilalaikan dengan nikmat dunia. Jika di dunia kamu dibebani pelbagai ujian mungkin bakal dibayar dengan syurga kelak. Manakala yang lalai dengan nikmat dunia itu mungkin dibayar dengan azab di neraka. Nau’dhubilllah. Jadi mana satu pilihan kita?

Katakanlah pada diri, AKU ORANG YANG TERPILIH. Terpilih untuk diuji, terpilih untuk dibebani, terpilih untuk diduga dengan pelbagai rintangan dan tekanan. Kerna apa? Kerna mungkin aku terpilh untuk ke syurgaNYA kelak. wallahua’lam…

No comments:

Post a Comment