Wednesday, August 18, 2010

Pertolongan itu bukan untuknya tapi untukku

Tit tit… handphone berbunyi menandakan ada seseorang menghantar mesej. Aku yang sedang bebaring di atas katil bingkas bangun mencapai telefon bimbit di atas meja. Lalu punat ditekan untuk membuka inbox mesej.

Nombor yang tertera adalah nombor yang asing. Tiada nama tertulis. Hatiku berbisik menyoal diri sendiri memikirkan siapa gerangan si penghantar mesej.

Setelah habis membaca mesej, Di bawah mesej yang tertulis di dalam skrin tertera nama si pengirim. Oh, kakak sekelas abnormal psychology rupanya.

Masyaallah, aku perlu membantunya. Dia sedang dalam kesusahan. Dia menyatakan kepadaku bahawa dia memerlukan wang sejumlah RM100.

Alhamdulillah, saat ini aku tidaklah juga kesempitan wang. Masih boleh menampung hidup yang berbaki sepanjang short sem ini. Lalu aku membals mesej kakak tersebut…

‘Wasalam, akak! Akak sihat? InsyaAllah saya boleh bantu. Camne nak bagi kat akak?’

Selang beberapa minit balasan ku terima.

‘Alhamdulillah, akhirnya Allah bantu akak. Akak dah pening dah nak cari duit kat mana lagi. Ni nombor akaun akak. *************. Bulan 6 ni akak dapat gaji akak bayar balik. Maaf menyusahkan adik’

Hakikatnya terselit satu perasaan gembira dan teruja bagi diriku. Apa yang terbuku di hatiku bukanlah satu perasaan terbeban untuk membantu tetapi merasakan satu kesyukuran kepada Illahi.

Aku gembira kerana dapat membantu. Aku gembira dapat menyelesaikan masalah mereka yang memerlukan. Aku gembira dapat membuatkan mereka yang mulanya sedih kini kembali ceria. Tapi bukanlah beerti aku bangga dengan pertolongan sendiri. Sebaliknya merasakan nikmat diberikan peluang untuk menabur bakti dan berbuat amal. Syukran ya Allah. Balasan mesej yang ku terima tadi dibaca dengan senyuman terukir di bibir. Lantas, aku menekan punat yang tertetera di skrin ‘reply’.

‘Eh, takpe akak! Tak menyusahkan pun. Bantuan tu datang dari Allah sebenarnya. Saya Cuma sebgai pengantara sahaja. Allah ilhamkan kepada saya untuk bantu akak. Allah dengar rintihan akak’

Kemudian, seperti biasa jika menghantar mesej psti akan menerima balasan.

‘Allahuakbar…semoga Allah permudahkan urusan mu dik! Terima ksih banyak-banyak’

Hatiku berbunga kerana mesej terakhir yang ku terima dari kakak tersebut menunjukkan hatinya yang tadi resah sudah mula membibitkn ketenangan. Dalam hatiku berbisik, sebenarnya bukan saja Allah sedang membantu kakak sekelas ku ini tapi Allah juga sedang membantu diriku sendiri. Membantu aku menambah kredit buku amalan. membantu aku menghayati apa erti tolong-menolong, dan erti hidup bersahabat.

Ya Allah kuatkan aku untuk terus membantu. Untuk thabat merasa nikmat menjadi si prihatin. Untuk tidak jemu memberi apa saja keabaikan kepada mereka yang memrlukan. Izinkan aku menceriakan hati-hati mereka yang berduka ya Allah…Namun, jangan pula diriku diselubungi sifat riak dan ujub. Nau’dhubillah…jauhkan aku dari sifat-sifat tercela ya Allah. Malah gantikannnya dengan keikhlasan dan niat yang tulus kerana Mu. Ameen…

Semoga kalian mendapat iktibar juga….

No comments:

Post a Comment