Tuesday, November 2, 2010

Group Counseling Session 4

SalamAlaik MadahQalbiku... aku terlupa menceritakan tentang sesi group counseling ku yang seterusnya. sebenarnya cuma ada lima sesi. jadi hanya tinggal dua session yang belum ku coretkan di laman madahqalbi. bagiku sesi yang keempat dan kelima tidak banyak yang menarik yang perlu dikongsikan di sini. maksudku sesuatu yang benar-benar menyentuh nurani untuk diambil sebagai iktibar.

group counseling sesi keempat kami sekumpulan bekerjasama untuk menyiapkan assignment kami untuk portfolio day khas untuk student psychology. Port folio Day ini, pelajar-pelajar lain berpeluang melihat dan memhami apa yang sebenarnya budak psychology ni belajar huh...

dan bagi subjek Group counseling PSYC 4340 kami diarahkan untuk membuat video show role play yang menayangkan bagaimana group counseling dijalankan. bagi kumpulan kami seperti biasa our group leader memainkan peranannnya sebagai seorang starter. dia berperanan memulakan majlis dalam sesi kounseling kami. darilah perbincangan plot untuk video show dan watak-watak dalam video show ini. dan aku menawarkan diri untuk menjadi camera girl dan menjadi narrator untuk video showini. bukan apa segan untuk menayang muka berlakon. dah la nanti kena tayang kat port foloio day. adeh...

dalam kami mengadakan 'shooting' untuk melakonkan video show ini banyak pengalaman yang mampu kami sekumpulan berkongsi bersama. kami mampu bergelak ketawa bersama. ada masanya keadaan menjadi tegang disebabkan balik-balik kena 'cut' lakonan tak jadi. so, adalah yang bengang. walaubagaimanapun, our leader cepat memainkan peranannya untuk meredakan keadaan. itulah peranan seorang kaunselor.

hmm...biasalah tu. bila bekerja dalam kumpulan semua itu perlu dilalui. ia akan menjadi pengalaman pahit dan manis sebenarnya. aku sangat menghargai kenangan shooting bersama kumpulan group counseling ku ini. sebenarnya, di dalam group counseling yang sebenenar kita juga akan melalui saat-saat sepeti ini. saat tegang, saat bergelak ketawa bersama dan sebgainya. jadi seorang kaunselor kena bijak mencipta suasana dalam group kaunseling tersebut. yang penting kena build trust and acceptance...

Dan... Alhamdulillah kami berjaya mem'produce'kan sebuah video show hasil ciptaan kami huhu. dan saat menanti penilaian daripada madam, mula-mula sangat takut. tapi akhirnya madam kata i really like this video show. good introduction and congratulation to the script narrator. it shows that you are really understand what group counseling is. Subhanallah....syukur ya Allah. saat mendengar kata-kata madam aku sangat bersyukur. bukan riya' kerja kami dipuji tapi bersyukur kerana hasil usaha kami seolah-olah berbaloi. dan ingin ku ucapkan terima ksih kepada seorang kakak sekelas ku kerana dia yang banyak menolong ku menyiapkan video show tersebut. sebab aku yang berperanan untuk edit and finalizekan video tersebut.Terima kasih akak...

Aku sangat gembira dan bersyukur bukan apa, bagiku semakin lama belajar psychology semakin ku rasakan ia snagat tough. dan keputusan exam ku selalu tidak memuaskan. dan apabila madam mengatakan demikian membuatkan aku sangat bersyukur. sekurangnya ilmu kaunseling ini memberi manfaat kepada ku.

Oklah madahQalbi cukup setakat ini yang ingin ku kongsikan tentang group counseling sesi keempat ku....Wassalam...

No comments:

Post a Comment