Wednesday, November 24, 2010

Siapa Juru Nasihatmu?

Seterusnya ingin aku bercerita tentang juru nasihat yang selayaknya buat diri kita. Juru nasihat inilah cermin bernyawa ataupun cermin hidup kita yang menjadi tempat rujukan kita, meminta nasihat dan yang paling penting bak kata Dr. Hm Tuah tempat kita menyemak siapa kita di mata orang lain.

Apa yang menarik perhatianku Dr. Hm Tuah memberkan beberapa tips iaitu orang tersebut adalah orang yang tidak begitu rapat dengan kita. Dia bukan kawan krib kita, bukan kawan sembang. Dia Cuma sahabat yang dikenal ‘gitu-gitu’. Namun janganlah memilih orang sembarangan. 5 tips daripada Dr. Hm Tuah berkaitan mentor yang mampu menjadi penegur kita ialah:-

1) Bukan rakan akrab, tapi sekadar kenal

2) Belum pernah menjadi rakan sembang

3) Terpancar cirri-ciri keikhlasan di wajahnya

4) Perwatakannya lunak dan disenangi oleh kebanyakan orang

5) Kaki surau

Hmm… agak susah mencari orang sebegini kan. Bak kata penulis “Ambillah masa untuk mencarinya. Kerana sekali kita mendapatnya ibarat sebutir mutiara di adang pasir”.

Sedkit hikmah daripada 5 tips tersebut pada pengamatanku dengan mengaplikasikan pendekatan tersebut dapat meluaskan pergaulan dan hubungan social kita sesama insan. Mencari kawan baru yang sebelum ini tidak dikenali ataupun hanya sekadar kenal. Bukankah Allah menyuruh umatnya saling berkenalan…

Agak susah bagiku untuk mengaplikasikan tips ini. Mungkin disebabkan aku tidak pandai memulakan sesuatu perkara dan agak malu untuk bermesra-mesra denagn orang yang kita tidak kenal mana… yakin dri wahai pemilik madahqalbi!

Mutiara kata: Tujuan memperbaiki akhlak ialah untuk membersihkan kalbu kotoran-kotoran hawa nafsu…

No comments:

Post a Comment