Wednesday, November 24, 2010

Haiyya A’la Assolah…

Satu pengetahuan baru buat ku madahqalbi. Saintis telah mengkaji bahawa duduk tahiyat akhir pada dalam solat kita seharian boleh mengelakkan ataupun mengurangkan daripada penyakit apendik. Sujud itu pula membolahkan darah lebih banyak turun ke kepala. Ia akan menjadikan otak lebih cerdas kerana lebih banyak mendapat oksigen. Seperti yang kita tahu, oksigen amat diperlukan oleh otak untuk berfungsi dan menghidupkan sel-selnya yang dipanggil Neuron. Dan Neuron inilah menentukan hebatnya akal berfikir. Subhanallah…

Hmm… satu lagi kata-kata Dr. Hm Tuah yang menarik perhatianku tentang pergerakan dalam solat:

“Seorang ustaz mengajar saya ada menyebut, katanya apabila kita mengangkat takbiratul ihram, bentuk tangan kita itu seperti orang yang menyerah kalah dalam peperangan. Jadi, sembahyang itu mengajar kita berserah diri kepada Allah pemilik hidup kita ini”.

Sungguh indah dan terkesan kan analogy ini. Maka sama-sama kita renungkannya wahai mdahqalbi.

Hadis nabi s.a.w:

“Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang selalu memeriksa dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah orang yang selalu menurut hawa nafsunya dan mengharapkan keampunan Allah tanpa beramal”.

Renungan buat dirimu pemilik madahqalbi…

No comments:

Post a Comment