Wednesday, November 24, 2010

Switch On suis diri mu…

Dr. Hm Tuah kata hidup ini kena ceria selalu. Dari mula bangun tidur sehinggalah kita ingin tidur pada waktu malam semula. Keceriaan berkait rapat dengan hati. Kerana hatilah yang perlu digembirakan, diceriakan, ditenangkan, barulah senyuman terukir dan kebahagiaan kita rasai.

Bak kata sang penulis bertambah luas akal bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datanglah celaka.

Kaitan akal dan hati, sedikit petikan daripada Solusi isu no. 18; kerap diungkapkan bahawa hati umpama raja, akal umpama bendahara. Bendahara memberi nasihat kepada raja untuk memerintah rakyat iaitu sebagai gerak tindak seluruh badan. Jadi jika akal berfikiran sempit hati juga turut menjadi sempit melahirkan emosi yang tidak stabil dan tindakan yang pasif ataupun negative mungkin terjadi.

Sebenarnya manusia juga mempunyai suis bukan sahaja TV. Wahai madahqalbi, suis manusia itu terletak pada ‘HATI’. Hati yang tidak diberikan hasrat, sasaran, target, azam, niat yang betul dan sebagainya, hati akan buat ikut sesuka hati saja tidak terpandu. Jadi hati perlu di control. Seperti penulis berkata, kita kena ada hati yang bulat ataupun keazaman yang kuat mendalam untuk melakukan sesuatu. Barulah diri akan termotivasi.

Daripada Nu’man bin Bashir r.a., daripda Nabi s.a.w:

“Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Jika baik (daging tersebut) maka baiklah seluruh tubuh. Jika rosak (daging tersebut) maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah ia adaah HATI” (Riwayat Muslim no. 1599)

~HATI YANG IKHLAS TIDAK AKAN TERKESAN DENGAN PUJIAN MAHUPUN KEJIAN~ Solusi Isu No. 25

No comments:

Post a Comment