Wednesday, November 24, 2010

Kawan itu Cermin hidup buat diri…

Cari teman sebagai cermin! Hmm… Aku sangat tertarik dengan pengisian tajuk ini oleh Dr. HM Tuah. Ia benar-benar memberikan aku sebuah jawapan…

Sangkaan ku selama ini rupanya silap. selalu kata orang kawan itu merupakan cermin kepada diri kita rupanya ada lagi maksud tersirat yang tidak aku fahami sebelum ini.

Pada mulanya Dr. Hm Tuah memperkenalkan dua jenis cermin sebagai analogy. Yang pertama cermin mati iaitu cermin untuk kita melihat wajah diri. Manakala cermin hidup adalah kawan kita. Apa yang ku sangkakan selama ini iaitu kawan diumpamakan sebagai cermin buat diri bermaksud jika beginilah perangai sahabat kita maka begitula perangai kita. Jika begitu perangai kita maka beginilah perangai sahabat kita. Pendek kata kita mempunyai persamaan dengan seseorang sahabat ataupun sahabat yang mampu mempengaruhi kita tidak kiralah baik mahupun buruk.

Tapi hasil pembacaanku sebenarnya cermin mati menunjukkan tentang fizika kita yang sememangnya dapat dikesan oleh orang di sekeliling kita. Oleh itu kita perlukan cermin hidup iaitu seseorang yang boleh membicarakan tentang kita, perangai kita, sifat buruk kita, tindakan-tindakan bodoh kita atau banyak lagi sifat mazmumah yang mungkin ada pada kita.

Hmm… baru aku faham maksud sebenar kawan itu cermin hidup buat diri… tapi bagi ku bukan kawan saja boleh jadi cermin hidup. Seorang ibu dan ayah boleh menjadi cermin hidup buat anak-anak dan sebaliknya, seorang guru menjadi cermin hidup buat pelajarnya dan sebaliknya, seorang pemimpin menjadi cermin hidup buat rakyatnya dan sebaliknya, seorang suami menjadi cermin hidup kepada isterinya dan begitulah sebaliknya…

Bercakap tentang cermin hidup selaras dengan kalam Allah dalam Al-A’sr “berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran”… Wallahua’lam…

Mutiara kata: Carilah seribu sahabat kerana seribu sahaja itu belumlah banyak, jauhilah seorang musuh kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak…

No comments:

Post a Comment