Tuesday, November 9, 2010

Kahzinatul Asrar...(2)

Wahai diari si merah hati, bila aku mencritakan pengalaman ini kepada kak Esah dan bila mana kak Esah mengatakan aku seperti khazinatul asrar, menyedarkan aku bahawa selama ini aku berada dalam lindunganNYa. Rupanya setiap gerak-geri ku diawasiNya. Subhanallah... Dan Dialah yang mengilhamkan aku perasaan jelik itu agar aku tidak terjebak dalam kancah maksiat itu. Betapa jahilnya diri ini hingga pernah merasakan qada dan qadarNya seolah-olah tidak adil buat diriku hanya kerana Dia enggan memberi peluang kepadaku merasakan nikmat dunia seprtimana yang dirasakan oleh mereka yang dilalaikan. Bercinta melanggari hukum syarak. Dengan cinta romantis yang menghanyutkan diri ke lembah maksiat.

Terima kasih wahai Tuhanku. Ya Rahman Ya Rahim... Terima kasih kerana menjaga diri ini. Engkaulah sebenar-benar kekasih hakikatnya. Hatiku adalah milikMu dan hatiku perlu diserahkan sepenuhnya kepada Mu. Tarima kasih ya Allah dan ampunkan atas segala kejahilan dan kelalaian ku selama ini. Dan jagalah diriku ini dan jangan sekali meninggalkan aku YaAllah...Amin Ya Rabbal A'lamiin...


Begitulah pengalaman Lisa yang sangat bermakna buat dirinya. Hikmah qada dan qadar Allah itu sangat bernilai dan perlu dicari. Kadang-kadang hikmah stiap kejadian itu bukan kita dapatinya serta merta tetapi kadang-kadang memerlukan masa barulah kita menyedari hikmah sesuatu kejadian itu.

Lisa yang dulunya hanyalah insan biasa. Namun sekarang dia sudah bertudung labuh dan aktif dalam organisasi dakwah. Mungkin itulah hikmah Allah memelihara dirinya. Kerana dirinya telah ditentukan bahawa suatu hari nanti dia menjadi seorang aktivis dakwah. Sebab itulah zaman remajanya dulu direncanakan sedemikian rupa.

Lisa menutup diarinya dengan senyuman terukir di bibir. Dia Mengucup diarinya sebelum menyimpannya semula di dalam rak bukunya. Diari si merah hati itu menjadi teman tempatnya meluah rasa.

Jam telahpun menunjukkan tepat pukul 12 malam. Tiba masanya untuk Lisa memberi peluang kepada matanya, tubuhnya dan mindanya untuk beristirehat di ats katil empuk becadarkan kain cotton berwarna ungu muda. Sebelum Lisa melelapkan mata dia bermonolog sendirian...

Kalaulah Tuhan tidak menjaga dan tidak menghalang aku dahulu, sudah tentu diri ini berasa rugi dan alangkah sedihnya bila tidak memelihara diri dengan baik. Terima kasih Ya Allah keran menjaga diri ini menjadi khazinatul asrar...

Lisa membaca doa dan melelapkan matanya...

~Saudariku... muslimah yang memakai hijab kerana rasa malu dan untuk menjaga maruah serta prinsip mulia~ [Dr. Aidh Abdullah al-Qarni]


No comments:

Post a Comment