Sunday, November 7, 2010

Sepetang bersama nanny & mem..03/11/2010

walaupun sibuk menelaah buku sebagai persediaan menghadapi exam namun kadang-kadang berilah peluang pada diri untuk beristirehat menenangkan hati dan minda...

maka itulah yang kulakukan buat diri ini wahai madahqalbi. buat nanny dan mem thanks for lighting my day=P. nanny dan mem sebenarnya dua orang sahabatku yang dikasihi. nanny, ku anggap dirinya sebagai nenekku dan mem sebagai ibuku. haha...ya lah kehidupan di kampus terpaksa berjauhan dengan famili sendiri jadi trpaksalah mencipta nanny dan mem sebagai penyejuk hati dan tempat melepas rindu buat family di kampung. siapa yang paling rapat dengan kita saat berada di kampus sudah tentula sahabat-sahabat kita kan...

sebenarnya madahQalbi nanny telah mengajak aku dan mem untuk pergi bersiar-siar di taman tasik titiwangsa dan ingin menangkap gambar pemandangan indah di sana. selepas zohor kami pun memulakan ekspidisi dengan menaiki bas metro 91. Dengan lafaz Bismillah... mohon perlindungan dan hikmah mu Ya Rabb agar pertemuan dan perjalanan kami ini tidak akan menjadi sia-sia amiin...

sampai saja di sana nanny mula mengasah bakatnya menjadi photographer. manakala aku dan mem menjadi modelnya. sungguh seronok menikmati keindahan petang di taman itu. kemudian kami menaiki sea rider dan mengyuhnya hinggahlah ke tengah-tengah tasik. subhanallah dan syukur ya allah bukan saja aku mampu menikmati keindahan ciptaan Mu, malah menikmati ketenangan hati yang selama ini berserabut memikirkan banyak perkara. Terima kasih ya Tuhan ku. kesempatan yang Kau berikan ini juga turut mengeratkan ukhwah antara aku, nanny dan mem...

selepas puas mengayuh sea rider selama setengah jam hingga ke tengah tasik kami turun pula ke darat. berhenti sekejap untuk menunaikan solat asar. selepas itu menyambung perjalanan meronda-ronda di sekitar taman. Lalu kesempatan setrusnya yang Dia telah kurniakan kepada kami iaitu bertemu dengan Pewira dan Kriss. siapakah mereka ini? hmm.... mereka berdua adalah seekor kuda yang dipelihara di sana. kami pun bergambar dengan Perwira dan Kriss.

terima kasih ya Allah kerana mengurniakan nikmat gembira, nikmat ketenangan dan nikmat bersahabat bersama nanny dan mem. sepetang bersama nanny dan mem adalah saat terindah buatku...

madahqalbi aku bukan manusia yang sempurna dan bukan seorang sahbat yang baik... namun kesempatan yang Tuhan berikan ini mengajarku untuk menjaga hati sahabat-sahabat ku, menggembirakan mereka. sahabat kita ramai tapi bukan semua yang mampu digembirakan oleh kita. dan kadang-kadang hak sahabat juga kita abaikan...ada maksud tersirat aku berkata demikian...hmmm..... ya Tuhan mohon ku petunjuk Mu ya Rabb.....izinkan aku menggembirakan hati-hati mereka yang ku kenali. kurniakan aku tawaduk hati ya rabb...Amiin ya rabbal Alamiin...

sekadar bicara hati insan biasa...wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment