Tuesday, November 2, 2010

Group Counseling Session 5

Dalam sesi hroup counseling yang kelima ini, ia lebih kepada sharing moment sepanjang kami melaksanakan group counseling bersama.

apa yang menarik perhatianku adalah pengalaman our leader itu sendiri. katanya, bila dia menjadi ketua untuk sesi group counseling untuk kumpulan kami ini dia menyedari bahawa banyak lagi skill-skill yang perlu dipelajari. wlaupun sebanranya dia selalu saja menjadi fasilitator sebelum ini untuk program-program motivasi tetapi dia tetap merasakan dia kekurangan skill untuk menjadi seorang ketua ataupun kaunselor.

kemudian, sang ketua berkata lagi dia belajar bagaiman untuk membahagikan masa, bagaimana untuk deal dengan client ataupun kami sebagai clientnya. kadang-kadang tidak dinafikan ianya sangat memberi tekanan. bagaimana nak puaskan hati semua orang ataupun mencari kesepakatan dalam membuat temu janji untuk sesi kaunseling ini. dan, baginya 3 perkara utama yang mengajar dirinya ialah, team work, perlukan banyak skill dan sabar.

kata-kata sang leader sebenranya membuatkan aku turut berfikir. bagiku satu hari nanti setiap orang perlu bersedia untuk menjadi seorang leader. apatah lagi bila bercita-cita untuk menjadi seorang kaunselor. jadi, terima kasih wahai ketua ku bagi sesi group counseling ini. luahan hatimu itu sedikit sebanyak memberi iktibar kepada ku. terima kasih...

wahai pemilik madahqalbi, renung-renungkanlah kata-kata itu. dan bukan direnung untuk berangan nak mengenang nasib saja tapi cuba untuk sedarkan diri dan bertindak...Kamu pasti boleh. Yakinlah...!!!

No comments:

Post a Comment