Tuesday, November 9, 2010

Khazinatul Asrar...(1)

Kisah ini diadaptasi dari pengalaman seorang hamba Allah dan sedikit penokok tambahan...Wallahua'lam...

Lisa duduk di meja tulisnya. Sambil merenung dinding di hadapan. Saat itu, dia mengenangkan sesuatu. Mengenangkan perbualannya dengan Kak Esah sahabat sekampus dengannya. Lisa terkenang akan kata-kata kak Esah kepadanya sewaktu mereka sama-sama menikmati makan malam di cafe kampus.

"Ada hikmahnya Lisa kenapa Allah aturkan macam tu. Syukurlah kamu telah dijaga dan dilindungi. Hmm... dijaga seperti khazinatul asrar.."

"Ha, khazinatul asrar? Khazinatul asrar tu ape kak Esah?"

"Khazinatul asrar tu ialah khazanah yang tersimpan, yang terjaga, yang terahsia. Ye lah macam Lisalah. Kenapa Allah halang diri Lisa dari terjebak kepada semua perkara tu sebab Allah nak jaga Lisa. Sebab tu akak kata Lisa adalah khazinatul asrar"

Gulp! Lisa terkedu mendengar kata-kata kak Esah. Saat itu di dalam hatinya berkata-kata sesuatu.

Ya Allah betapa Engkau menyayangi dan mengasihiku. Dalam diam, dalam keadaan yang aku tidak menyedari Kau melindungi dan menjaga maruah dan martabat diriku sebagi seorang wanita. Sedang aku hanya tahu merungut dan hanya ingin menuruti nafsu dan kehendak hatiku sendiri. Keinsafan menyelubungi diri Lisa...

Bila mengenangkan perbualannya bersama kak Esah, Lisa bingkas bangun dan mengambil diarinya di atas rak buku. Kemudian, dia mencoretkan sesuatu di dalamnya. Dia ingin bercerita semula saat dia tenggelam dengan bisikan dunia dan dalam masa yang sama dirinya dipelihara Allah Ta'ala. Dan jadilah dia seolah-olah khazinatul asrar. Dengan lafaz Bismillah Lisa mencurahkan bicara hatinya di dalam buku kecil yang kulitnya berbalutkan kain baldu berwarna merah hati itu. Bila saja diari kecil itu diselak lembarannya, semerbak harum menerjah masuk ke lubang hidung. Diari kecil itu telah direka dengan kombinasi kertas wangi yang berwarna merah jambu lembut. Sungguh menenangkan melihat warnanya dan menghidu baunya.

Bismillahirrahmanirrahim...
Wahai diari si merah hati, inginku kongsikan pengalaman bermakna buat diriku. Di mana pengalaman itu membuatkan aku sedar dan sangat merasakan kasih Illahi.

Wahai diari si merah hati, aku hanyalah insan biasa. aku juga seprti gadis lain yang ingin menyayangi dan disayangi. Dulu, jiwa remaja dan darah muda ku mendorong aku ingin merasakan cinta dari insan yang bernama lelaki. Aku juga ingin merasa 'bercouple', 'berdating' dan ingin si dia mengambil berat terhadap diriku.

Wahai diari si merah hati, waktu sekolah dulu sehinggalah aku menjejakkan kaki ke universiti, tahukah kau aku meminati seseorang. Aku pernah untuk cuba rapat dengannya, dan cuba ingin saling berhubung dengannya, keluar bersamanya tetapi tidak berjaya. Kerana setiap kali aku inginkan begitu ada saja penghalangnya. Lain yang ingin ku ungkapkan padanya lain yang terjadi bila aku berhadapan dengannya. Ada saja perkara yang hinggakan kami merasakan ketidakserasian. Aku hampa dan aku sedih. Aku tidak berpeluang merealisasikan anganku seperti yang ku katakan tadi ingin dijaga oleh insan yang bergelar 'Boyfriend', huh!

Wahai diari si merah hati, saat itu aku merasakan satu ketidakadilan. Aku merungut sendiri. Aku cemburu melihat kawan-kawan yang asyik mencritakan tentang boyfriend masing-masing. Diberi bunga, diberi hadiah. Diberi mesej 'take care', 'good night', 'sweet dream', 'study hard'. Kononnya si dia menjadi pembakar semangat. ya lah kekasih si jantung hati. Argh... kenapa? kenapa? dan kenapa? ianya tidak terjadi pad adiriku...

Wahai diari si merah hati, tidak lama selepas itu, suatu hari seorang rakan sekelas ku sewaktu dibangku sekolah menegah dulu telah meluahkan perasaannya padaku. Saat itu aku teruja dan menrimanya. Bukan suka pun saja ingin mencuba. Apatah lagi bila mana semua kawan-kawan memberi support dan saja mengkeneng-kenengkan aku dengannya. Ia membuatkan aku lagi terdorong dan terhasut dengan bisikan dunia itu.

Suatu hari, bila si dia mengajak aku untuk 'first date', tiba-tiba satu perasaan aneh timbul di hatiku. Terasa jelek! Uwekkk... gelinya! Dan akhirnya aku memutuskan untuk tidak pergi bertemu dengannya tanpa pengetahuannya. Tinggallah dia menunggu seorang diri.

Wahai diari si merah hati, tahukah kau apa yang terjadi? si dia sangat marah. Mana tidaknya lama dia menanti kehadiranku dan aku tidak pula muncul tiba. Dia merajuk dan mengugutku untuk 'clash'. Bila saja mendengar kata-katanya lantas aku menjawab "Clash lah lagi baik daripada aku buat maksiat!" Si dia terkejut dan terdiam.

Hmm... aku pun tidak tahu dari mana aku mendapat kekuatan mengatakan sedemikian. Namun, keinsafan ku itu tidak seabadi mana. Bila mendengar semula cerita daripada kawan-kawan tentang pengalaman romantis lah kononnya saat berdating dengan couple masing-masing mambuatkan aku seronok mendengarnya. Tambahan pula, kala itu si dia sedang cuba memujukku dan ingin berbaik semula denganku.

Mendengar pujukan seorang lelaki yang terkenal dengan mulut manis membuatkan hati perempuanku 'cair'. Dan akhirnya aku berbaik semula dengannya.

Suatu hari si dia mengajak dating lagi. second date. Oh tidak, tetap first date jugak sebab yang dulu tu tak menjadi. Kalau dulu stakat mengajak dating di kawasan sekolah. ya lah waktu tu sekolah duduk asrama. after prep ajak jumpa. kali ini lebih advance si dia mengajakku keluar bandar bersama. berjumpa di shopping complex.

Sampai saja di Shopping Complex di mana tempat kami berjanji untuk berjumpa aku merasakan seolah-olah tidak bersedia. Sama perassan bila kali pertama dia mengajak ku untuk berjumpa. geli-geleman. Bila si dia sampi tepat berada di hadapan ku, dan aku pun dengan 'slumber' nya buat-buat tidak kenal dan meninggalkannya.

Dan akhirnya aku menyedari bahawa aku adalah 'Aku'. Tidak sama seprti kawan-kawanku yang lain. Percintaan romantis ataupun cinta monyet itu bukanlah duniaku. Lalu dengan hati yang bulat dan tekad aku berterus terang pada si dia bahwa aku tidak ingin terjebak dalam perkara sia-sia ini. Bagiku belum tiba masanya.

To Be Continued....

No comments:

Post a Comment